Tuesday, August 9, 2011

Semua ini hampir berakhir......

Pejam celik pejam celik kejap jer aku da nak abiskan praktikum di SMK Dato Haji Kamarudin Kuala Kubu Bharu Selangor. Rasa macam baru semalam ja aku memulakan hari sebagai seorang guru praktikum. Sepanjang berada di Kuala Kubu Bharu atau SMD khasnya, banyak juga benda yang aku belajar. TETAPI banyak lagi benda yang meresahkan aku. Bukan nak kutuk la tapi nak kutuk jugala beberapa perkara di sekolah ni......


* penolong kanan pentadbiran yang perasan bagus
* guru guru yang sentiasa pesimif terhadap guru guru praktikal
* guru pembimbing yang sentiasa cakap belakang
* dalam bilik guru....dah ada macam group tertentu pula
* cikgu cikgu lelaki yang gatal nak mampos
* pelajar-pelajar yang biadab
* sekolah ni terlalu skima untuk aku berjaya

jujur aku cakap aku lansung tak dapat nak tonjolkan kebolehan diri....kerana apa? kerana tak diberi peluang !! kononnya guru guru praktikal ni malas !! macammana nak malas kalau da relief memanjang.....??
kenangan manis aku ketika praktikal ni pun ketika aku diminta tolong oleh seorang sahabat untuk menunjuk ajar para pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sempena sambutan Hari Guru. Ketika itu, sekolah tersebut akan menerima kedatangan pelajar Akademi Fantasia dan Menteri Pelajaran. Kemudian aku di bawa pula ke Sekolah Menengah Convent Teluk Intan untuk menujuk ajar teater kepada para pelajar disitu sempena pertandingan teater peringkat daerah. Alhamdulilah sekolah tersebut muncul juara. Aku orang luar ni pun diberikan penghargaan mengajar tetapi di sekolah sendiri tiada siapa yang nampak bakat aku. Sebab apa? Sebab aku gemuk? Tak lawa? Garang? Tak menggedik? Nak menjadi seorang guru perlu ka semua tu?


Aku tak malu dan tak menyesal untuk nyatakan bahawa aku telah membuat LANGKAH YANG SALAH kerana memilih sekolah ini. Sekolah ini tidak membawa sebarang kebaikan untuk aku. Malah, setiap kali aku nak ke sekolah langkah kaki ni diambil dengan berat sekali. Aku seksa untuk ke sekolah. Rakan-rakan yang lain gumbira tatkala mahu ke sekolah. Sebab pelajar pelajar yang sentiasa bersayang-sayang dengan mereka. Mahu menggedik dan memanja dengan mereka. Bila nak habiskan praktikal di sekolah ni mereka rasa sedih, nak menangis dan sayang untuk tinggalkan sekolah ni.Tetapi aku? aku tak merasa semua itu. Aku sedih sebenarnya. Aku berpraktikum ni untuk belajar dan merasai pengalaman yang pernah mak ayah, dan senior-senior aku rasa sebelum ni. Tapi malangnya, aku tak merasai keindahan berpraktikum.

Aku tak mahu salahkan pelajar kerana mereka masih budak-budak belum matang dalam mengawal situasi, persekitaran sekolah ni mendorong pelajar untuk jadi begitu. Mereka boleh diubah sikap dan digilap potensi jika guru benar benar berusaha dan tidak membezakan mereka dengan kelas yang lebih baik. Aku tidak selesa jika pelajar lemah dibandingkan dengan pelajar pandai. Yang lemah terus ditinggalkan yang pandai terus dibanggakan. Inilah situasi yang aku lalui. Anak-anak yang aku terima ini semuanya lemah dari segi pelajaran. Namun ada diantara mereka yang mahu belajar. Tetapi kerana tidak mahu dibantu mereka terus lemah. Bila aku guna pendekatan yang menarik untuk mendorong mereka menyukai pelajaran, guru pembimbing pula tidak sukakan cara yang aku pilih ini. Katanya main belon dan permainan-permainan lain itu tidak sesuai untuk pembelajaran lainlah jika di dalam kem motivasi. Mati semangat aku untuk membantu mereka bila dikritik oleh guru pembimbing sendiri begitu.

Monday, April 11, 2011

Alang Rentak Seribu.........Rentak Baru Tercipta.........!!



Akhirnya berakhir juga pementasan aku yang aku anggap pementasan terbesar aku untuk semester ini. Untuk pementasan ini sebenarnya aku berikan lebih berbanding pementasan produksi aku sendiri iaitu Cicit Mak Dara. Aku pergi untuk ujibakat pelakon tatkala anak anak aku memerlukan aku untuk membimbing mereka. Disini, timbul sedikit penyesalan kerana aku lebih pentingkan minat aku berbanding tanggungjawab sebagai pengarah. Namun jujurnya, minat aku dalam teater ini sebenarnya bukan dari sudut pengarahan. Lakonan adalah jiwa aku manakala berkarya dan mengarah merupakan kepuasan bagiku apabila melihat sendiri apa yang bermain dalam kepala otak aku diterjemahkan dalam bentuk pementasan.




Aku ingat lagi hari pertama aku melangkah ke bilik seni lakon itu untuk ujibakat.....aku yakinkan diri yang aku mampu untuk menunjukkan bakat. Juga, aku dengan hati yang ikhlas mahu menolong rakan-rakan minor teater aku iaitu KJ dan Faris seboleh mungkin. Diberikan skrip yang tebal untuk dibaca aku menganggap karya Syed Alwi ini merupakan karya yang agak membosankan memandangkan susunan ayatnya terlalu skima dan kekampungan. Tidak diberikan sebarang watak.....aku membaca skrip tersebut mengikut semua watak namun aku sangat tertarik dengan watak Badariah. Saat pertama aku membaca skrip tersebut aku membayangkan karekter Badariah itu sendiri sebagai seorang perempuan tua yang kecoh dan ceria serta menjadi penghibur teater ini.




Saat diminta masuk kedalam untuk dicasting.....aku tidak diminta untuk berlakon mengikut skrip tersebut namun diminta untuk mewujudkan suasana kecoh di set perfileman. Rakan-rakan dan adik-adik aku yang hadir sama untuk berlakon juga turut dicasting. Oleh kerana tiada siapa yang mahu menggerakkan jalan cerita jadi aku melantik diri sendiri sebagai pengarah bagi menimbulkan suasana kecoh di set itu....... alhamdulilah pengarah teater ini, encik eddy nampak bakat aku dan diminta aku untuk melakonkan watak perempuan melatah. Saat itu, aku menyedari yang watak Badariah sememangnya milik aku.






Melangkah masuk ke dunia teater yang kebanyakan ahlinya tidak ku kenali merupakan sesuatu yang agak asing bagiku. Namun, nasib baiklah aku ada abang Azri (mahaguru aku) Syazril Ashraf (pelakon kesayangan aku) dan Man (sahabat seskandal aku) yang juga antara yang terlibat dengan teater kali ini. Menjalinkan hubungan yang rapat dengan pelakon tidak susah kerana aku harus meramahkan diri memandangkan watak aku sendiri memerlukan si Badariah banyak bercakap dan kecoh di set. Latihan Alang Rentak Seribu bagi aku sederhana.....walaupun disusun rapi dan agak rapat namun kadang-kadang kedatangan aku ke set tiada sebab dan maknanya. Namun tidak mengapa.....aku datang bukan untuk menjadi diva.....tetapi untuk belajar. 


Aku rasakan aku telah memberikan komitmen yang agak baik untuk Alang Rentak Seribu. Mungkin saat akhir Festival Teater Upsi sahaja aku meminta pengecualian untuk memberikan tumpuan kepada anak-anak aku. Dan selepasnya, seluruh tumpuan aku sememangnya untuk produksi ini. Sebelum aku masuk kepada pengalaman peribadi, reaksi penonton, dugaan dan cabaran sepanjang menempuhi perjalanan ke arah pementasan teater ini, aku secara ikhlasnya nak memberikan pandangan terhadap setiap watak di dalam Alang Rentak Seribu ini.



 Aku @ Badariah
Kita mulakan dengan diri sendiri dahulu sebelum mula mengomen orang lain hahaha....diri aku sendiri keseluruhannya aku rasa aku berikan yang terbaik sebab aku bila dah berada di atas pentas aku tak menjadi diri aku sendiri tetapi aku menjadi watak yang aku bawakkan. Sebagai Badariah aku tidak mengalami kesukaran yang besar. Mungkin dari segi melatahnya. Agak sukar untuk melatah secara spontan dan lebih selesa jika apa yang ingin dilatahkan itu dirancang terlebih dahulu. Malangnya, apabila hampir sepanjang hari aku berlakon melatah, tabiat melatah itu sendiri sudah melekat di dalam diri aku. Sebagai Badariah juga, aku memerlukan tenaga yang sangat banyak kerana menjadi makcik tua yang melatah bukan kerja yang senang. Aku harus memekik mekik berkejar kejaran dan menjerit-jerit akibat meroyan. Badariah merupakan antara watak kegemaran aku sepanjang aku menceburkan diri dalam lakonan ini. Badariah dalam fikiran aku adalah seorang ibu yang penyayang, sporting, ceria dan kecoh namun dalam masa yang sama tegas, bertanggungjawab dan innocent.  Menjadi Badariah membuatkan aku terbayangkan mak aku kat rumah. Bukan kerana mak aku seorang yang melatah, tetapi tanggungjawab seorang ibu membesarkan seorang anak perempuan. Terus aku bayangkan mak aku dirumah dan ini menjadikan aku lebih kuat sebagai Badariah. 




Che Wan @ Alang
 Alang......sememangnya watak alang tu memang milik che wan. Beliau corakkan karekter alang itu sendiri mengikut kehendak dirinya. Jujurnya, aku mengalami masalah untuk mengikut rentak che wan pada mulanya. Mungkin kerana tidak pernah duduk bersama dan berbincang apa yang mahu dilakukan dan cuma bergantung kepada skrip dan berlakon apabila diminta berlakon. Aku dan Che Wan sendiri datang dari status, golongan umur yang berbeza. Perbezaan itu menjadikan aku sukar untuk menimbulkan keserasian dengannya. Aku dan alang mempunyai banyak babak bersama dan kebanyakannya babak melatah. Mulanya, aku kurang berpuas hati kerana babak melatah yang dilakukan kurang menjadi dan nampak dibuat-dibuat. Mana taknya.....apabila aku melatah beliau tidak membantu tetapi hanya ketawa di sebelah......pegerakan kami juga tidak teratur dan hanya mengikut kehendak pengarah tanpa sebarang improvised diri. Aku suarakan pendapat aku pada beliau dan alhamdulilah beliau mahu menerima cadangan dan pendapat aku. Kami masing-masing cuba memperbaiki kekurangan diri masing-masing dan alhamdulilah aku mampu menimbulkan keserasian dengannya. Che Wan bagiku, seorang natural talent. Beliau tidak perlukan skrip untuk berlakon. Letakkan sahaja dipentas dan berikan watak dan beliau mampu membawakannya dengan baik. Seorang yang sangat kreatif juga. Bait-bait ayat atau barisan skrip yang ditutrkannya hampir separuh merupakan ayat spontan beliau sendiri dan disesuaikan mengikut keadaan. Sebab itu keseluruhan teater ini bergantung kepada dirinya......





Hafiz @ Tuan Nordin
Setelah 2 kali bertukar pemegang watak ini, akhirnya bertemu juga insan sebenar yang mampu membawakan watak ini dengan baik. Hafiz dipilih seminggu sebelum pementasan. Sebabnya, hanya kami tahu mengapa sebabnya. Bagi aku, pemilihan Hafiz merupakan jalan paling tepat sekali. Pada mulanya aku agak was-was kerana beliau terpaksa mengejar para pelakon lain yang jauh meninggalkannya dengan pantas namun alhamdulilah beliau mampu melakukannya dengan baik. Pengarah filem yang pekat bercakap dalam loghat Kelantan, garang seakan-akan Hitler serta mudah naik angin merupakan perwatakan yang diciptakan untuk beliau. Jauh berbeza dengan dua watak Tuan Nordin sebelum ini. Aku sebenarnya bersyukur bahawa Hafiz dipilih. Watak ini walaupun nampak ringan dan mudah namun sebenarnya sama berat dengan watak Alang dan menjadi penggerak pementasan ini. Aku sangat seronok setiap kali mendengar beliau bercakap dalam loghat Kelantan kerana semuanya seakan-akan natural apabila beliau bersuara. Bagi aku, Hafiz seorang pelakon yang baik kerana tanpa perlu mengerutkan muka dan dengan muka seposen itu beliau mampu mengucapkan dialog dan berlakon dengan baik. Sekali lagi, aku mengagumi bakatnya selepas pementasan Hang Tuah lalu.




Faris @ Malik

Jujurnya, saat pertama aku melihat Faris diberikan amanah untuk membawakan watak ini aku percaya dia boleh lakukan dengan baik. Aku pernah melihat Faris berlakon sebelum ini dan watak sebegini bukan masalah bagi dirinya. Watak komedi sebenarnya berat jika seseorang itu tidak mempunyai natural talent dalam melawak. Dan bagi aku, Faris merupakan salah seorang yang mempunyai bakat tersebut. Beliau mempunyai x-factor yang mampu membuatkan audiens mendengar setiap bait yang diperkatakannya sehingga habis. Itu Faris yang aku kenal. Watak Malik bagiku merupakan seorang lelaki yang terlalu mengikut telunjuk isteri, suka menunjuk-nunjuk,mudah naik angin, pandai bercakap tetapi kerjanya tiada, namun merupakan bapa yang penyayang dan suami yang bertanggungjawab. Melihat Faris sering ditegur kerana ‘overacting’ nya menjadikan aku kasihan dengan beliau. Bagi aku, beliau membawakan Malik dengan cara beliau dan pelakon sekitar beliau harus cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana yang dibawa olehnya. Overshadow? Satu isu yang agak kontroversi.....namun aku percaya bahawa beliau boleh berfikir. Beliau tidak perlu untuk tonjolkan diri melebihi pelakon lain kerana audiens akan nampak bakat yang beliau ada tanpa perlu beliau lakukan apa-apa. Namun, telinga mana yang tidak pedih jika sering ditomah dengan pelbagai tuduhan negatif. Perjalanan bagi menjayakan projek teater ini semestinya bagi Faris merupakan liku yang terbesar dalam hidupnya. Pelbagai yang harus beliau tempuhi dan bersabar dengan segala dugaan. Tetapi, hasil dihujungnya sangat memuaskan. Sebagai seorang sahabat, aku mahu melihatnya berjaya. Sebagai manusia pula, tak akan ada manusia yang tidak lari dari kesilapan dan aku percaya selepas pementasan ini beliau akan mempelajari sesuatu yang berguna dalam hidupnya.



Su @ Timah 1
Melihat sahaja Su aku pasti akan teringatkan watak Dewi yang dia bawa ketika Festival Teater 2010. Beliau sebagai Dewi sangat hebat menarik dan penuh penghayatan. Ketika itu, terdetik dalam hati aku, aku mahu berlakon bersama budak ini. Dan alhamdulilah tuhan makbulkan doa aku apabila kami sama-sama disatukan dalam pementasan ini. Mengenali Su merupakan kenangan yang terindah apabila dapat mengenali seorang sahabat atau lebih aku anggap sebagai adik yang sangat peramah dan mampu berkongsi apa sahaja perkara. Usah disebut mengenai bakat kerana sememangnya beliau merupakan antara pelakon yang hebat terbabit dalam produksi ini. Su sebagai Timah dibawanya dengan baik. Digambarkan oleh Su bahawa Timah ini merupakan isteri dan ibu. Seorang yang sangat tegas dalam berbicara. Sedikit mengongkong dan cuba untuk mengawal pergerakan suaminya. Aku melihat Su menjadi Timah pada hari pementasan dan aku tak nampak diri Su pada hari tersebut. Ada bezanya watak Timah yang dibawa oleh Su dan Timah yang dibawa oleh Kak Fira. Besar juga bezanya bagi aku. Namun begitu, lain orang lain caranya dan perbezaan ini menambahkan keseronokan pementasan ini lagi. Su bagi aku seorang pelakon yang berkarekter dan aku percaya dia mampu lakukan dengan baik jika turut diberikan watak berat selain watak komedi ini. 




Fira @ Timah 2
Watak Timah ini dimainkan oleh dua watak yang bagi aku berbeza cara pembawakannya. Kak Fira membawakan watak ini dengan penuh ceria dan kepoh. Kadang-kadang watak aku yang sepatutnya kecoh dan kepoh tenggelam disebabkan kekepohan beliau. Bagus disitu. Namun, watak Timah 2 ini bagi aku terlalu garang sehingga kadang-kadang menampakkan beliau menundukkan suami. Suara Kak Fira pula kadang-kadang pecah dan kedengaran seperti menjerit-jerit. Namun aku puji usahanya yang cuba menangani kegugupan dengan bijak beraksi secara spontan disamping Malik. Apabila melihat kembali video babak kami berdua, tergelak sendiri aku dibuatnya kerana betapa kepohnya dua orang kampung itu. Aku puji Kak Fira kerana dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan aku tahu tanggungjawab yang dipikulnya sebenarnya berat. Kak Fira sendiri bagi aku seorang yang sangat ceria dan menjadikan hari-hari latihan aku berjalan dengan penuh gelak ketawa. Aku percaya ini titik tolak beliau untuk terus majukan diri dalam bidang ini. Mungkin selepas ini beliau boleh kembangkan bakat dengan lebih jauh. Insyaallah...........


Encik Hisham @ Pak Halim
Pada mulanya aku agak gembira kerana pelakon yang sepatutnya menjadi suami aku ialah abang on..... orang utara juga dan mudah untuk aku sesuaikan diri namun apabila diberitahu encik edy bahawa pembawa watak Pak Halim merupakan seorang pensyarah sains sukan, aku mula risau dan bimbang. Di dalam hati aku beranggapan bahawa berlakon dengan pensyarah memerlukan aku memberikan lebih tenaga dan juga menjadikan aku kurang selesa untuk terus membawakan watak tersebut. Pertama kali bertentang mata, darah aku menyirap. Melihat orangnya sahaja menjadikan bulu romaku naik. Misainya tebal macam Hulk Hogan !! Dalam hati aku dah berbisik, matilah aku kali ni......!! Tetapi apabila kami memulakan lakonan Encik Hisham merupakan seorang yang sangat sporting, ceria dan mudah menyesuaikan diri dengan orang muda. Sesuatu yang aku tidak jangka daripada beliau. Alhamdulilah aku mampu memainkan watak isteri dengan baik berkat kerjasama dan lakonan yang baik ditunjukkan oleh beliau. Apa yang mengagumkan aku mengenai Encik Hisham ialah tenaga beliau......jika nak dibandingkan beliau dan ayah aku, rasanya ayah aku jauh lebih muda namun untuk melihat ayah aku lari berkejaran dengan anak muda, memanjat pangkin dan sebagainya sangat mustahil. Hal ini sememangnya menjadikan aku menghormati Encik Hisham sebagai seorang pelakon yang memberikan seluruh tenaga beliau terhadap sesuatu yang diminatinya. 


KJ @ Iskandar
Orang yang bertanggungjawab memasukkan aku dalam produksi ini. KJ bertindak juga sebagai pengurus artis. Orang yang bagi aku paling banyak membuat kerja dan menjalankan tugas dalam produksi. Aku tidak mengatakan ahli produksi lain tidak menjalankan tugas tetapi yang jelas aku dan para pelakon lain nampak menjalankan tugas ialah KJ. Jika aku bertindak sebagai pensyarah akan aku pastikan KJ memperolehi A diatas usaha yang telah beliau lakukan. Mengenali KJ agak lama dan meminati lakonannya dalam teater of cruelity......menarik bagi aku melihat beliau bertindak ganas dan bengis di dalam teater tersebut. KJ dan Iskandar sebenarnya tidak jauh berbeza. Ada diri KJ dalam Iskandar dan begitu juga sebaliknya. Pernah satu malam kami berbincang bagaimana hendak menjadikan KJ sebagai Iskandar sehingga pukul 2 pagi.Jujurnya bagi aku beliau tidak perlu menjadi Iskandar kerana personaliti KJ itu sendiri sudah menarik untuk dilihat. Bagi aku, beliau hanya perlu menonjolkan sisi lain KJ yang orang lain tidak pernah lihat.  KJ bagiku, seorang pelakon yang baik dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam lakonannya. Aku puji setiap usahanya itu. 


Stephanie @ Mazni 
Jujurnya, saat pertama mengetahui steph dipilih untuk menjadi watak heroin di dalam produksi ini tidak menyenangkan aku. Hal ini kerana bagi aku lakonan beliau saat pertama latihan sangat statik dan agak kaku. Cara penyampaian beliau yang masih jelas kedengaran bunyi loghat negeri Sabah itu pula merimaskan aku. Di dalam hati, bagaimana maknyer bercakap bunyi utara, ayahnya bercakap bunyi perak dan anaknya pula bunyi sabah. Namun, aku ternyata salah. Steph sangat banyak menunjukkan peningkatan. Dari hari ke hari lakonannya semakin baik. Dari hari ke hari juga aku cuba bina hubungan mak dan anak dengan beliau walaupun pada hakikatnya aku lebih muda daripada beliau. Aku mengenali Steph sebagai seorang penari yang rupa-rupanya glamour di kalangan para penari UPSI. Mengenali dirinya menampakkan sisinya sebagai seorang yang lembut dalam berbicara, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja, orang yang positif bagi aku kerana selalu melakukan perubahan yang ketara terhadap watak Mazni itu sendiri. Pada mulanya, kami sememangnya ditegur kerana tidak menampakkan hubungan ibu dengan anak itu secara lebih natural tetapi apa yang kami buat hanyalah lakonan mengikut skrip. Tiada penghayatan watak sebagai seorang ibu dan anak disitu. Aku akui hakikat itu.....namun, seminggu sebelum persembahan aura watak2 kami mula kelihatan. Aku meminta Steph mula memanggil aku dengan panggilan mak. Dan dia sendiri aku lihat semakin manja dengan aku dan watak pak Halim. Aku mula merasakan sayangnya kepada dia sebagai seorang ibu. Steph, telah melakukan yang terbaik untuk menjadi Mazni kerana memang boleh dibezakan dengan ketara watak Stephanie dan Mazni itu sendiri. 


Syazril @ Alias
Aku meminta syazril untuk sama-sama datang ke sisi ujibakat kerana aku mahu semua orang melihat bakat yang dia ada. Aku mahu semua orang tahu bahawa bakat yang diluar fakulti seni dan persembahan ini sebenarnya lebih banyak dan yang penting harus diberikan peluang dan platform untuk menunjukkannya. Namun, aku tidak tahu mengapa dia setuju untuk datang ke sesi ujibakat dan turut serta menjayakan produksi ini walaupun watak yang dibawanya tidak setanding dengan bakat yang dia miliki. Pada mulanya, aku agak hampa apabila Syazril diberikan watak Alias. Bagiku, Alias hanya watak picisan yang tidak menguji bakat sebenar syazril. Aku mengharapkan beliau diberikan watak cikgu Mahazan pada mulanya. Aku ada terniat untuk berbincang dengan Encik Eddy untuk menonjolkan bakat Syazril dengan watak yang lebih banyak dialog dan permainan emosi tapi, apabila mengetahui watak itu telah diberikan kepada pelajar minor teater aku terpaksa diamkan diri. Namun, rupanya tanpa memerlukan watak yang berat atau watak yang mempunyai banyak dialog dan perhatian beliau berjaya menunjukkan bakat. Cik Lena memuji cara syazril berlakon. Sama seperti yang aku anggap.....cara lakonannya sememangnya bersahaja dan tak perlu dibuat-buat. Natural acting !! Aku tunjukkan kepada Encik Eddy lakonan2 syazril di bawah arahan aku seperti Jadi Tak Jadi, Permata Ilahi dan Pulang. Ternyata.....Encik Eddy juga nampak bakat yang dia ada. Alhamdulilah. Beliau sebagai Alias bagi aku terlalu mudah namun dibawanya dengan baik. Alias bagiku pmuda kampung yang agak kalut, rajin bekerja dan mahu mempertahankan adat kampungnya. Alias pada hari pertama persembahan dan Alias ketika hari kedua persembahan agak berbeza. 



Che Mat @ Cikgu Mahazan
Apa kelebihan Che Mat ?? Tanpa sebarang talian hayat aku akan menjawab.....suara beliau !! Aku suka mendengar suaranya setiap kali beliau bercakap. Walaupun bukan di dalam lakonan sekalipun. Namun, tuan punya suara ini, jarang sekali mengeluarkan suara emasnya itu. Orangnya agak pendiam dan jarang bercampur dengan pelakon2 lain. Aku paham, beliau mungkin bersama ahli-ahli produksi yang lain menjalankan kerja di belakang pentas. Aku pernah melihat beliau sebagai Hang Tuah. Sangat menarik dan aku ternganga apabila melihat lakonannya. Memang hebat sebagai seorang pelakon bangsawan. Namun, untuk teater realisme sebegini, Che Mat mengalami sedikit kesukaran kerana masih terbawa bawa karekter bangsawannya itu di teater ini. Bukan Che Mat sahaja, malah KJ dan Faris juga bagi aku masih melekat aura bangsawannya. Cikgu Mahazan.....sebagai seorang guru mungkin Che Mat membayangkan etika sebagai guru itu sendiri memerlukannya bertindak tegas dan mengawal percakapan. Bimbang juga aku melihat dia kelihatan kekok membawakan watak guru itu. Jelas kelihatan beliau mengawal percakapannya, posture badannya malah pergerakannya juga dijaga. Sama seperti apa pelakon bangsawan lakukan. Sayu juga mendengar apabila satu ketika, ketika duduk bersama dia bertanyakan kepadaku "Kak Bada, teruk sangat ke saya berlakon? " Tak terjawab juga aku ketika itu. Namun, aku melihat watak Che Mat berubah dengan banyak sekali apabila watak Tuan Nordin dibawa oleh abang Hafiz. Apabila tuan pengarah yang pekat berdialek kelantan, berjumpa pula dengan guru yang berasal dari kelantan aku nampak Che Mat disitu semakin selesa dan lebih baik sebagai cikgu Mahazan. Banyak juga ayat-ayat spontan yang keluar dari mulutnya. Malah, aku perasan beliau cuba untuk menggunakan dialek perak ketika berbual dengan watak Alang dan Malik. Satu usaha yang baik oleh beliau.....Apapun, aku masih menganggap beliau sebagai seorang pelakon yang hebat di UPSI.


Fana @ Ecah
Pensyarah aku yang turut datang pada malam persembahan bertanyakan kepadaku. "Yang jadi Ecah tu, kamu ambil budak sekolah mana? Tak pun anak pensyarah atau pekerja UPSI ka? " ketawa berdekah-dekah aku mendengarnya. Apabila aku nyatakan bahawa beliau merupakan pelajar pendidikan sejarah semester 6 terkejut dibuatnya pensyaraah aku tu......Fana, bagiku ahli produksi ini yang paling gigih. Walaupun babak dan dialog beliau tidak sebanyak mana, tetapi usaha yang beliau tunjukkan itu melebihi pelakon watak utama. Fana sentiasa bersemangat untuk datang berlatih malah jika tiada babak yang melibatkan beliau, Fana masih datang untuk berlatih. Disitu, aku memang tabik hormat kepadanya. Beliau juga merupakan antara sahabat baru yang aku paling rapat ketika menyertai produksi ini. Mengenalinya selama 4 bulan ini membuatkan aku gembira memperolehi sahabat yang ceria dan selalu memberikan aku pendapat yang baik tentang  lakonan aku dan apa yang harus aku ubah. Dia juga antara sahabat segosiip aku yang boleh aku ceritakan apa sahaja ketidakpuasan hati aku terhadap mana-mana ahli produksi ini. Fana sebagai Ecah pula bagiku cemerlang kerana pononton menyangkakan beliau sebagai kanak-kanak bersekolah rendah. Satu kejayaan disitu. Pada hari persembahan Fana memberikan lebih daripada apa yang sering dilakukan ketika latihan....ekspresi muka serta reaksi yang baik terhadap Malik dan Timah. Beliau sememangnya berbakat namun sayang, ketika di tahun ke tiga inilah, bakatnya baru mahu digilap.


Azri @ Pak Mokhtar
Mahaguru aku di dalam dunia teater ini.......abang azri. Jujurnya, aku lebih berminat untuk sama-sama menjayakan teater ini adalah kerana cita-cita aku untuk sama-sama berlakon bersama abang azri rupanya tercapai juga. Abang azri mempunyai banyak pengalaman dalam lakonan dan kerana didikan dia jugalah aku berada di tahap ini. Banyak yang aku telah pelajari daripadanya. Banyak juga aku tahu tentang selok belok dunia lakonan ini daripadanya. Abang azri bagiku ialah teman segossip aku dan tempat aku meminta kritikan dan bermanja. Aku hormatkan semangat beliau untuk sama-sama turun padang untuk membantu adik-adik junior walaupun beliau sudah habis pengajian dan sedang menjalani praktikum. Oleh kerana minat dan rasa tanggungjawab itu, abang azri banyak berkorban untuk produksi ini. Aku tahu apa pengorbanan yang dilakukannya. Beliau sebagai pak Mokhtar.....bagi aku tiada apa yang menyusahkan beliau kerana aku tahu beliau boleh bawakannya dengan baik. Lakonan, nada suara, pergerakan tubuh dan lain lain boleh diselaraskannya dengan baik cuma mungkin tenaga sebagai pak mokhtar ini banyak diperlukan. Watak pak mokhtar ini bagiku penyeri teater ini dan menjadikan ianya tarikan terbesar buat penonton menontonnya.



Krew-Krew Filem @ (Man, Zul. Abang Amir, Pak Dan, Nazirol, cikgu shaari, Peggy, Audrey)
Bagi aku, baik mereka jadi krew filem atau pelakon yang berwatak, sebaik sahaja mereka di pentas mereka bertanggungjawab untuk memainkan watak masing-masing. Aku kurang gemar apabila ada yang membanding bezakan pelakon utama dan sampingan. "Aku watak sampingan ja.....tak ada peranan apa pun. Tak glemer sangat" Ayat yang paling aku benci untuk didengar......Jika benar minat berlakon dan mahu mengembangkan bakat seni, apa sahaja watak yang diberi harus diterima dan dibawa dengan baik. Krew-krew filem bagi aku menjalankan peranan mereka dengan sempurna. Nampak kekecohan mereka ketika berkerja. Walaupun setiap kali latihan, masih nampak kekekokan mereka kerana masih kurang jelas peranan masing-masing dan pelakon utama sendiri belum memainkan watak dengan baik jadi sukar untuk chorus2 seperti mereka menjalankan tugas. Namun dalam banyak-banyak krew ini aku puji lakonan Nazirul dan Abang Amir. Ini tidak bermakna yang lain tidak bagus tetapi yang mengejutkan aku ialah mereka. Zul bagi aku pula boleh digilap dengan watak yang lebih mencabar manakala man.....sepatutnya watak beliau adalah lebih daripada yang ini. Pak Dan dan cikgu shaari adalah penyeri dalam kumpulan krew ini kerana bagi aku gelagat mereka berdua seronok untuk dilihat. Bagi, gadis-gadis mekup pula......mereka telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik serta aku gembira untuk mengenali gadis-gadis cantik seperti mereka.



Orang Kampung @ (Siti, Fiza, Farhana, Fakirah)
Peranan orang kampung juga sama pentingnya dengan peranan krew filem dan juga pelakon-pelakon utama. diwujudkan watak-watak orang kampung ini untuk membantu watak-watak utama bermain dengan karekter serta memeriahkan keadaan kampung yang sepatutnya meriah dan riuh. Aku percaya setiap daripada mereka ini mempunyai bakat mereka sendiri kerana boleh dilihat baik kak siti, kak fiza farhana dan fakirah membawa watak orang kampung dengan perwatakan yang berbeza......semuanya mungkin kecoh dan busy body.... tetapi gaya setiap orang bagiku berlainan dan menarik. 


TRIVIA ALANG RENTAK SERIBU (bagi aku ler......)

* Sebelum persembahan kami, iaitu ketika hari preview kain batik, beg dan kasut sekolah ecah serta beberapa baju hilang dari simpanan. Hal ini agak mengecohkan keadaan. Namun semua barang itu ditemui kembali kesokan harinya


* Badariah lebih tenang, dan tertumpu terhadap skrip. Ketika itu sebenarnya kepala aku tengah sakit dan mata aku kabur. Aku tidak gementar sebaliknya kuat berpeluh sehinggakan pada mulanya badariah kelihatan tua tetapi makin lama, mekup aku mula luntur. 


* Kayu di pangkin tiba-tiba jatuh ketika aku mahu melangkah.....jadi terpaksa aku melatah untuk menjadikan situasi itu tidak kekok


* Alang membawa basikal dengan terlalu laju mengakibatkan bakul sayuran jatuh terbalik. Nasib baik pandai dicover line oleh si Malik dan Alang. Namun ada penonton yang menyangka adegan itu dirancang


* Muzik kemunculan alang yang sebenarnya ialah lagu crazy frog dan lagu culcatta namun disebabkan ketidaksesuaian maka ditukarkan menjadi lagu sudirman horey horey


* Lagu kemunculan alang dimainkan agak lambat daripada masa sebenar menyebabkan alang muncul agak lambat juga kerana menunggu key lagu


* Reaksi penonton pada hari pertama lebih baik berbanding pada hari kedua


* Ketika Alang mengetuk dinding rumah Badariah, papan rumah di bahagian dalam hampir pecah


* Babak latah sepatutnya lebih pantas, dramatik tetapi berlansung dengan lebih tenang dan ada lebih masa untuk mengambil nafas.


* Iskandar secara tidak sengaja terlanggar mikrophone yang diletakkan di hadapan ketika mahu melemparkan jala


* Babak kejar mengejar ketika pak halim pulang lebih baik dilakukan ketika hari pertama


* Alias lebih baik pada hari pertama


* Reaksi pak Mokhtar agak berlebihan pada hari pertama mungkin kerana mahu memberikan yang terbaik namun agak menganggu babak pelakon lain.


* Badariah lebih bermain dengan tingkap apabila banyak kali keluar ke tingkap untuk melihat situasi di luar. hal ini kerana, adanya si timah untuk memberi guideline babak mana harus keluar ke tingkap


* Babak joget lambak lebih baik pada hari pertama


* Persembahan hari pertama bagi aku lebih teratur dan menampakkan corak sebenar jalan cerita ini. 


* Aku mahu melakukan all-out pada hari kedua namun malangnya tak tercapai


* Penonton lebih ramai pada hari kedua (juga didatangi pelajar ASWARA dan pelajar IPG Ipoh)


* Timah 2 banyak terlupa skrip namun pandai dicover


* Sebenarnya bukan Timah 2 sahaja yang terlupakan skrip, Badariah, alang, cikgu mahazan, malik dan ada pelakon lain juga banyak yang lupakan skrip


* Aku sengaja overkan diri untuk melatah sebab mengikut kajian aku orang melatah semangnya begitu. Akan melatah setiap kali mendengar bunyi yang kuat, terkejut dan mendengar sahutan orang lain


* Alang banyak keluar daripada skrip namun mencantikkan pergerakan cerita. Percakapannya juga lebih banyak tersekat-sekat jauh berbeza dengan latihan namun dibantu oleh pelakon-pelakon lain


* Malik lebih baik pada hari kedua


* Lebih nampak naluri keibuan dan kekecohan Badariah pada hari kedua.


* Tenaga dan gelagat orang kampung lebih kurang berbanding hari pertama


* Gelagat para krew filem lebih menarik pada hari pertama. 


* Ekspressi Mazni lebih baik pada hari kedua


* Banyak dialog di luar jangkaan dan situasi yang tidak dirancang berlaku pada hari kedua


* Watak Zahari agak over pada hari kedua sehingga mengganggu dialog dan babak orang lain dengan gelak tawanya yang kuat itu. Gelak tawanya itu pada mulanya kedengaran kelakar dan memeriahkan suasana namun semakin lama ianya kedengaran membingitkan dan menganggu keadaan. 


* Tuan Nordin lebih baik pada hari kedua


* Malik banyak menjadikan menggunakan nama tetamu yang datang seperti ASWARA dan SINAR HARIAN sebagai dialog. 


* Ragam Nazirul sangat menarik untuk dilihat pada hari kedua


* Reaksi muka Iskandar lebih baik pada hari kedua


* Babak tangkap menangkap Mazni dan Iskandar lebih baik pada hari kedua


* Ada dialog yang bagi kami tidak kelakar ketika dilakonkan namun menimbulkan hilaian ketawa daripada para penonton contohnya dialog Tuan Nordin "iskandar kau tak payah menebang biar pak lang yang menebang nanti bila aku ambil filem, kau aku ambil muka jer....tangan yang menebang tangan pak lang "


* Misteri nusantara.......fokus lakonan alang agak terganggu kerana diganggu oleh "sesuatu"


* Ketika membuang jala di badan tuan nordin, jala melekat pula pada badan Nazirul dan dengan reaksi spontan menjadikan babak itu seperti dirancang


* Alias bertindak menolak Zahari sehingga jatuh kerana menyampah dengan gelagat orang bandar 


* Babak meroyan Badariah lebih baik pada hari kedua

Wednesday, March 23, 2011

Cicit Mak Dara.......Bermulanya disini...........



Kebanyakan entri aku lebih bertumpukan kepada teater. Ya....kerana itu duniaku. Teater penguat semangat aku untuk terus berada di UPSI dan medan aku menunjukkan bakat dan meningkatkan keyakinan diri. Aku tubuhkan produksi teater di bawah Fakulti Bahasa Dan Komunikasi untuk adik-adikku merasakan keseronokan berteater dan adanya medan mereka untuk berkarya dan meningkatkan keyakinan diri. Sepanjang aku berada di UPSI, Fakulti Bahasa tidak pernah menghantar wakil ke Festival Teater dan ini bagiku amat memalukan kerana teater itu sendiri tergolong merupakan satu bahan karya sastera dan UPSI mempunyai ramai pensyarah yang berbakat dalam penulisan skrip drama. Menerusi teater dan drama sebenarnya bahasa mampu dimartabatkan.



Namun, tiada siapa yang sedar akan hakikat ini dan mahu mewujudkan kelab teater agar para pelajar boleh terus berkarya. Timbulnya nama Cicit Mak Dara sebenarnya bukanlah idea diriku tetapi hal ini keluar spontan daripada mulut sahabat aku Aidah, ketika aku ingin mencari nama untuk produksi ini. Mengikut idea asal aku, mahu sahaja aku namakan produksi ini Sanggar Mustika, kerana nampak lebih klassik dan melambangkan orang-orang bahasa. Namun, sahabatku menentang keras kerana terlalu sterotaip. Menjadi wakil Fakulti Bahasa tidak semestinya memerlukan kami menggunakan bahasa yang berbunga-bunga. Jadi, untuk lari daripada hakikat itu, aku mengikut sahaja cadangan Aidah dengan menamaka produksi ini Cicit Mak Dara. Rupanya, nama itu sememangnya memainkan peranan yang penting. Nama yang kami pilih ini rupanya mengundang minat ramai pihak untuk menyaksikan persembahan kami. Nama yang unik, mengundang ketawa kecil ketika menyebutnya melambangkan ahli-ahli produksi ini yang sentiasa ceria dan berkeyakinan.


Aku sudah semester enam dan aku di UPSI tidak lama lagi. Aku telah menyuarakan hasrat aku kepada Prof Mana Sikana dan Datuk Paduka Rosli akan niat aku untuk mengekalkan produksi ini di bawah kelolaan Fakulti Bahasa dan Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) Alhamdulilah, mereka sangat bersetuju kerana sememangnya fakulti tidak pernah mempunyai kelab teater sendiri. Aku mahu setiap pertandingan teater atau sebarang persembahan teater yang diadakan fakulti aku mempunyai penglibatan. Dan aku juga tidak mahu nama Cicit Mak Dara berkubur sebaik sahaja aku dan para sahabatku keluar dari UPSI. Biarlah nama Cicit Mak Dara ini kekal sebagai salah satu produksi teater yang hebat di UPSI.

OKU Lebih Tahu Apa Itu Budi Bahasa



Aku sentiasa melepaskan tekanan di jiwa dengan ke Kuala Lumpur untuk menonton wayang, bermain bowling atau menikmati makanan mahal bersama adikku. Biarkan duit habis asalkan hati aku ini puas dan tenang. Aku tersenyum sendirian mengenangkan satu peristiwa yang bagi aku agak melucukan. Aku dan adikku Zakwan, sangat menggemari makanan Jepun. Ketika kami sedang menikmati makanan Jepun di sebuah restoran Jepun halal di ibu kota, seorang remaja berbangsa cina mendekati kami. Pada mulanya aku ingatkan beliau merupakan seorang jurujual dan mahu menjual sesuatu kepada aku dan Zakwan. Sebaliknya beliau mengeluar sijil OKU.



Saat itu aku baru menyedari yang beliau merupakan seorang remaja bisu dan pekak. Namun, kegigihannya aku kagum kerana mahu berusaha untuk mencari kerja. Cara yang ditunjukkannya juga sopan dan menarik. Walaupun tidak dapat mendengar dan bercakap, bibirnya sentiasa tersenyum dan aku perhatikan juga reaksinya ketika orang tidak mahu membeli. Masih tersenyum dan meneruskan tugasnya. Beliau kemudiannya mengeluarkan sejumlah 'keychain' yang sangat cantik dengan niat untuk menjualnya kepadaku. Niat di hati sememangnya aku ingin menolong dan aku hulurkan sahaja RM5.00 tanpa mengharapkan sebarang barang daripadanya kerana ketika saat itu aku benar-benar ikhlas untuk menolong. 


Tetapi, beliau tetap keras memaksaku untuk memilih salah satu rantai kunci yang dibawanya. Bagi aku, beliau tidak mahu menerima sebarang pemberian tanpa menjual sesuatu. Memandangkan caranya sopan dan senang dilihat aku meminta Zakwan memilih sebuah rantai kunci. Ketika proses pemilihan tersebut, pemuda cina itu menunjukkan sebuah rantai kunci berbentuk hati kepadanya dan menyuruh Zakwan memilihnya untuk aku. Lantas ketika itu juga dia membuat lambang hati dengan isyarat tangan dan kemudian menunjukkan tanda bagus. Aku paham maksudnya lantas aku dan Zakwan ketawa berdekah dekah. Maksudnya disitu, dia menyangkakan kami ini pasangan kekasih dan mencadangkan Zakwan menghadiahkan aku rantai kunci berbentuk hati. Cara beliau bagiku, sangat baik dan menarik bagi menarik banyak pelanggan. Rupanya, orang kurang upaya seperti beliau lebih tahu apa itu budi bahasa berbanding orang yang normal dan dilahirkan sempurna.

Pelajar Kita Semakin Biadap



Aku melayari You Tube hari ini untuk mencari bahan yang menarik untuk dimuat turun ke blog ini dan aku menjumpai sebuah tajuk yang bagi aku sangat menarik. "Pelajar Gaduh & Bertumbuk Dengan Cikgu..." Ini tajuk yang boleh dicari di laman You Tube. Sebelum melihat video tersebut aku membuat kesimpulan sendiri, mengapa hal ini masih terjadi sedangkan ramai guru-guru kita sudah terlatih dan diajar psikologi di dalam kelas dan cara untuk mengawal murid. Remaja sekarang pula mengapa semakin biadap sedangkan pelbagai kempen yang dilaksanakan untuk menjadikan mereka insan yang lebih cemerlang.

Saat ke 20 aku melihat video ini, aku mengucap panjang mendengar bahasa seorang pelajar dengan gurunya. Bahasa tubuhnya sendiri menunjukkan yang beliau sememangnya tidak menghormati guru tersebut. Pelbagai ayat makian dan kejian yang dikeluarkannya untuk guru beliau. Sebagai seorang pelajar, beliau tidak boleh menjadikan perasaan sebagai medan untuk melepaskan amarah di dalam diri. Guru lelaki tersebut juga salah dalam berbahasa dengan mengeluarkan ayat-ayat yang membangkitkan kemarahan pelajar tersebut. Sebaliknya beliau boleh berdiam diri, atau mengeluarkan kata-kata motivasi atau nasihat berbanding ayat-ayat yang seperti menambah minyak ke dalam api. Bahasa yang dikeluarkan baik pelajar dan guru sangat tidak mencerminkan budaya kita. Kedua-duanya mengeluarkan ayat mengikut perasaan tanpa memikirkan perasaan kedua belah pihak. 

Bagi aku, video ini menampakkan ketidakcekapan seorang guru dan ketidakmatangan seorang pelajar dalam menyelesaikan masalah. Tindakan guru yang berbaju putih itu merupakan tindakan yang baik dengan cuba menyelesaikan masalah manakala guru wanita yang berada di hadapan tidak melakukan apa-apa melainkan memerhatikan pergaduhan ini bagaikan menonton wayang percuma. Namun, selepas menonton video ini semangat aku sebagai seorang bakal guru tidak lentur kerana aku percaya bahawa pelajar tidak perlu diajar dengan rotan, makian dan herdikan malah banyak cara yang lebih efektif untuk digunakan bagi mendidik mereka menjadi insan yang lebih cemerlang. 

Epilog Seorang Penjual


Epilog seorang penjual.....merupakan sebuah drama yang aku dan para sahabat hasilkan bagi memenuhi tuntutan kursus kami sosiolinguistik yang memerlukan kami untuk menghasilkan sebuah video memaparkan kehidupan dan bahasa masyarakat kini. Walaupun video ini tidak sehebat mana hasilnya kerana kami tidak mempunyai sebarang peralatan canggih namun, hasilnya sangat memuaskan. Aku, Aidah, Atul, Jijah, dan Umi melalui hari yang menggembirakan sepanjang pengambaran drama ini. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan jalan cerita dan aku memilih untuk merakamkan sebuah cerita yang lebih santai dan mudah difahami berbanding kisah yang berat dan susah difahami. Aku juga memahami bahawa sahabatku yang lain mempunyai komitmen yang lain dan aku tidak bebankan mereka dengan sebarang skrip. Kami lakukan pengembaraan secara spontan tanpa bantuan sebarang skrip dan hanya berdasarkan bakat mereka sahaja.

Epilog seorang penjual pada dasarnya memaparkan suka duka hidup seorang penjual bagi mencari rezeki halal di bumi allah ini. Aku pilih jalan cerita ini kerana mudah untuk dipaparkan karenah dan ragam masyarakat menerusi kaca mata seorang penjual. Pelbagai karenah masyarakat yang ditemui termasuk pelbagai cara layanan dan penggunaan bahasa yang digunakan. Hal ini bagi aku merupakan paparan realiti masyarakat yang sebenar samada kita sedar ataupun tidak.


Aku bahagikan watak drama ini mengikut karekter para sahabatku. Aku tidak memberikan tekanan atau meminta lebih daripada apa yang mereka mampu berikan. Umi sendiri aku serlahkan karekternya sebagai warga Malaysia yang bersopan santun dalam berbahasa dan melayan tetamu sama seperti karekter asalnya di luar. Azizah pula aku bina karekter seorang wanita yang mahu mengelak daripada membeli barangan kosmetik dengan berpura-pura sakit. Kebetulan, ketika itu beliau sememangnya mengalami masalah kesihatan dan ini menampakkan mood beliau sebagai wanita yang sedang sakit. Gambar diatas pula jika dilihat sememangnya boleh dibaca perwatakannya dan aku berikan watak ini kepada Atul, sahabatku yang paling berbakat dan aku tahu mampu mencuri pandangan penonton. Aku selitkan unsur komedi pada watak Atul kerana tidak mahu drama ini berlansung dalam keadaan yang serius.


Aku tidak mempunyai masalah dengan para pelakon aku kerana aku mempunyai para sahabat yang semulajadi bakat mereka dan aku tidak mengambil masa yang lama untuk memberi arahan dan meminta yang terbaik dari mereka. Aidah sendiri sebagai seorang penjual cemerlang dengan karekternya. Ayat yang beliau bina ketika spontan juga tersusun dengan baik dan menampakkan karekternya sebagai seorang penjual kosmetik. Aku telah banyak bekerja dengan beliau dan aku yakin dengan bakatnya sebagai seorang pelakon, jadi Aidah di mata aku sangat berjaya sebagai seorang penjual yang teraniaya.


Aku sendiri sebagai seorang penggiat teater mahu mencabar diri sendiri untuk melakonkan pelbagai watak. Kumpulan aku sendiri terdiri daripada lima orang pelajar perempuan dan tiada pelajar lelaki untuk menyerikannya maka aku tawarkan diri untuk menjadi pakcik yang gatal lagi pekak. Melakonkan watak ini tidaklah susah kerana aku pernah berlakon menjadi seorang lelaki sebelum ini dan aku memberikan yang terbaik untuk drama ini. Secara jujurnya, Epilog seorang penjual, sebuah drama pendek yang aku dan para sahabat hasilkan untuk kursus Sosiolinguistik ini merupakan pengalaman yang paling manis pernah aku tempuh. Selain itu, mesej dan pengajaran yang mahu kami sampaikan alhamdulilah diterima oleh penonton. Mereka boleh membandingbezakan perbezaan ragam dan bahasa masyarakat kini yang sememangnya merupakan latar masyarakat kita sekarang

Adab Dalam Berbahasa

Aku terbaca sebuah artikel hari ini mengenai adab dalam berbahasa dan ia amat menarik kerana bagiku masyarakat sekarang sangat kurang adab dalam berbahasa. 



  1. Hendaklah bercakap dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar.
  2. Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau yang tidak disukainya.
  3. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, mencaci dan membuat fitnah (walaupun bercakap tentang perkara buruk yang benar-benar sah dilakukannya, ianya termasuk di dalam kategori mengumpat).
  4. Jangan memanggil seseorang dengan panggilan nama yang tidak menyenangkannya atau yang boleh memalukannya.
  5. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenai perkara tersebut.
  6. Hendaklah bercakap secara berdepan dengan bertentangan mata atau tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  7. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu topik atau topik tersebut belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan topik baru atau memintas perbincangan tersebut.
  8. Jangan meniru gaya percakapan orang-orang jahil tentang agama
  9. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucaplah sesuatu yang menggembirakannya.
  10. Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama sebaik-baiknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.

Di dalam islam sendiri memerlukan umatnya untuk bercakap dan berbahasa dengan beradab dan baik. Telah dinyatakan dengan jelas apabila seseorang umat itu berbicara, bicaranya itu haruslah.......
  1. Sentiasa bercakap benar.
  2. Bercakap apabila perlu dan kerana sesuatu tujuan.
  3. Bercakap dengan sopan santun, selalu tersenyum dan dengan nada yang baik.
  4. Bercakap dengan ringkas atau tepat pada fakta.
  5. Percakapan yang jelas dan nyata.
  6. Kalau seseorang membawa kita kepada perbualan yang tidak baik, diamkanlah diri menunjukkan tidak berminat atau memberi salam dan keluar.
  7. Bila bercakap tentang Islam, bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah serta nada yang lembut.
  8. Selalu perhatikan tingkat pemikiran dan pandangan orang yang mendengar supaya mereka boleh memahami apa yang kita cakapkan.
  9. Kalau seseorang menanyakan sesuatu, jawablah dengan baik, iaitu setelah memikirkan jawapannya. Kalau soalan dikemukakan pada orang lain, jangan cuba menjawab tanpa izin.
  10. Jika seseorang menerangkan sesuatu, jangan menyatakan "saya mengetahuinya", dikhuatiri ini akan menyebabkannya kecil hati.
  11. Bila berkata dengan seseorang, pertimbangkan umurnya, status yang berkaitan dengan kita.
  12. Jangan terlalu cepat atau terlalu banyak bergurau kerana ini akan merendahkan kredibiliti kita.
  13. Jangan menyampuk atau mengganggu perbualan orang lain tanpa kebenaran.
  14. Jangan memasang telinga mencuri dengar perbualan orang lain dan jangan membongkar rahsia sendiri atau orang lain

“Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah jaga matamu, jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.

Cek Suka Cakap Dialek Cek

Aku anak jati negeri perlis dan aku bangga untuk menjadi sebahagian warga negeri Perlis walaupun negeri aku paling kecil di Malaysia. Kalau di UPSI pula, pelajar yang berasal dari negeri aku tidak ramai dan susah untuk aku memohon praktikum di negeri sendiri. Apa yang lebih membanggakan aku senang menggunakan dialek negeri aku dengan bangganya. 


Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek.

Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi daripada bahasa Melayu. Dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih boleh saling bersefahaman antara satu sama lain. Fonemena seperti inilah yang telah menarik perhatian ahli-ahli bahasa untuk membuat kajian mendalam terhadap dialek-dialek tersebut.






Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)
Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku.

            Ejaan Standard                                   Dialek Utara
            Saya                                         Saya (mengikut sebutan baku)
            Dia                                           Dia (mengikut sebutan baku)
            Mana                                       Mana (mengikut sebutan baku)

Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:
           
            Ejaan Standard                      Dialek Utara
Bergetar                                   Bergetaq
Ular                                          Ulaq
Telur                                        Teloq

Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’

            Ejaan Standard                      Dialek Utara
            Pasir                                         Pasiaq
            Baligh                                       Baliaq

Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:

            Ejaan Standard                     Dialek Utara
            Kambing                                  Kambin
            Kuning                                     Kunin
            Anjing                                      Anjin

Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):
           
            BM Standard                                       Dialek Utara
            Awak / Kamu                                       Hang
            Mereka (bunyi ě)                                  Depa (sebutan baku)
            Sekejap                                                Sat
            Kenapa (bunyi ě)                                  Awat
            Pergi                                                     Pie
            Kelapa   (bunyi ě)                                 Nyoq
                                   
Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:

            Dialek Utara                                       Dialek Utara (Perlis)
            Kasut                                                   Kasuit
            Pulut                                                     Pului
 

Blog Template by YummyLolly.com