Wednesday, March 23, 2011

Bahasa Melayu Itu Mudah


Orang Arab Pandai Kecek Kelate. Saat pertama aku membaca tajuk video tersebut aku berasa teruja untuk melihatnya kerana ia merupakan satu kebanggaan apabila orang asing yang bukan berdarah Melayu mampu bercakap dalam bahasa Melayu dan menguasai sebuah dialek yang sukar seperti dialek Kelantan. Apabila aku menonton video ini, aku terkesima kerana beliau bertutur seperti rakyat Kelantan jati dan bunyi dan lenggok Kelantannya sangat tepat dan sama seperti rakan-rakan aku yang berasal dari Kelantan.

Beliau juga ada menyatakan bahawa mempelajari bahasa ini sebenarnya untuk lebih mendekati orang Melayu dan untuk mengajar mereka bahasa Arab dengan lebih baik. Jadi beliau mengambil pendekatan untuk belajar bahasa Melayu, mengenali adat dan budaya orang Melayu terlebih dahulu. Bagi beliau, untuk mempelajari bahasa sememangnya pergaulan itu sangat penting. Beliau banyak mempelajari bahasa melalui pergaulan dengan para sahabat.

Jika orang asing mahu mempelajari dan mengenali bahasa kita dengan baik mengapa masih ada lagi di antara kita yang malu untuk menuturkan bahasa ibunda kita sendiri? Fikir-fikirkanlah.............

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com