Wednesday, February 29, 2012

Jadi Tak Jadi.....?? Jadi Lah Kot.....!!


Dah 3 minggu berlalu baru aku terpanggil untuk tulis pasal ni. Lagipun minggu kesepuluh dan sebelas merupakan minggu paling sibuk untuk aku. Jadi masa nak update blog aku ni kureng la skit. But anyway i;ll do my best. But anyway....ni kan blog private aku so ikut suka aku la kan ahahaha.....(asa cam cakap ngan dinding plak kah kah kah....) Jadi tak jadi ni simplenya ialah cetusan idea aku ketika saat aku ngah serabut hahaha..... mulanya aku tak sangka gak diberikan kepercayaan untuk menjadi pengarah persembahan untuk Program integrasi kali ni tapi sebab orang da beri amanah aku teruskan juga. Tapi jujurnya, aku tak selesa menjadi pengarah kerana bukan sifat aku nak arah-arah orang atau nak tunjuk ketua. I prefer to ask the nice way. Thats why i cant be a leader. So secara volunteernya aku telah meminta agar jawatan pengarah ini diberikan kepada Fawiz. Lagipun aku da pernah bekerja ngan mamat ni dan aku rasa dia tak ada kekurangan tuk jadi pengarah yang baik......Dan untuk menjalankan latihan drama ni....memang memerlukan arahan dari seorang lelaki....dan aku tak ada kelebihan itu.... so elok lah kalau Fawiz jadi pengarahnya dan biarlah aku yang jadi sidekicknya.


Selepas diberitahu.....malam tu juga aku siapkan skrip. 2 skrip lagi....!! Satu lagi skrip tu diberi nama skrip 001. Cerita yang agak kalut macam ' jadi tak jadi' juga...... Aku ni jenis akan semangat kalau buat benda yang aku suka iaitu......berlakon dan menulis !! Program tu...pada 25 september dan kami dah start latihan sebelum raya lagi....tapi 1 minggu sekali ja.....tapi ketika itu banyak dugaan yang aku terima.....satu-satu pelakon asal aku tarik diri. Bermula dengan Fariz.....tapi fariz aku tak salahkan dia....sebab aku tahu dia bukan jenis yang akan nyusahkan orang......dia tak dapat join sketsa aku ni pun sebab dia dah dilantik sebagai Presiden PERBAYU.....dan ofcourse la pada hari kejadian dia kena duduk dengan VIP. Tak apalah.....bila fariz dah tak ada aku cuba cari peganti....dan jumpalah seorang sahabat aku ni....pada hari perbincangan dulu dia ada ofer diri nak berlakon tapi malangnya sakali pun dia tak pernah datang berlatih. Aduuuuuiii.....seminggu sekali ja bang ooooi.....!!! Tapi tak apa dia minta maaf cara baik dan aku suka cara dia minta maaf. Aku lepaskan dia cara baik dan aku matikan watak dia tu......Watak Fariz pulak aku berikan kepada Ehsan.



Watak mila sebenarnya aku buat khas untuk mila sahabat aku dari kedah.....tapi dia pulak malu nak berlakon padahal dia ada bakat dalam lakonan. kalau dia beri peluang untuk aku polish dia dia mampu menyerlah......tak apalah aku paham masalah dia jadi aku cari peganti dan aku offer watak ni kat hasanah si comel kelas aku. she;s a very dedicated person. jenis nak mencuba segalanya. and thank god dia setuju dan datang pada latihan pertama.....tapi malangnya watak mila yang aku ingat akan menyerlah di tangan dia tak dapat dia bawa sbab terikat dengan kelas tarian.....tak apalah aku paham....mereka patut dahulukan yang mana penting dahulu. Jadi pelakon asal aku yang sebenarnya ialah aku, aidah, moja, syazril, fariz, ustaz saiful, mila, hafizzudin bertukar menjadi aku, aidah, moja, syazril, ehsan, mai dan hafizudin. Perjalanan latihan berjalan lancar sehinggalah watak utama aku iaitu pelakon kesayangan aku minta untuk undur diri kerana ada komitmen kerja. Masa tu aku dah down gila....aku tak tau apa nak buat dah. ada niat nak bubarkan saja. Nasib baiklah si fawiz ni positif gak orangnya. dan aku slalu ngadu kat si aidah ngan mai. memacam orang aku tawar watak si apis ni tapi sowang pun xmo.....



 nak dijadikan cerita time aku ngah jenjalan kat kuo carik makanan nak bukak posa aku jumpalah ngan si fadzil ajak. dia bagi cadangan untuk ambil anthony seorang budak sabah.....katanya budak tu boleh berlakon....aku yang tak mo pkir panjang terus minta no phone and offer budak tu berlakon. Alhamdulilah mamat ni walaupun lain kos tapi dia mahu membantu dan pada hari latihan dia bawak sowang kawan dia yang bagi menceriakan lagi sketsa aku nih. 
Ketika aku tulis watak meon ni aku sebenarkan bayangkan si hafizudin tengah menari ngan aidah dengan basikal buruknya......memang aku buat untuk hafizudin. Tapi bila dia da xda orang yang bagi aku paling layak bawak watak ni ialah syazril ashraf. Untuk si syazril ashraf ni sebenarnya aku buatkan watak salleh@sally sebab dia nak sangat watak pondan so aku watkan untuk ko syazril ashraf !! padan muka.....ahahah tapi bila soh berlakon watak tu tak boleh plak dia. Ha...baru ko tahu yang nak jadi pondan ni bukan kojer senang....tapi untuk tak berat sebelah ngan si man aku dan geng2 lain audition dua dua mamat ni untuk watak meon. Dan kedua-duanya bawakan watak meon dengan cara yang tersendiri. Dan masing masing ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri. 


Man contohnya bawakan watak meon dengan penuh ceria dan kreatif.....mimik muka dia juga menarik. Body language nampak serasi dengan si aidah dan dia pun kelakar untuk dilihat......tapi si man ni manyak merapu. manyak lari dari skrip...jadi masa yang diperuntukkan aku takut lari dari yang sebenarnya. dan suara si man ni aku takut orang belakang nanti tak dengar sebab suara dia agak halus. Syazril plak bagi aku dia menjadi diri dia dan agak sukar untuk jadikan diri dia meon. tapi aku tahu dia boleh buat. sebab macammana percayanya aku kat dia masa dia bawa watak ali camtu juga percayanya aku untuk dia bawa watak meon. bagusnya si syazril ni dia ni mudah dibawa berbincang aku tak perlu cakap banyak untuk buat dia bersetuju ngan sesuatu. Cara syazril bawa watak meon bagi aku ialah cam dia bayangkan yang meon ni mamat poyo sebab memang nampak dari gerak tubuhnya membayangkan si meon ni poyo. Si syazril ni walaupun tak sebagus man dari segi mimik muka dan gaya tapi suara dia sangat lantang dan sebutan dia lebih jelas. itu syarat penting untuk jadi pelakon. Dan dia lebih menghafal skrip dan segala ayatnya bergantung kepada skrip yang aku buat. aku perlukan itu sebenarnya dan keputusan sebulat suara dibuat syazril dipilih menjadi meon dan aku rasa keputusan tu tepat.



Yang tu suma sebelum hari kejadian.....semasa hari kejadian pun ada masalah......firstly aku cukup tak pueh ati ngan keadaan audio di audi tuh. tapi aku tak salahkan bebudak sem 3 tu sebab memang bukan salah depa pun dah memang gitu keadaannya nak wat camna kan. Second, aku tak suka keadaan pagar buluh yang bebudak ni buat. Cantik....tapi mengganggu muka bebudak aku....dan menggangu pandangan audiens dan sedikit sebanyak akan merencatkan sketsa aku. aku tak mo biila aku dah usaha bagai nak rak tapi finalnya hampeh. so i wanna the best for my team and myself as well. Aku ajukan aku punya ketidakpuasan hati ni kat fawis tapi hampeh mamat ni dia tak kisah plak pagar tu ada kat situ. Adeh la....mungkin fawis ni tak secerewet aku kot....tapi xpa aku usahakan juga tuk buat bebudak tu alihkan pagar tu time kami berlakon. Giliran kami sepatutnya ialah yang ketiga iaitu selepas sem 3 dan sebelum sem 7 wat persembahan tapi aku mintak si pengarah program....solihin tuk jadikan kami persembahan terakhir so that nanti bila dialih pagar tu tak perlu lah dipasang lain. Lagipun kami buat ni untuk mereka juga nak tak nak budak-budak ni kena beri kerjasama. Heheheh.....(garang tak aku....??)


Dan alhamdulilah.....bebudak ni suma baik baik belaka depa turut sahaja kehendak kami....besa ar otai kan mana leh lawan.....dan bagi aku alhamdulilah ketika persembahan pagar tu berada di tepi dan tak merencatkan persembahan aku. Ha itu satu hal....sebelum persembahan aku, mai, aida ngan tony last minit mekup di luar audi....keh keh keh ada hati gak nak mekup bebudak ni....sampai last minit ar baru bebudak tu bapa kali panggil masuk dalam tapi mekup tak setel lagi. Ni aku punya pasal la....kata nak panggil budak mekupkan sekali dia cas 30 hinggit satu kepala tak ke menganga ko....nak bayar guna hapa ? air liur....?? so kem salam je la..... so akhirnya kami ler yang memekupkan diri sendiri ahahahaha.....

Masa persembahan tengah berjalan tu memacam perkara lucu yang berlaku. Aku contohnya yang tak pernah pakai selendang ngan barang kemas tiba tiba plak terlucut selendang ngan barang kemas tu bila aku ngah memaki si syazril tu....aku buat derk ja.....wat selamber. tak sangka lak orang nak gelak....si syazril plak masa lari kena kejar ngan aku tu kasut dia sebelah terlucut nasib bek la si man perasan dan tolong amikkan. ahahah tapi manyak spoilernya aku ar....aku sendiri sebagai penulis skrip pun lupa skrip aku ahahah.....tapi da sebab aku lupa sebabnya si fawis da potong manyak babak manarik dalam skrip aku. jujurnya kalau dikekalkan babak2 tu aku rasa masih menarik perhatian audiens. kekangan masa bagi aku bukan hal since kita persembahan terakhir.

Babak paling aku suka ialah time si syazril nak sarung cincin kat aidah. time tu aku tak bagi sarung sebab lum sah suami isteri tak leh pegang2 gitu.....ntah camno ntah aku rampas terkuat kot dari tangan si syazril cincin tu melantun kuar dari kotak....dan aku plak selamber ja cakap
"ha....mana cincinnya....??" memang kelakar la....xda dalam skrip tuh. nasib bek la cincin tu tak terbang pi ke vip kat bawah tu...kalau idak saper nak jawab?? keh keh keh.....then babak aku ngan syazril time ending tu....ya allah punya la malu tapi ahahaha redah je la.......aku sentiasa enjoy bila berlakon dan itu memang aku punya kepuasan dan kalau boleh aku nak kawan kawan aku pun rasa apa yang aku rasa....camaner sonoknya berlakon ni. aku mahu terus berkarya dan biarlah sambutan karya aku ni sehebat 'JADI TAK JADI'ni...hahaha aku ada komen tentang sowang-sowang pelakon dan sahabat aku nih....


Aku @ Mak Dara.........Kita mulakan dengan diri sendiri dahulu sebelum mula mengomen orang lain hahaha....diri aku sendiri keseluruhannya aku rasa aku berikan yang terbaik sebab aku bila dah berada di atas pentas aku tak menjadi diri aku sendiri aku jadi watak yang aku bawakkan. sebab tu ada seorang abang yang aku jumpa pas persembahan tu cakap dia cam tak caya aku bleh bawak watak tu sebab dia ingat aku ni jenis pendiam dan pemalu.....ahahah he totally wrong...!! dan as usual walaupun dah 3 minggu persembahan berakhir nama mak dara tu masih melekat kat aku. tak apalah....aku dah biasa.....dan alhamdulilah hubungan aku dan sahabat aku yang lain ini semakin baik dan akrab terutamanya aidah dan mai.....


Aidah @ aida.....dah berikan persembahan dia yang terbaik pada malam tu. dia buat apa sahaja yang aku suruh. menjadi lebih gedik dari biasanya......dan babak dia menyanyi dan menari ngan syazril tuh memang peberet aku. dan si aidah ni......punya bakat tersendiri dalam lakonan. dan aku tahu dia minat berlakon. kalau diizinkan allah tuk hasilkan karya lagi aku akan wat watak yang sesuai dengan karekter dia dan cuba uji keupayaan dia untuk berlakon aku tahu dia boleh. Malam persembahan tu....aida memang memukau. her character as a typical malay girl wearing kain batik and baju kurung tu memang kena dengannya. ada sebab aku pilih aida untuk jadi heroin aku dan bukannya orang lain. ada jer....budak2 pompuan lain yang lagi lawa dari dia tapi aku pilih si aidah sebab suara dia.....aku suka suara dia. klassik and jelas......masa gatal suara dia jadi gatal....masa marah akan jadi marah dan sebagainya.....tapi hari tu mekup dia tak bapa cantik ( kes aku mekup sendiri ar nih....) kalau apis ka yang mekupkan mungkin dia akan lagi meletup hehehe......


Mai @ Mila.........Si cantik ayu mai.......my sweetest ever friend.....she;s very cute and adorable. dia pada mulanya agak malu malu untuk berlakon tapi sebab dia tahu agaknya aku ni terdesak dan adanya si aidah menggalakkan dia tuk join sekali so join la juga si mai nih.....dan kerana dia jugalah aku dapat peganti watak fariz iaitu si ehsan. apa aku nak cakap pasal si mai ni ya.....?? she always work hard for everything. ada usaha sendiri....aku tak soh pun pakai bedak sejuk.....kat muka tapi selamber ja dia tempek bedak sejuk kat muka ari tuh hahahah......caya ar mai and tak keterlaluan aku katakan yang on that day mai turn to mila character ahahah......tapi apa yang aku kesali sampai sekarang.....segala penat lelah mai datang berlatih walaupun sibuk ngan esemen telah diragut aku ngan sekelip mata. ni kes aku lupa skrip aku potong dialog dia.....
hmmm.....kesian mai !! cam tak berbaloi ja usaha dia selama ni sbab kecuaian aku....ampun mai.
tapi apa pun mai tetap berikan yang terbaik.......


Syazril Ashraf @ Meon.........Jap aku nak gelak sat......hahahaha....jambu sungguh muka ko di gambar ini syazril ashraf..... ahahha......apa pun mamat ni penggerak sketsa aku. tanpa dia aku rasa sketsa aku tak sehappening ni.....dan dia pada hari persembahan bebetul lain daripada hari latihan. Aku tahu dia akan jadi lain bila berada di atas pentas kerana itulah syazril ashraf. kalau idak syazril ashraf oooi ko kena jadi watak pondan la.....nasib bek la ko tak kena jadi pondan. hahaha kalau idak tentu demam ko seminggu....luarbiasa tuh !! Sepanjang latihan.....dia sentiasa beri komitmen sepenuhnya dan aku memang respect dia sebab itu.....(walaupun umah dia jauh dari KUO you....!!) meon di tangan syazril bagi aku poyo, innocent, blur. tiga perkataan ja leh ungkapkan dia.....sepatutnya watak meon tu ialah seorang lelaki romantik. tapi sebab mamat ni punya la keras nak mampos tuk jadi laki romantik aku terpaksa tukar jadi kutu rayau. tapi apapun.....kalau dilihat spanjang sketsa ni...persembahan dia paling kosisten. babak syazril yang aku paling kelakar ialah bila dia sebut RPH tu....ngan masa dia ngan aku bersayang sayang tu.....hahahah.......


Ehsan @ Pak Hamid..........apa aku nak cakap pasal ehsan. komen memanyak nanti si cantik baju merah ngamuk hahaha.....tapi dalam memanyak pelakon aku yang paling mengejutkan aku bukannya si syazril, man, aidah atau mai tapi si ehsan ni. Rupanya simpan taring untuk hari persembahan sebenar. Bila aku tengok balik tak sangka plak si ehsan ni bleh bawak bawak watak Pak Hamid tu dengan jayanya......dan pak hamid di tangan ehsan ni lebih dari apa yang aku bayang ahahah......sebab aku tak harapkan pun pak hamid segatal itu dan segagah itu tapi ehsan bawakan pak hamid dengan sangat baik dan kreatif. syabas mere bete......!!


Fawiz@Pengarah..........mamat berspek di atas ialah encik fawis. komited dalam menjayakan sketsa ni walauupun aku tahu dia sangat sibuk dengan pelbagai urusan tapi dia luangkan juga masa untuk sketsa kami ni. Terima kasih manyak......!! Aku tak ada masalah ngan fawiz sebab dia bekerja sama cam aku bekerja dan aku hormatkan dia sebagai seorang ketua. cuma pada hari persembahan la aku kecewa skit skrip aku dipotong hingga mengelirukan diri aku sendiri tapi aku lansung tak salahkan Fawiz kerana aku tahu ini bukan kehendak dia. Ada bagusnya skrip aku dipotong sebabnya xdala terlalu meleret. Well....kalau ada rezeki lagi aku nak bekerja ngan si Fawiz ni lagi....insyaallah



Moja @ Jamal........hahaha he's so cute......sesapa ja ada sebelah dia akan cakap dia sangat cute and adorable sebabnya dia tak akan cakap bebenda yang akan sakitkan ati orang. Dan dia ialah ketua semester aku kali ni menggantikan si Ehsan. Si moja ni jenis menurut jer apa yang aku cakap. Mungkin kalau aku tak sebut nama dia pada hari meeting tu dia mungkin tak minat nak join lakonan ni sebab dia ni pemalu orangnya. Dan his biggest asset is his golden voice. i really love it. 2 kali aku bekerja dengan dia and mmang suara dia yang aku nak dengar sangat....sedap. Watak jamal yang diberikan kat moja ni pun ialah watak yang setenang diri dia.....tak kalut di saat orang lain semua kalut dengan kekecohan yang melanda. memang orang pertama aku terbayangkan untuk bawak watak si jamal ni ialah moja.....hehehe dan babak paling aku suka ofcourse la masa part last masa dia ngan tony tuh.....masa latihan berapa kali tak jadi sebab dia malu ngan tony.....tapi bleh jer dia buat pada hari persembahan hahahah


Man @ man.....my new friend from tesl course....tapi idak ler new sebab aku da kenal sejak sem 1 cuma baru nak berkenal kenalan. mamat ni satu negeri ngan aku. tapi dia plak bantai tak tahu yang aku ni budak perlis sebabnya aku tak bercakap perlis.....hahaha bukan apa. watak mak dara ni kan orang perak jadi aku nak biasakan diri cakap perak. ate.....teman pun bercakap la peghok....jangan mara ar encik man....hahahah. tak sangka plak aku mamat ni amik minor teater. well thats good for him. aku tahu dia boleh buat ngan baiknya sebab bakat dia da ada di situ. Watak man di tangan dia memang aku berikan kebebasan untuk bawakan mengikut selera dia sendiri. jika dilihat balik man ditangan dia ialah ala ala sarip dol tapi tak berduit gitu....baju kemain stylo tapi nek beskal....ala ala biar papa asal bergaya ahahaha......well aku memang tahu man boleh berlakon. sebab tu aku jadikan dia penyeri sketsa aku....dan dia ngan syazril berhubung dengan baik sekali......ada connection di antara watak meon dan man walaupun kami dari kos berbeza.....


Tony @ Salleh.......aku pilih tony untuk bawa watak salleh bukannya untuk menghina dia atau nak perli kelembutan diri dia tapi aku tahu tony tak akan hampakan aku. aku tahu dia boleh bawa. pada mulanya tony dan man ni agak malu-malu ngan team aku.....yela bukan dari kos yang sama kan. tapi lama kelamaan kami da jadi cam satu keluarga da. amazingly.....watak si salleh yang dibawa tony ni mendapat sambutan hangat plak.....dan dia buat lebih dari apa yang aku minta. I like that !! Everyone love Sally....!! hahaha.......apa yang aku nak pujinya si tony ni ialah dia mendengar apa saja pendapat aku. bila aku soh buang dia buang bila aku soh tambah dia tambah.....and yang paling penting masa berlakon dia tak bawa diri dia sahaja tapi dia perasan juga sekeliling dia tu ada orang dan berkomunikasi ngan aida dan aku. Thats a credit for him.

So inilah.....keluarga JADI TAK JADI aku......persembahan yang berlaku menjadi bualan setiap orang.....aku tahu persembahan kami yang terbaik pada malam itu....walaupun bunyinya agak sombong tapi kalau tak ada persembahan kami malam tu mungkin malam integrasi tu tak ceria hehehe.......but i really love all the character suma ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. dan aku.......aku da siapkan skrip untuk Festival Teater Upsi Sem depan. kalau betul boleh masuk under fakulti.....aku nak ajak sahabat-sahabat aku ni join sekali. dan jika ada rezeki menang kita sama sama pergi jenjalan ngan duit tu........but for now sketsa JADI TAK JADI ni ialah kenangan paling indah aku untuk sem ini.......

FESTKUM 2010 (A Great Memories)



 Da lebih seminggu FESTKUM melabuhkan tirai dan aku baru terbuka hati nak tulis pas nih ahahah baru datang itu mood da....walaupun boria universiti aku UPSI tak menang apa apa (yang bagi aku suma tu satu penipuan dan perancangan besar oleh pihak penganjur) aku sangat berseronok di negeri kelahiran aku PERLIS INDERA KAYANGAN. FESTKUM kali ni ialah penyertaan pertama aku dan dibuat di negeri asal aku perlis. Banyak dugaan sebenarnya sepanjang festival ini. Tapi ada aku kesah? ahahah yang hado....!! Sebelum dan selepas FESTKUM ni pun manyak dugaan yang aku terima. Dengan aku beberapa kali kena tukar pelakonnya, dengan berapa kali kena tukar skripnya....dengan aku duduk umah sensorangnya....dengan mak dan adik adik aku kena mai dari jauh temankan aku kat rumahnya.....dengan dipandang rendah oleh yang lain-lainnya tapi tu tak melemahkan semangat aku, vivek dan abang azri. Yang penting bila dah sampai perlis aku cuma nak buat yang terbaik.





Banyak diantara bebudak UPSI yang join FESTKUM ni xnah sampai perlis jadi secara tak lansungnya aku melantik diriku sebagai tourist guard ahahaha.....tapi nak dijadikan citer nasib malang bebudak nih kami telah mendapat seekor( aku menggunakan seekor kerana perangai dia tak macam orang) pakcik bas yang sangat sangat sangat hampeh. Dia bleh bagi alasan dia tak nak bawa kami jalan2 di luar perlis. Suma kena ikut mood dia ja.....dah tu siap warning lagi dia xkan bawak gii tgk memember event lain kat uitm n uum plak sbab katanya buang masa. Amboi banyak cantik muka ko (yang dah memang huduh tu) Mungkin ada yang mengadu kot kat pengurusan pakcik tu telah bertukar menjadi baiknya tapi idak ler baik sangat hahahaha......
Dan aku alhamdulilah festival dibuat di negeri aku perlis jadi aku bleh la gak bawa kawan kawan aku ni jenjalan sekitar perlis, walaupun aku tahu ada yang kecik ati dengan tindakan aku ni. tapi nak buat camna. aku cuma ada keta kalau aku ada lori kompom aku akan bawak semua.


Gambar diatas ialah ketika sedang menikmati seafood di kuala perlis, abang azri, adik aku (baju kuning) dan ijie. G ni aku tak kenal pun sebelum ni. tapi sebab dia selalu usik aku masa latihan kat panggung budaya so jadi kenal. lagipun dia banyak beri tunjuk ajar untuk team sketsa aku dan dah jadi cam terhutang budi plak aku dengan dia. so aku bawak la mereka ni tuk melantak seafood di kuala perlis.....alhamdulilah sedap plak melantak malam tuh. nasib bek sedap ehehee....!! tatkala sahabat-sahabat kat kolej unimap menikmati makan malam yang tak sedap malam tu aku, abang azri, vivek, ijie dan zakwan makan dengan sangat mewah. Kesian plak aku dengar bila diorang cerita pakcik tu bawak diorang makan kat tempat yang tak sedap lagi mahal....jadi kegembiraan aku malam tu aku tak cerita kat sesapa pun. Just diorang tahu aku keluar makan di kuala perlis saja.


Yang atas ni ialah hari kemuncak.....ari persembahan....camno? vogue tak cek? ada ala-ala angelina jolie tak? ahahaha....!! aku cuma buat yang terbaik pada hari tu.....Paling aku bersyukur mak ayah tok dan adik adik aku datang memberi sokongan kepada aku dan team2 aku yang lain.....love you all !! ini memberikan aku lebih semangat untuk membuat yang terbaik. Peliknya bila aku dah terbiasa kat pentas perasaan takut dan gementar yang sebelum ni ada dah hilang dan aku mampu jadi seperti apa yang watak aku nak dan alhamdulilah persembahan kami mendapat pujian ramai. termasuk pasukan boria yang bagi aku sangat menggugat universit2 besar yang lain. ramai peserta dari universiti lain datang jumpa ngan aku cakap yang UPSI punya boria best. even LO kami pun si Dini ngan Niza cakap yang diorang turut kembang bila LO2 yang lain puji team UPSI. Tapi puji bagai nak rak pun kalau ada konspirasi sampai kiamat pun tak menang. Bagi aku sangat tak adil bila pasukan yang menang (biarlah aku rahsiakan universiti mana) membuat persembahan yang sangat biasa, lagu yang tak sedap, dan tarian normal dinobatkan sbagai juara. Bagi aku PASUKAN BORIA UPSI tetap yang paling best !!



Puisi Satu Malaysia........yang hadoooo.....!!


Assalamualaikum......arini da 6 november tapi aku baru nak crita pasai benda nih. Pedulik hapa kan.....ni kan blog haku....so ikut suka aku la kan. Anyway i will write kalau aku ada mood kalo xda mood kerja aku membuta n layan drama jepun or filem industan ja....anyway ada la menda skit nak kabor pasai event membuat Malaysia book of rekod nih. Benda ni berjalan pada 22-24 oktober lepas kat Perpustakaan Negara Malaysia. Kira kerjasama bersama la PNM dengan UPSI nih. Jadi ari jumaat tu aku ngan geng-geng yang lain berangkat la ke PNM untuk membaca puisi melayu 36 jam tanpa henti......Memula tu agak excited sebab aku ni jenis suka gak bebenda sastera nih......tapi bila dengar jer taklimat dari si Rahimah rupanya tak berhenti menda nih dan xleh nak tido ngan aman rupanya jadi meragut juga la keseronokan aku tuh. Kami kena berkampung kat PNM nih dan diberikan tempat tido kat bilik mesyuarat la kot. Biliknya ok la ada ekon......tapi bilik air kena share. Ekonnya subhanaallah.....sejuk yang amat !! aku yang suka sejuk ni pun kalah dibuatnya ngan ekon tuh.....skit lagi gamaknya beku kot aku nih.


Memacam la benda jadi kat PNM waktu tuh....banyak pengalaman menarik yang aku lalui. Aku ni sebenarnya peserta biasa ja xdala ada jawatan apa pun dalam AJK pelaksana nih. Tapi tetiber lak arituh aku kena jadi AJK protokol sebagai penyambut tetamu. Ni kes tak cukup penyambut tetamu sebab ada yang akan datang pada ari sabtu. So aku lak jenis ok ja....go on ja. Lagipun dalam otak aku apa susah. Nak sambut tetamu ja.......tapi hampeh rupanya susah gak nak jadi penyambut tetamu nih. Kawan aku si aidah (gambo di atas) sebagai ketua ajk nih da berpeluh peluh da dibuatnya....tu dia yang badan kecik nih....kalo aku camno la agaknya.....nak tergolek la jawabnya......malam tu aku kena sambut vip iaitu dekan fakulti aku Dr. Azmi. Tunggu punyalah tunggu......tak juga muncul-muncul. Sakit gak ar kaki berdiri menanti kehadiran dia. Tapi ok lah aku enjoy sebab leh sambut dan bersua muka ngan beberapa tokoh sastera terkenal cam Ahmad sarju, lim swee tim.......dan ada gak pengalaman yang hampeh.

Untuk event nih.....ada la juga dijemput artis-artis tuk memeriahkan majlis ni....antaranya sathiya, angeline tan, sabri yunus, hairie kool, ngan yusri. Paling best sabri yunus ar ngan sajak tukang dia tuh.....sampai sekarang aku teringat lagi cara dia baca sajak tuh....memang menarik perhatian. Dan yang paling tak best ialah bila aku kena melayan karenah PA si hairie kool ngan si yusri tuh. Subhanaalllah kemain demand......nak duduk kat ekon....tak mo duduk tempat penonton, minta diberi air mineral lagi. Pastu nak goodie bag plak.....adeh la mana la aku nak cekau. Goodie bag tuh untuk pembaca sajak ja.....kalo tak baca sajak mana leh dapat. Yang si hairie ngan yusri tu ok ja rileks ja tak adala mengada-ngada sangat pun.....si PA lak yang kemain demand. Hahaha tapi tu suma pengalaman tuh......!! tapi for sure kompom aku tak leh jadi pengurus artis keh keh keh......!!


Kira menariknya benda ni ialah berlansungnya tanpa henti.....kalo ada yang tercekik ka tersedak ke nak terbersin ka time tuh ada la tukang beckupnya.......si moderator. bagi aku good idea la menda nih. yela bukan semua ada nafas yang panjang yang nak kena baca menda tuh berterusan. Dan waktu tu juga memacam jenis cara baca aku dengar......ada yang nak wat aku tergelak pun ada, yang baca ngan penuh perasaan pun ada, yang baca tapi cam wat konsert pun ada......hahaha memacam. tapi yang respect satu ler....kebanyakan masyarakat kuala lumpur yang datang ke PNM nih terutamanya mak bapak banyak yang menggalakkan anak diorang tuk beranikan diri naik ke pentas untuk baca sajak. Bagi aku bagus sebab pendedahan awal tuk build konpiden dan serapkan elemen sastera nih.


Hamba allah kat atas tu ngah tabah menunggu giliran bila agaknya nak leh baca puisi since kumpulan aku ialah kumpulan yang ke 21. pergerakan tu agak lambat sebab sorang kena baca 6-7 muka surat yang terdiri daripada pelbagai jenis puisi. tapi nasib aku agak baik sebab kumpulan aku terdiri daripada hamba-hamba allah yang meletup dan memang aku tahu bleh berpuisi......antaranya aku sendiri, fariz, datuk liza, pei, suliza dan rahimi. walaupun menda ni bukan pertandingan tapi bagi aku diorang boleh berikan yang terbaik. tapi ya allah......seksanya menunggu giliran ni tuhan jer yang tahu. kemain lembab.....sebabnya di dahulukan kat orang awam ngan tetamu yang datang dulu. sabar je la labu.........Tapi apapun nak puji gak ar makanan yang disediakan memang sedap hahahaha tambah2 lagi hari last tuh.....memang aku bedal sebedal-bedalnya la.....bukan selalu nak bleh ngap camtu. kengkawan aku kebanyakannya dah lembik menunggu giliran sebab ye la....katakan skarang da kumpulan 14 dan diorang kumpulan 16 kalau nak dikira jarak nombor tu tak jauh la kan.....tapi sebab kemain lama nak membacanya bezanya sampai 2-4 jam. jenuh gak ar melangut menunggu giliran. ada juga yang curi-curi naik atas untuk tido. tapi bagi aku tak adillah kalau diorang tido sedangkan para ajk yang bekerja 24 jam untuk jalankan program ni bersekang mata.


Ada la jugak seorang hamba allah ni yang tak perlu aku sebutkan nama.......kemain tido sedangkan di saat tu semua orang di arahkan untuk turun ke bawah beri sokongan kepada rakan yang lain. yang menurut arahan tu ok la gi turun tapi yang "telinga gajah" nih wat derk je la......dan paling hampeh skali bila aku naik balik tuk semayang maghrib dia masih terbongkang tido, alasannya dia kena baca puisi pukul 4 pagi semalam ( alasan yang bagi aku tak munasabah since bukan dia sorang yang kena baca time tuh) aku memang benci gila orang gitu. dan hamba allah ni aku tak pernah nampak pun dia kat khemah penonton tuh.....mana pi pun tak tahu la. Dan ada juga la salah sorang ajk ni yang juga budak kos aku.....dia ni seorang yang tegas. semua orang kenal dia ngan sifat tegas dia tuh. tegas itu bagus bagi aku tapi biarlah bertempat dan kena caranya. Aku memang hormat dia sebab mampu buatkan orang mendengar dan terdiam apabila dia bercakap tapi bagi aku tak perlulah bercakap dengan kasar, terjerit-jerit dan menengking sebab kita semua ni bukan budak kecik lagi. so just enough kalo cakap then nak tak nak korang buat la....sora pun tak abis tekak pun tak sakit....dan ati orang pun tak sakit. aku pernah tanya cara ngan elok ngan hamba allah ni boleh tak kalau aku nak percepatkan giliran sebab aku dah sakit kepala time tuh tapi dengan kasar dia jawab......kalau leh pilih giliran da lama dah dia nak amik giliran nombor satu.....so camnapun ikut ajelah apa yang orang da bagi. dan buat aku nak jadi incridible hulk malam tu.....ialah waktu asal yang dijadualkan aku untuk baca sajak ialah pukul 4petang tapi leh plak terlajak pi pukul 4 pagi.


aku kena giliran untuk membaca puisi pada pukul 4 pagi ( satu benda yang tak pernah dibuat orang) dan yang menyakitkan ati aku.....aku da praktis lama da camno nak baca sajak, dan gurindam yang aku dapat nih....tapi time kumpulan akulah (ish....pasai apa baru time kumpulan aku nih) depa tak bagi baca sajak da.....depa amik balik semua sajak dan soh baca pantun ja....sebabnya sajak da banyak da orang baca....sekarang ni kekurangan pantun plak. skit lagi ja rambut aku memang nak berapi (jadi cam rambut son goku) memang totally changed my mood at all. aku yang mulanya excited nak baca da jadi xda semangat lansung da. so dalam kepala hotak aku pkir meh la aku nak wat kerja gila. lagipun pukul 4 pagi nih sapa ada sangat....kecuali abang kamera 2-3 orang....para ajk......ngan adala bebudak yang dok tunggu giliran dua tiga orang. Otak aku time tuh da tak betul da....dalam otak aku pikir yang aku nak wat kelainan. aku tak nak bacaan pantun aku sama cam orang lain.....xkreatif dan xda pembaharuan. So saat aku da naik pentas tu bebudak yang kenal aku kemain tepuk dah (hampeh tul.....) aku dapat dalam 25 rangkap pantun so aku pkir setiap 3 rangkap pantun tuh aku baca mengikut emosi yang berbeza. xnah dibuat orang lagi....!! untuk 3 rangkap pertama aku baca ngan nada gembira, kemudian aku tukar jadi nada marah, then nada sedih, nada takut, nada sengau, nada menggoda, pastu aku baca ngan berlagu.....lagu p ramlee gitu lagu malam bulan di pagar bintang, pastu lagu enjit enjit semut, lagu sesungguhnya raihan......

yang lawaknya.......malam tu moderator aku malam tuh si azhan pun mengikut mood aku malam tuh....bila aku baca marah dia pun jadi marah sama hahahaha......kelakar la plak. tak sangka dia pun nak tersampuk ngan aku. time tu aku perasan yang semua orang terhenti kerja mereka dan beri tumpuan pada bacaan aku. baguslah daripada aku baca dan orang wat bodoh ja atleast tahu la gak ada orang atas pentas ni......pas abis baca si azhan ngan si fadzil kemain cakap aku punya bacaan pantun best....tak pernah dibuat orang. alhamdulilah ni semua idea spontan aku disaat aku ngah frust sebab xleh baca sajak. si aidah kemain sakat aku cakap aku cam penyanyi rock sebab aku sorang ja yang pegang mikrophone tu cam nak makan dia ahahah hampeh ko aidah (sila lihat gambar di atas ya dan adakah saya seperti penyanyi rock muslimah hhahaha......)

satu pengalaman yang mungkin aku tak leh lupa seumur hidup ialah apabila pentas kami hampir terbalik ditiup angin. Nak dijadikan cerita time tuh sahabat aku si mai punya turn ngah baca puisi.....hampehnya puisi yang dia baca tu ialah sajak yang aku buat. mula-mula mikrophone dia tak berfungsi sebab short circuit la kot.....tapi mai teruskan juga pembacaan. aku da tak sedap ati dah....sebab kanopi pentas tu dah bergoyang....aku bimbangkan mai ja takut kipas kat atas tu jatuh kena dia ka....kita tak tahu apa yang akan jadi.......tapi hebatnya si mai ni mukaa dia seposen ja.....dia teruskan juga baca wat cam tak ada apa yang jadi....hujan ka ribut ka dia tetap kat atas pentas tu walaupun dia tak tahu orang kat depan ni tak dengar pun apa yang dia baca. suddenly angin kuat.....hampir terbalik juga la pentas tu......bertempiaran lari orang yang ada kat atas tu......nak diikutkan si mai nak baca lagi tapi datuk rosli (pensyarah aku) dah arahkan tuk semua orang turun. para ajk semua dah menuju ke depan....semua pakat pegang khemah tu.

pembacaaan sajak masih diteruskan......aku tengok datuk rosli sendiri, duan, sham, hafiz mat nor, ekin, dayah, badri, zamri suma tu da basah kuyup da pegang menda tuh....time tuh aku nak nangis pun ada sebab ingat abisla usaha kawan-kawan aku nih.....sebab yela kalo pentas dah runtuh tak ke malu dan merencatkan sikit perjalanan program....tapi alhamdulilah masih juga berjalan dengan lancar. masa tu memang nampak sangat yang memang ada kerjasama dari semua orang untuk lancarkan program nih.....dan tak semua orang dapat peluang cam aku untuk lihat kegigihan para ajk sejuta puisi satu malaysia nih......aku memang tabik spring ngan korang ler.....!! harap korang pun dapat A untuk kos kita nih sebab korang yang paling banyak bersusah payah......


Perhatian.....!! gamba di atas bukanlah sebarang ritual pemujaan ataupun tengah berdikir barat tapi gambar di atas ialah aku tengah bernazam......muahahaha......bernazam? tak pernah terpikir dalam kepala hotak aku untuk bernazam sebab aku selama ini tak tahu pun camno nak bernazam. dan aku pun last minit ja diserap masuk ke dalam kumpulan nih. so aku ok ja on jer.....idak ler susah sangat nazam ni cam marhaban ngan nasyid la juga skit skit. tapi ok ler atleast aku dapat pengalaman baru n now i know how to recite nazam hahahaha.......nanti anak murid tanya camno nak baca nazam cikgu ha leh ler aku ngeksen depan diorang keh keh keh. so inilah hasilnya......alhamdulilah berjaya gak UPSI menempatkan nama dalam MALAYSIA BOOK OF RECORD as bacaan puisi terbanyak dan berterusan sebanyaak 36 jam dan beberapa minit n saat yang aku tak hingat hhuhuhu.....aku yang tak banyak sumbangan ni pun rasa seronok sangat leh membantu camna la agaknya mereka yang bersusah payah nih musti kepuasan yang dirasakan. walaupun jujurnya aku tak tahu sangat pun apa motif program ni dibuat dan kenapa harus dipecahkan rekod tuh.....sedangkan bleh ja dibuat di upsi dan dibaca bebiasa ja. aku pun tak pasti samada program ini dibuat untuk mencipta nama atau betul untuk memartabatkan sastera dalam masyarakat. tapi apa pun menda ni da berlalu and its a succes !! tapi yang menghangatkan hati sesetengaah pihak ialah apabila ada pihak2 yang tak peka yang menulis pakai kepala lutut menghentam kami secara diam. Adalah seorang blogger ni katanya dia ni salah seorang orang kuat PKR, dia hentam program kami ni dalam blogger dia.....guna ayat yang tak sepatutnya digunakan oleh orang berpelajaran cam dia cam p****t, b**i, pepikir sendiri la......orang yang berpelajaran cam dia sepatutnya lebih tahu camna susahnya usaha pelajar cam kami ni tapi tidak dia hentam kami kononnya ada bersifat politik......kononnya pelajar sekarng hanya tahu nak cipta rekod ja tapi pelajaran ntah kemana.....satu kenyataan yang sangat bodoh bagi aku......dia tak tahu ka yang benda ni dibuat sebenarnya untuk menuntut kami memenuhi jam kredit kami....kewajipan untuk semua yang ambil kursus ini....kalau bebenda gini dijalankan oleh kerajaan pusat atau pkr ke xkan ramai la yang nak join menda ni secara terangan. boleh bilang ja berapa orang yang berminat.......so bagi yang tahu menghentam tapi tidak tahu membangun lebih baik pandang kedepan dan kebelakang anda dulu sebab anda pun dulu cam kami dan anak anda kelak pun akan jadi cam kami.......

Pakcik- Pakcik Yang Handsome



Pakcik yang pertama ini ialah CLINT EASTWOOD.......yang lahir pada tahun 1930 dan ofcourse aku time tu ada kat alam mana ntah....even mak bapak aku pun lum idup lagi......pakcik ni aku kenal dia versi tua dulu.....dia yang berlakon dan mengarah filem " Million dolar baby" tu......ala cerita peninju pompuan tuh.....and suddenly satu hari ayah aku soh cari satu crita koboi dia berlakon....tajuknya " The good, the bad and the ugly " Bila tengok pakcik ni versi muda aku jadi tergoda plak sebab handsome beb....!! Macho kemain....dan aku paling suka dengar suara dia yang cool siot.....!! Dan skali pandang aku nengok muka dia ada cam muka david beckam la plak.....so beckam kalo ko nak tengok your future face.....ko tengok la muka pakcik clint eastwood nih.......


Pergh....!! handsome betul pakcik nih.....namanya ALAIN DELON....seorang pelakon perancis....aku tak kenal sangat pun....cuma aku pernah tengok satu iklan minyak wangi muka dia......dalam ati cakap "ensemnya mamat nih....." aku try cari dalam internet skali dia lahir tahun 1935 da.....maknanya dah pangkat atuk aku dah ni hahaha.....tapi apa pun memang ensem la pakcik ni.....



Aku dah lama kenal ELVIS PRESLY....ye la satu dunia kenal dia dan tahu lagu dan kisah hidup dia......dia lahir tahun 1935 dan mati pada 1977. Bagi aku pakcik elvis ni tak adala handsome sangat tapi dia ada a "preety face" yang menjadi daya penarik untuk diri dia. Masa kecik2 aku tak paham napa cara dia menari pelik semacam ja tapi rupanya tarian dia tu la yang menjadikan dia popular dan lain daripada artis hollywood yang lain.....


JAMES DEAN.....handsome woo....!! kalau pelakon zaman sekarang aku samakan tahap kehenseman dia ngan zac afron la.....ni pelakon pujaan ramai nih....tapi sayang mati muda......dia lahir tahun 1931 tapi mati masa umur 24 sebab eksiden.....jadi x banyak sangat la filem yang dia berlakon tapi walaupun dia mati awal.....terkenal gak pakcik ni kat hollywood sampai sekarang sebab kehenseman dia tahap gaban ni la.....


Cantikkan mata dia....?? Rasa bleh cair ja bila tengok lelama....Pakcik di atas ialah JEFFERY HUNTER...Aku tak pernah dengar pun sebab mungkin tak berapa nak popular hehehe.....Pakcik ni seangkatan ngan John Wayne ( hero filem koboi) sebab dia manyak berlakon filem koboi cam West Side Story....zaman tu kan filem koboi glemer jadi manyak la dia berlakon filem koboi dari filem moden.....and unfortunately pakcik ni pun kiok agak muda di usia 42 tahun akibat strok..... (1926-1969)


MARLON BRANDO......ni kira brad pitt zaman 50an ar.....sebabnya kemachoannya di serlahkan di dalam filem....kira dalam filem pun masih nampak macho la....and i really like his flirtatious eyes....very the menggoda !! And he is a good actor also... manyak berlakon dalam filem2 best cam superman dan The godfather. Dan seperti bleh dibaca di atas dia lahir pada 1924 dan mati pada 2004


Most of all.....i like his eyes......for me he had the most sexy eyes in the world....the one and only pakcik RICHARD GERE...!! Filem dia yang aku suka ofcourse la Pretty woman yang dia berlakon dengan julia robert tuh.....and Hachiko filem tentang sekor anjing nama Hachiko. Lakonan dier tak adala best sangat pun tapi kekontrolan kehenseman dia di dalam filem tu membuatkan aku nak tengok filem dia sampai abis.....



ANTONIO BANDERAS......miamor...!! Aku suka pakcik nih..!! Macho yang amat. Very very the cool and very very the sexy. Sexy tu abstrak...camtu gak ngan hensem ni tapi bagi aku pakcik ni sangat sexy....tergoda aku....kalau la dia 30 thun lebih muda da lama aku pi sepanyol mengorat hahahah......Dia la yang berlakon crita zorro ngan desperado....dan aku teramat suka watak puss in the boot dalam filem shrek tuh.....dan dia lah tukang suaranya.....



Aragon ku......!! Aku sebagai peminat setia siri Lord Of The Ring memang kenal ngan pakcik ni....tapi time tu aku tak tahu apa nama betul dia.....jadi tetiap kali nampak dia kat tv aku panggil dia aragon ja iaitu nama watak dia dalam LOTR.....Nama betul pakcik ni ialah VIGGO MORTENSEN.....adeh tensen aku nak menyebut nama dia la....tapi apa pun pakcik ni memang hensem walaupun dia lahir tahun yang sama dengan mak aku (1958)



Ha....ni dah start masuk ke era pakcik-pakcik alaf baru....maksud aku pakcik2 yang masih lagi berlakon watak2 muda walaupun mereka ni layak digelar pakcik dah....tapi tak apa janji handsome you.....!! Pakcik kat atas ni ialah hero yang menambat aku dengan wajah lembut dan romantiknya iaitu KEANU REEVES.....Lahir pada tahun 1966. Hero filem matrik yang aku rasa suma orang yang lahir tahun 80an dan 90an akan kenal dia sebab memang zaman dia glemer time tuh......I think he got a very unique face....very soft and very the jambu



Pakcik TOM CRUISE (lahir 1962....korang kira sendiri umur dia) start aku tengok filem hollywood dan sebelum aku kenal hero-hero yang lain aku dah minat kat dia dulu. Sebabnya bagi aku dia yang paling handsome dari suma hero yang lain.....tapi lama-lama bila dah kenal sorang-sorang hero hollywood yang lain pakcik Tom ni idak ler aku anggap manusia paling ensem kat muka bumi ni da....hahaha....tapi memang dia handsome pa....hero filem twilight tu pun aku rasa tak leh celen dia sebab memang dia da ada suma kelebihan yang suma laki nak....(maybe tinggi la kurang sikit) Tapi camno pun.....manusia akan tua dan pakcik Tom ni pun dah masuk ke kategori pakcik.....hahaha...


Kawan-kawan aku musti bengang giler sebab masukkan pakcik BRAD PITT ni dalam senarai pakcik aku....hahaha....tapi nak wat camno dah memang dia layak digelar pakcik dah......dia lahir tahun 1963....ha so? bukankah layak dipanggil pakcik?? hahah....tapi apa pun dia lah jejaka mat salleh pertama yang membuatkan aku angau di zaman persekolahan aku dahulu....aku tergoda di saat melihat senyuman dan mata dia yang comel itu.....


Hahahha......walauapapun ada di antara pakcik-pakcik yang diatas telah gol dan bakal gol aku rasa mereka suma ni dah rasa zaman kegemilangan dimana digilai oleh ramai wanita dan aku generasi baru ni pun masih merasakan they got a very great face ciptaan tuhan suma nih......well this is just for fun....i just like to watch something adorable like them......

Muslim Football Players

Sekarang ni kan musim world cup....dan aku antara orang-orang yang tersampuk dengan world cup nih.....at first aku ingat nak sokong spain since diorang baru ja menang piala eropah tapi memandangkan aksi tidak konsisten team nih aku terus ubah untuk sokong team argentina......huhuhu But anyway.....dalam post kali ni aku nak kenalkan skit beberapa pemain bola islam yang agak pemes dalam dunia bola nih....cuma bagi aku islamnya mereka ni mungkin hanya pada nama sahaja kerana aku rasa diri mereka sendiri mungkin tidak mengikut ajaran sebenar agama islam itu sendiri. Sebab pepaham sendiri la....hidup sebagai permain bola ini semestinya manyak bergelumang dengan maksiat arak judi dan sebagainya.....dan alhamdulilah jika ada diantara mereka yang menjalani hidup sebagai seorang muslim sejati.....antara permain bola yang aku tau diorang islam ialah......



1) Zinedine Yazid Zidane


Aku rasa sapo tak kenal ngan mamat ni elok la gi hentuk kepala kat dinding then pastu ngaku ngaku jer la kata kenal....asanya suma orang kenal dia...agak pemes gak ar....mak bapak mamat ni asal algeria tak silap....adala darah arab skit tapi pindah pi perancis. Masa mamat ni join team perancis ar ada can gak depa merasa tuk menang world cup tahun 1998....kira time tuh dia ni kira pemes ar.... ronaldo pun leh kalah ngan mamat nih...dan pada tahun 2000 gak perancis menang euro cup dan jadi team pertama yang menang dua piala....dalam masa yang sama....kira hebat gak ar mamat nih.....tapi tu tak penting sangat bagi aku sebab aku nak cakap pasal status muslim dia tapi keislaman dia bagi aku sangat meragukan sebab aku pernah nengok satu video dimana dia dan isteri dia minum champagene gitu dan dia sendiri pernah kuarkan statement yang dia non-practising muslim.....siot betul. so napa dia ada di page aku nih? ahahah sebab dia glemer ja.......




2. Franck Ribery

At first aku tak kenal pun sapa mamat nih.....dah tu tak hensem plak tuh....blog aku nih hanya layak tuk mamat2 yang ensem ja ahahha.....tapi pas baca wikipidea pasai dia aku terkejut yang dia ni rupanya seorang islam. Dia masuk islam pas kawin ngan bini dia yang asal dari algeria dan nama islam dia ialah Bilal Yusuf Mohamad.....baguih la gak mamat ni dari zinade zidane sebabnya ikut bini ke arah kebaikan.....mamat ni main untuk bayern munich kat jerman nuh... dan wakil negara Perancis.....aku pernah tgk satu match antara bayern ngan lyon masa tuh dia amik penalti....dia da angkat tangan tok baca doa dan alhamdullilah masuk panalti tuh.....da satu statement dia yang aku amik dalam internet dia kata " i pray five times a day, i do it because it enables me to be released and i feel better afterwards"




gambo di atas ni time mamat tuh pi wat haji kat mekah....wah da jadi haji dah ko ya....kita yang islam ni pun belum smpai lagi kat tanah suci tu dia da sampai dulu alhamdulilah tahu rukun islam nih.....




3. Samir Nasri

Mamat ni kalau tak silap aku main untuk arsenal......dan wakil france gak. mnyak gak rupanya permain perancis ni yang islam ek.....nak komen lelebih aku tak brapa tau sangat tapi mamat ni antara pemain muda yang berbakat dan insyaallah....boleh terus berjaya. Gambo kat atas tu yang baju putih tu masa si samir ni nak amik panalti....sempat doa kat tuhan supaya masuk gol tuh alhamdulilah memang masuk pun......yang baju biru tu lak masa dia wakil france dan sebelum bermulanya perlawanan....







4. Nicolas Anelka

Mamat ni aku rasa agak terkenal sebab dia pernah main untuk chelsea dan antara pemain yang mantap gak.....dia masuk islam pada tahun 2004 dan amik nama Abdul Salam Bilal sebagai nama islam dia. Dia masuk islam atas dorongan kawan2 dia masa kecik dulu.....yang atas tu gamba anelka ngah berdoa sebelum mula permainan yang baju putih lak gambo dia pas masuk islam ngan memember dia.....nak kata mamat ni dapat hidayah wallahuallam.....tak berani nak cakap kerana itu suma kerja tuhan.... tapi kalau betul tuhan bukakan ati dia syukur la....atleast biarla dia islam bebtul dan bukan hanya sekadar pada nama



5. Karim Benzema

mamat ni lahir pada 19 Disember 1987 di Lyon, Perancis. La ni jadi penyerang kat Real Madrid. Kabornya dia ni datang dari keluarga Muslim di Algeria. Pakcik dia adalah imam masjid. Tapi mamat ni juga antara orang yang meragukan aku status keislaman dia sebab tak pernah nampak mengaplikasikan hidup sebgai seorang islam pun but anyway ini pendapat aku ja..

Banyak lagi permain yang islam dan main di kelab2 terkenal cam

* Abel Xavier
* Eric Abidal
* Frederic Kanoute
* Hasan Salihamidzic
* Hatem Ben Arfa
* Ibrahim Afellay
* Khalid Boulahrouz
* Kolo Toure
* Lee Woon Jee
* Mahamadou Diarra
* Seydou Keita
* Sulley Ali Muntari
* Yaya Toure

Dan sebenarnya menjadi pemain muslim ni mungkin membawa masalah sedikit kepada kehidupan mereka dan antara masalah yang mungkin diorang hadapi ialah seperti

1. Logo Judi Atau Arak Kat Baju

Memang masalah besar ar sebab terpaksa memakai jersi pihak penaja yang kebanyakannya ialah dari syarikat arak dan judi....kalau tak mau pakai syarikat-syarikat ni yang bayar gaji dioranng dan kos pemindahan diorang dari kelab ke kelab....hmm....meragukan sebagai seorang muslim.

2. Puasa Di Bulan Ramadhan

Ni pun konpius gak ni ....adakah mereka mereka ini berpuasa? Yela mesti ar mereka harus sentiasa cergas untuk prestasi terbaik.....xkan la nak amik cuti sepanjang bulan posa tu kot....mau ngamuk jurulatih ye tak...tapi kan bagi aku kalau para sahabat dulu boleh berjihad pada bulan posa napa depa ni xleh nak posa kan....lu pikir la sendiri

3. Champagne dan Perayaan

Selalunya kalu da menang papa tu musti ada punya suma ni. Berani gigit jari ar suma ni da jadi wajib tuk setiap kelab bola....yang muslim ni plak camna? Xkan nak join skali kot? Kalau betul mereka kuat ngan agama dipegang diorang boleh tolak dengan baik....xda sapa cakap pun diorang harus join suma benda ni.... kalau boleh elak elok la elak.

4. Penipuan Di Tengah Gelanggang

Besa la sebagai pemain bola....trick atas padang tu da jadi cam lumrah da....nak idup katakan....kalu pandai men trick bleh ar amik kesempatan ye tak.....tapi bukankah menipu itu salah dalam islam....tapi tak kan la diorang ni nak bermain secara jujur dan tulus memanjang......da lurus bendul plak dah.....erm pa pun bagi aku suma ni biarlah tuhan dan pengadil ja yang wat kerja.....

5. Solat Jumaat

Macammana kalau ada permainan yang kena main ari jumaat dan clash ngan solat jumaat....dan pepaham sendri la orang bukan islam ni dia xpaham tanggungjawab sebagai muslim....xkan la nak benarkan bebenda seperti ini....yang mereka ni boleh buat cuma qadakan solat pada waktu malam je la...xpun mintak dijadikan simpanan tapi kalau tak salah aku kebanyakan perlawanan di eropah jarang wat waktu jumaat dan alhamdulilah da can tuk diorang ni semayang.

Tapi bagi aku la kan walaupun ko ni permain bola sepak ka apa ka xda alasan tuk ko meninggalkan solat 5 waktu zakat posa dan suma yang dituntut oleh islam kerana tuhan da beri segala kemudahan dan pengecualian da untuk memudahkan kita menjalankan hidup.......

Rock Maut

Rock maut?? ahahha....sesuai ka tajuk nih....?? ahahha lantak ar yang penting pa yang aku nak tulis rini da kena mengena ngan rock......walaupun nampak ja aku gini.....nampak cam budak bek ja (ahahah bek ka aku...>>?) tapi seriously aku tak melayan lansung lagu2 nasyid nih tapi aku sukakan muzik rock.....tapi idak ler sampai metal rock sampai sepatah haram dicakap tu aku tak paham.....stakat metellica ngan red hot chili pepper tu aku leh layan lagi.....ahahah tapi tu ar cam great rocker tu manyak yang mampos cepat (amboih...kasar bahasa ahahah.....)

ada diantara mereka mati sebab bunuh diri.....minum arak berlebihan.....kena bunuh pun ada.....yang amik dadah berlebihan tu tak sah cakap ar.....yang tu memang carik penyakit.....bila dah kemain glemer da masalah mental plak dah....adakah muzik rock ni mendorong ke arah pemikiran yang tidak waras? erm.....mungkin. Antara rocker yang femes yang mati di saat keglemerannya ialah seperti kurt kobain (nirvana) sid vicious (sex pistol) jimi hendrix, john lennon ( the beetles) dan Brian jones ( rolling stones)

kebanyakkan depa ni memang glemer ar time tuh.....dan aku ofcoz xidup lagi time tuh....tapi lagu-lagu depa ni aku bleh layan walaupun tak paham sepatah haram pun.....yang tu tak penting yang penting aku suka dengar bunyi dan skill bermain alat muzik tuh....memang sempoi ar.....



Gambo di atas ialah mendiang kurt cobain....leh tahan ensem gak mamat ni ahaha......yang bawah tu aku tak tau samada betul ke tak tapi dikatakan itu ar gambo dia masa mati....kumpulan nirvana masa tahun 80an ni agak popular gak la....dan lagu yang aku asa suma orang tau smells like teen spirit tu kan memang glemer.....tapi bila da matinya vokalis utama si kurt kobain ni akibat membunuh diri kumpulan ni jadi cam terenti jap perjalanan karier mereka. kurt cobain ni klasifikasikan mati bunuh diri....tapi ada gak beberapa teori yang mengatakan dia mati dibunuh.....ada yang mengatakan berita dia mati bunuh diri tu dipalsukan dan dia dibunuh oleh mafia kerana hutang.....ada gak kata si kurt ni mati kena bunuh ngan bini dia sendiri courtney love.....yang mana betul aku sendiri pun tak tau....

tapi ada beberapa kemusykilan dalam siri pembunuhan kurt cobain nih......Rekod bedah siasat melaporkan Cobain telah mengambil dos heroin yang berlebihan sebelum membunuh diri dengan pistol. Hasil temuramah dengan doktor-doktor bedah siasat itu, mereka percaya seseorang telah memberikan sejenis dadah kepada Kurt, kemudian menunggu Kurt menghisap dadah tersebut hingga khayal dan akhirnya melepaskan tembakan ke arah Kurt. Tiada tanda atau cap-cap jari dikesan pada pistol Kurt Cobain. Namun siasatan rambang mendapati kemungkinan sekurang-kurangnya 3 orang berada bersamanya di bilik itu sebelum ia mati. memang kesahihan semua ni tak dapat di pastikan lagi....tapi apa yang penting aku suka dia sbagai sorang rocker....eheheh dan kat amerika ada fanatik2 nirvana yang percaya dia masih hidup tapi menggunakan identiti yang len.....adeh la apala kebengong sangat nih......





mamat di atas ialah Sid Vicious permain bass kumpulan muzik punk sex pistol....mamat ni ialah icon kepada budaya punk 70-an hingga ar skarang....kira dia ni setan punk yang memula bawak budaya punk kat remaja dunia ar....mamat ni sebenarnya xpandai pun men bass tapi sebab perangai dia yang pelik dan gila tahap gaban tu dia diterima masuk ke kumpulan sex pistol....actually nama sid ni lagi glemer dari kumpulan dia....aku da try carik lagu2 kumpulan dia kat you tube....ya allah tak paham sepatah haram pun dan aku tak minat tapi...yang membuatkan dia layak da kat blog aku ni ialah tragedi kematian dia ahaha.....

mamat ni ada sorang gf bernama nancy memang dier sayang tahap gaban ar kat gf dier nih....then suddenly satu malam si nancy ni ditemui mati dan dia dituduh membunuh nancy tu....oleh sebab tekanan yang memuncak dia mula ambik heroin dan digelar bapak heroin gak sebab sentiasa ja dibawah pengaruh dadah.....dan dadah itu gak ar yang membunuh dia.....ada yang kata sid ni terlalu tensen ngan kematian wanita yang paling dicintainya (ceh....jiwang la plak)

masa bedah siasat dibuat paru-paru mamat nih dipenuhi kandungan heroin yang sangat tinggi yang bleh membunuh sekor gajah gak....jarum sudu dan heroin ditemui berhampiran mayat dia....selepas bapa ari matinya sid nih mak dia da ar jumpa wasiat dia yang bertulis dia nak ditanam sebelah kubur gf dia....tapi sebab si nancy tu yahudi dan dia bukan so tak leh ar dia nak ditanam sebelah aweknya itu.....kempunan gak ar ko sid oooi....walaupun dah mati. eheheh....si nancy ni mati pada tahun 1978 dan setahun pastu mati la plak si sid nih......pada usia yang begitu muda 21 tahun. yang ni baru dikatakan sehidup semati ye tak ahahah.....tapi yang tu tak penting.....aku heran mamat ngok yang mati kerana jiwangs ni menjadi pujaan bebudak punk skarang....?? bodoh betul la....even sampai skarng pun budaya punk tu masih aktif lagi.....




Jimi hendrix.....bagi aku mamat ni lagi hebat dari led zeppelin atau memana rocker yang best sebab tu dia digelar dewa gitar....Tanggal 18 September 1970 Jimi Hendrix ditemui tak bernyawa di sebuah hotel di London. Doktor mengatakan bahawa Hendrix meninggal kerana tersedak muntahya sendiri. Ini dikuatkan keterangan beberapa orang yang mengatakan bahawa malam sebelumnya Hendrix berpesta bersama beberapa orang. adeh la....tercekik kerana muntah sendiri la plak.... so gross !! tapi kalau da berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol apa pun mustahil berlaku.....




Brian Jones.... Nama lengkap Brian Jones adalah Lewis Brian Hopkin Jones. Dia lahir pada tanggal 28 Februari 1942 di Cheltenham,Gloucestershire,Inggris. Dari kecil, mamat ni da pandai main Saxophone, dan ketika dewasa dia da mahir memainkan 15 jenis alat muzik. tapi papun tak guna gak sebab mamposnya sebab bunuh diri....dan mungkin juga kerana alkohol yang berlebihan
Polis Inggris mengeluarkan bukti kematian gitaris Rolling Stone, Brian Jones. , Brian ditemukan meninggal di kolam renangnya. Bukti tersebut diberikan oleh seorang wartawan. Tahun 1969, Jones ditemui tenggelam dan berada dalam pengaruh obat bius dan alkohol. Aku tak kenal sangat kumpulan rolling stones ni tapi lagu depa leh tahan....kena ar ngan rock tahun tuh....




Memula aku tengok gambo mamat ni cam tak caya dia ni penyanyi rock....kumpulan Queen plak tuh....sebab nengok muka cam hero koboi ja ahahha.....tapi ni ar penyanyi yang pemes tu freddie mcqueen.....suara dia memang sedap dan leh capai 4 note gitu....tapi hampeh.....walaupun suara ko sedap freddie ooi....tak sangka yang ko nih gay rupanya. adeh la....da kemain rockers ni jadi gay plak dah.....Akibat kehidupannya yang penuh dengan dosa ni.....dan dia sendiri memang dikenali memiliki hubungan yang cukup bebas dan seringkali berganti –ganti pasanganan. Freddie kemudian dijangkiti AIDS pada tahun 1987. Tapi pada waktu tu xmo ngaku mamat ni dia kena AIDS....ahahha bodoh betul.Namun pada 23 November 1991, secara rasmi diumumkan bahawa dia memang mengidap AIDS. Jim Hutton, pakwe terakhirnya yang hidup bersama dengannya selama lapan tahun ler yang merawat Freddie ketika saat dia sakit dan menemani dia sampai la dia mati.....(ceh cinta agung tuh....ahahah) lagu queen yang dia nyanyi tu WE ARE THE CHAMPION tu kan memang sampai skarang orang ingat dan nyanyi walaupun penyanyi dia da lama jalan......


Aku cam nak wat kesimpulan kat sini.....manyak penyanyi rock hebat mati dalam keadaan yang tak normal....maksud aku bukan secara hukum alam....adakah muzik rock itu sendiri meransang mereka untuk bertindak di luar kawalan? ada fajta menarik yang aku nak kongsi la....

MENURUT The World Almanac And Book Of Facts (1997), 40 pemusik terkenal di AS dan Inggris yang meninggal dunia sia-sia karena overdosed dadah. Selain itu, ada sembilan yang mati kerana terlebih alkohol seperti dua pemain drum terkenal, John Bonham (Led Zeppelin) dan Keith Moon (The Who). 42 orang rocker plak mati kerana karena serangan jantung, macam Elvis Presley yang meninggal dunia dalam usia 42 tahun. 36 orang rocker plak mati bunuh diri. Dan 57 lainnya tewas kerana pelbagai jenis kecelakaan di jalan raya maupun kecelakaan helikopter serta kapal terbang. 18 pemuzik rock tahun 1970-an pula mati dibunuh. Yang paling terkenal adalah Lennon yang ditembak di depan apartemennya oleh Mark Chapman tahun 1980.

so kesimpulannya kalu tak mo mati awal xpayah ar jadi rocker ahahha......
 

Blog Template by YummyLolly.com