Monday, August 6, 2012

Minakata Jin Vs Jin Hyuk, Osawa Takao Vs Song Seung Heon


Poster pun lebih kurang jer temanya ye tak??

Since balik dari tanjung malim aku da lama tak post entry baru. Nak buka blog ni pun aku sampai da terlupa passwordnya hehehe......tapi ada aku kesah? blog ni aku yang punya jadi ikut suka cek la nak post berapa banyak entry pun kan ahahaha......so aku rasa aku ada tajuk yang menarik dan membukakan hati dan tangan aku untuk menulis iaitu The Difference Between Minakata Jin dan Jin Hyuk. Aku tak tau la samada tajuk ni da dibuat oleh orang lain ataupun minah korea and jepun terlebih dahulu. But this time this is my own version. Anyway, who arre this two people? Manusia ka? Jin ka? Hantu jembalang ka? Minakata Jin and Jin Hyuk ni sebenarnya ialah 2 karekter utama di dalam dua siri drama berbeza yang diambil inspirasi daripada manga jepun bertajuk jin. Cumanya Minakata Jin hero daripada drama Jepun bertajuk JIN manakala Jin Hyuk pula hero drama korea bertajuk TIME SLIP DR JIN. Yang penting dua dua ada bela itu jin da.....hahaha.

Almost the same cast between them

Bagi yang tak pernah tengok dua cerita ni mai la aku citer skit. Cerita dia gini, ada seorang doktor tu nama dia Dr. Jin, dia kalau kat dunia moden memang doktor yang serba boleh dan dikagumi dengan skil kedoktoran dia la. Tapi doktor ni, ngah sedih menonggeng sebab awek dia ngah koma sebab eksiden dan dia sendiri tak bleh nak selamatkan awek dia. Satu hari, mamat ni kena operate seorang lelaki misteri dan dia jumpa satu tumor kat kepala yang berbentuk seperti bayi. Nak jadi cerita, time dia nak kejar lelaki misteri tu daripada melarikan sampel tumor tu daripada hospital, doktor ni terslip masa plak pi ke zaman kuno. Asas cerita ni antara jepun dan korea lebih kurang sama. Yang berlainan bagi aku, adala sejarah diorang sendiri. Yela, jepun cara jepun la. Korea mustilah buat cara korea. Kat atas tu adalah dia punya pelakon-pelakon ar. Lebih kurang watak dia antara drama jepun dan drama korea. Ada seorang perempuan yang dok berkenan kat doktor dan merangkap assistant dia kat zaman silam. Then ada seorang pelacur yang juga dok berkenan kat doktor ni. Pastu ada sorang tokoh yang terkenal (aku rasa benar-benar wujud dalam sejarah diorang). But here actully im not going to critic about the story between korean drama and japanesse drama. Aku nak buat perbandingan antara Minakata Jin and Jin Hyuk.......back to the topic k....!!

Jin Hyuk (kanan) and Minakata Jin (kiri)


Pendukung dua watak ini ialah Osawa Takao untuk Minakata Jin dan Song Seung Heon untuk Jin Hyuk. Dua aktor ini memang terkenal la kat jepun dan korea. Kalau dilihat secara kasar im very sure semua orang akan cakap Jin Hyuk lebih hensem berbanding minakata Jin hehehe......(memang pun sebenarnya....) Tapi actually minakata jin pun hensem juga ar. Jujurnya aku memang tak kenal siapa Osawa Takao ni berbanding dengan Song Seung Heon yang memang aku minat sejak tengok dia berlakon citer Autumn In My Heart. By age memang Osawa Takao lebih tua (tahap aku boleh panggil pakcik dah) berbanding Song Seung Heon, (bakal aku panggil pakcik) tapi aku boleh tergoda melihat kecomelan beliau. Jarang sangat aku nak tergoda dengan pelakon jepun nih.....lain lah kalau Oguri Shun ke Tomoya Nagase ke, memang aku sangat-sangat jarang untuk tergoda dengan hero yang lebih tua. So kira pakcik ni bertuah la kerana berjaya membuatkan aku tergoda dengan dia hehehe.



Kedua-kedua aktor ini mempunya versatiliti yang sama. Dua-dua ada bakat yang besar dan telah membawa banyak watak yang berbeza. Tapi kalau aku kena pilih salah seorang daripada mereka yang lebih sesuai untuk membawa watak dr jin ni di layar perak, i prefer Osawa than Seung Heon. Tapi, ini tak bermakna dia berlakon tak best tau. Cuma bagi aku, watak dr jin ni memerlukan pelakon yang lebih matang. Minakata Jin bagi aku berjaya membuatkan aku percaya yang dia ni seorang doktor. Mungkin juga sebab sebelum tengok cerita ni tak aku kenal dengan Osawa ni, aku lebih tertarik untuk menghayati watak dr jin ni lagi. Berbanding dengan Seung Heon yang memang aku minat dan ikuti perkembangan dia. Its pleasant in the eye to see such a cute doctor kat zaman dulu-dulu nuh macam doktor Jin Hyuk nih. Kalau gitu aku pun nak buat-buat sakit kalau gini punya cute doktornya hahaha......


Watak Dr Jin yang dibawa oleh Osawa bagi aku ialah seorang yang happy go lucky guy, tenang but sometime a bit blur juga, penyayang dan lembut hati. Kira Minakata Jin ditangan Osawa lebih menunjukkan a soft side of a man. Dan yang paling best skali untuk watak Minakata Jin ni, dia suka sangat tersengih macam di gambar di atas tuh......pergh !! luruh jantung aku tengok dia sengih ma......comel siot !! memang comel giler-giler tahap dinosour punya.....Untuk watak Jin Hyuk plak, bagi aku dia ni lebih serius, tegas dan pendiam. Mungkin sebab still konpius macamna bleh terlepas kat zaman dulu nih and terjumpa plak dengan pompuan yang muka macam awek dia. Tapi Jin Hyuk di tangan Seung Heon bagi aku lebih romantik dan komited. Sorry to say, untuk drama korea diorang create watak Dr Jin ni to be like a cliche-type of korean drama punya hero. Tapi apa pun, Seung Heon punya performance still good in this drama. Aku naik kesian pun ada juga tengok mamat ni ehehehe.......



Dah namanya pun doktor, mestilah ada babak surgery kan......dua-duanya bagi aku did a good job. Cara pegang all the tools tu pun menyakinkan. Memang berjaya menggambarkan diri diorang as a real doctor la. Cuma untuk drama korea, aku perasan tools dia lebih canggih la berbanding drama jepun. Sempat di cilok oleh Jin Hyuk la kot untuk pi kat zaman dulu. Sebabnya, dia sempat ambil beg bimbit dia sebelum terslip ke zaman dahulu kala, berbanding Minakata Jin yang sempat rembat tools kit saja. Mungkin sebab tu la kot manyak sikit barang hehehe....kalau nak difikirkan secara logik, aku lebih suka melihat logiknya dalam drama jepun, sebabnya lebih nampak logiknya disitu. Tetapi, bagi aku yang tak tahu satu apa pun tentang surgery ni, drama korea lebih paparkan babak surgery tu dengan lebih realistik. Aku tabik spring juga la kat kedua-kedua production team yang bagi aku dah lakukan yang terbaik untuk paparkan macamna pembedahan zaman dahulu yang sukar boleh dibuat dengan kepakaran zaman moden. Bagi aku disini, kedua-dua produksi dan aktor berjaya buat yang terbaik. 


Untuk permainan emosi plak, aku nampak Jin Hyuk lebih banyak bermain dengan emosi memandangkan cerita versi korea ni lebih complicated berbanding dengan yang versi jepun. Versi korea ni ada lebih panjang episode berbanding versi jepun, dan lebih menumpukan kepada aspek sejarah dan perhubungan diantara Jin Hyuk dan heroinnya. Ada perebutan kuasa dan politik diselitkan jadi menambahkan plot cerita menjadi sukar. Aku suka melihat Jin Hyuk yang cuba untuk tidak mengubah sejarah sebaik mungkin. Tetapi, apa yang dia buat untuk menghalang daripada sejarah berubah tetap tak berjaya kerana sejarah telah pun tercatat, apa jua yang dilakukan sekalipun tak akan boleh mengubahnya. Untuk Minakata Jin pula, aku lihat dia lebih banyak bermain dengan emosi dalaman. Apa yang aku lihat, Minakata Jin lebih banyak memendamkan kesedihan atau konflik yang dia alami berbanding dengan Jin Hyuk. Memandangkan situasi yang diorang alami juga berbeza jadi aku rasa konflik yang mereka alami juga berbeza. Osawa bagi aku memang membuatkan i wanna cry and laugh with him everytime he played with his emotion. And Seung Heon plak membuatkan i wanna hug and comfort him everytime he gets into sorrow situation ahahaha....... Tak silap aku Osawa Takao dapat Best Actor untuk watak dia sebagai Minakata Jin selama dua tahun berturut-turut, iaitu untuk Jin Season 1 dan Jin Season 2. Dan aku harap Song Seung Heon pun mampu merangkul anugerah pelakon terbaik untuk watak dia sebagai Jin Hyuk juga.



Actually tak adil untuk aku membandingkan antara cara Osawa Takao membawa watak Minakata Jin dan Song Seung Heon membawa watak Jin Hyuk. Hal ini kerana, masing-masing adalah pelakon yang baik dan mempunyai cara dan teknik lakonan tersendiri. Tak kanlah drama versi korea nak tiru sebiji-sebiji macam drama jepun kan. (tak kanlah nak jadi macam drama malaysia kan yang memang suka ciplak sebiji-sebiji hahaha....) Mampos kena kutuk lepas tu.......Sila lihat gambar di atas sambil menadah air liur anda. Hensem kan. Dua-dua hensem....!! Dan setahu aku kedua-duanya ialah bekas model. So tak heranlah kalau gambar dan posenya mengancam.......Personally aku suka ketrampilan Song Seong Heon sebab dia SANGAT hensem dan ada a cute-soft face, but i also love karisma dan cara Osawa Takao dalam lakonan dia. Untuk penonton yang suka hero-hero hensem dan macho ni diorang mungkin lebih prefer Seung Heon berbanding Osawa la kot, tetapi untuk aku, aku lebih mementingkan aspek lakonan berbanding penampilan. Tak kisah la samada hero tu tak hensem ka, tua ka, asalkan lakonan dia mantap dan bleh buat aku yakin dengan lakonan dia maka i'll give my full credit to him....tapi er....er....tapi......aku pun sebenarnya suka hero yang hensem-hensem hahahha.......
 

Blog Template by YummyLolly.com