Wednesday, May 23, 2012

Catatan Tun Sri lanang, secebis catatan hidupku.........


Amacam? meletop tak poster yang ambo edit tak tido siang dan malam ni? saper kata tak cantik mai telinga tuh ambo nak piat sampai tercabut. Walaupun nampak serabut dan tak kemas, ini adala usaha aku untuk hasilkan poster untuk adik-adik aku nih. And quotes " Sejarah itu sejarah kita......kita harus peliharanya" came out really spontan saat aku tengah mengedit muka eddy hahahah......so that is it. my next big project after PASIR PASIR DI PASIR SALAK. Saat aku ditugaskan untuk mengelola group tun sri lanang ini aku agak ragu-ragu sebenarnya dengan kebolehan mereka. Di dalam hati, secara jujurnya aku lebih berminat untuk mengelolakan group AIR MATA NANING kerana skripnya telah aku baca dan aku dapati ianya sangat menarik dan boleh diolah dengan baik dengan sekelumit pengalaman yang aku miliki ini. Namun, apabila aku mendapat tahu group Naning akan diserahkan dibawah Tan Sri Nordin Kardi dan diselia oleh abang eddy, pengarah ALANG RENTAK SERIBU aku dahulu, aku rasa rendah diri untuk bekerja dengan orang-orang besar seperti mereka. Aku ambil keputusan untuk membimbing adik-adik Lanang dan Naning aku serahkan kepada Khairul kerana dia lebih biasa bekerja dengan Tan Sri Nordin. 


Saat pertama kali aku melangkah masuk ke dalam kelas untuk membuat pemilihan watak, first impression aku terhadap mereka sangat rendah. sebabnya, soalan asas yang aku tanya "siapa yang mengikuti kelas ini kerana minat terhadap dunia teater" dingin tanpa sebarang jawapan. aku jadi bengang juga di dalam hati kerana mereka hanya mengikuti kursus ini tanpa sebarang niat untuk belajar, hanyak memenuhi jam kredit dan juga mungkin kerana terpaksa. bagi aku kursus inilah penghilang segala masalah yang ada daripada kursus lain.....tetapi rupanya pemikiran aku dan mereka amat berlainan. aku jalankan pemilihan pelakon satu persatu. di saat itu, skrip sebenar untuk teater ini masih belum disiapkan sepenuhnya oleh prof mana sikana. masih terdapat baki beberapa babak yang harus disiapkannya......


aku gagahkan diri untuk pantau budak-budak ini satu persatu......aku perturunkan ilmu aku yang tak seberapa ini kepada mereka. di saat itu juga pementasan pasir salak akan dijalankan dan khidmat aku diperlukan. dan disaat itu juga aku harus menyertai festival teater upsi 2012 dibawah produksi aku sendiri cicit mak dara. dan di saat itu jugalah aku terlibat dengan monodrama abang eddy berjudul "3 Dara Terbang Ke Bulan" Secara ringkasnya, aku ada 4 projek besar untuk kali ini. Hampir gila aku bahagikan masa untuk semua ini. Sepanjang masa aku hanya dihabiskan di panggung budaya dan be learning. Aku tak pulang ke rumah untuk mandi dan bertukar baju dan cuma balik selepas pukul 11 malam. Masalah? jangan cakap pasal masalah la.....terlalu banyak masalah yang aku hadapi dan harungi seorang diri. aku tak pernah luahkan atau cakapkan kepada sesiapa pun. kerana aku tahu tiada siapa yang akan dapat memahaminya. jadi, dengan budak-budak inilah baik Lanang atau Ujian aku dapat melepaskan segala tekanan hidup dan masalah diri aku. Dengan prof mana tempaat aku mengorek ilmu penulisan dan berbincang mengenai penyambungan belajar. Jujurnya, aku sangat suka bersembang dengan prof mana sikana. beliau seorang yang tidak lokek dengan ilmu dan amat merendah diri. kalau bercakap mengenai drama terlalu banyak yang boleh dibincangkan bersamanya. terasa indah sangat apabila aku dan prof sama-sama keluar makan dan minum sambil berbincang mengenai drama dan teater. seharian bersamanya menjadikan aku lebih obses dengan teater. aku mahu menuntut daripada seseorang daripadanya. namun, bersama prof juga tidaklah semudah seperti yang disangka. ada gelagat dan karenah beliau yang harus aku sabar dan penuhi. tetapi, itu tidak melemahkan aku dan aku anggap ianya sebagai sebuah cabaran untuk aku mematangkan diri.



Aku teruskan latihan bersama Lanang. Aku buat beberapa aktiviti ringan untuk mengenal potensi diri mereka. ada beberapa individu yang aku nampak menyerlah sejak dari mula. dan ada juga yang pada mulanya agak malu-malu tetapi setelah diberi penekanan yang lebih, keyakinan diri mereka mula keluar. sejak dari mula lagi aku perasan terdapat sedikit deskriminasi terhadap group ini berbanding group Naning. banyak yang kurangnya di dalam group ini jika nak dibandingkan naning. saat itu aku bernekad, walaupun apa sekalipun kurangnya kumpulan ini, aku tetap akan pastikan mereka berjaya. sekurang-kurangya mereka mampu membawa amanah yang ditugaskan di atas pentas. meletup atau tidak pementasan itu perkara kedua bagi diri aku. saat aku mendapat tahu seorang hamba allah ini diberikan watak utama di dalam Naning muka aku berubah. suatu keputusan yang tidak adil untuk group Lanang dan Naning sendiri. Buat apa menutup peluang budak-budak ini untuk menyelahkan bakat jika watak utama diberikan kepada pelakon yang sudah ada pengalaman di atas pentas.. dan aku pasti hamba allah itu akan menutup semua pintu perhatian audiens terhadap budak-budak itu. saat itu aku lega kerana adik-adik aku berusaha sendiri tanpa sebarang bantuan daripada luar. Minggu ke-6 skrip belum disiapkan sepenuhnya oleh prof. naik gila juga aku, pengarah dan sm menanti skrip yang berbaki itu. terpaksa aku tebalkan muka untuk menelefon dan meminta prof menyiapkannya secepat mungkin. paling menyedihkan aku dimarah teruk prof kerana memberi pendapat agar skrip Tun Sri Lanang ditukarkan kepada skrip Kasanova nukilan asal budak-budak Lanang itu. Aku perlu membuat sesuatu bagi meringankan bebanan budak-budak ini. Latihan dan lakonan tidak konsisten. Masih banyak main-main dan begitu banyak kesalahan yang dilakukan ketika latihan. Terlalu banyak perkara yang aku harus perbaiki bersama mereka. Aku akui......ada saat aku mula naik bosan dengan karenah budak-budak ini. Terlalu banyak yang tidak tahu akan tugas dan tanggungjawab masing-masing ketika datang ke latihan.



Lanang terlalu banyak kekurangan bagi aku. dan secara automatiknnya aku salahkan diri aku sendiri dengan kekurangan mereka ini. aku tidak mahu dilabel sebagai instruktor ' kosong' yang hanya tahu bercakap tanpa sebarang perubahan atau tindakan. aku sememangnya seorang yang kurang sabar. aku mahukan perubahan yang ketara di dalam diri budak-budak ini. namun, setiap hari aku datang ke latihan tiada apa yang berubah dengan ketara. mereka masih ditahap yang sama......sampai otak jahat aku terfikir, mampukah budak-budak ini pentaskan teater ini? haruskah aku minta supaya air mata naning sahaja dipentaskan? aku diamkan diri..... aku simpan dan buang jauh-jauh perasaan itu kerana aku tak mahu runtuhkan semangat mereka. Aku makin sibuk dengan UJIAN, aku makin sibuk dengan PASIR SALAK dan aku makin sibuk dengan 3 DARA. Naik gila dan nak tercabut kaki aku kehulu hilir menghabiskan masa aku hanya untuk berteater. tapi aku tak pernah mengadu atau luahkan pada sesiapa. bagi aku, ini dunia yang aku pilih, jadi ini hidup yang aku harus lalui. aku akui gembira saat aku melangkah masuk ke latihan Lanang. Ada beberapa penghibur dan penyejuk hati untuk aku terus memantau latihan mereka. Dan aku akui, aku juga naik gila untuk datang ke latihan mereka kerana masih ada yang tegar dan tidak berdisplin di dalam latihan. Aku diamkan diri..... aku tak mahu bertindak melulu tanpa sebarang siasatan. dan aku sendiri bukan seorang yang suka marah-marah dan menyembur seseorang dengan sebarang tuduhan.




Aku nampak perubahan lanang diminggu ke-9. ada beberapa pelakon yang mula konsisten dan menunjukkan persembahan yang memberansangkan......dalam hati aku mengatakan bahaawa teater ini ada harapan untuk menarik perhatian audiens......walaupun perubahan yang ditunjukkan ini mungkin tidak dirasai oleh mereka tapi ianya sebenarnya betul-betul membuatkan aku gembira. ianya bagaikan aku melompat masuk ke dalam kolam yang penuh dengan batu dan permata. a really satisfied feeling !! aku mula berharap di saat itu bahawa kumpulan ini mampu buat lebih baik berbanding Naning. Minggu ke 10 aku mendapat perkhabaran bahawa Naning mempunyai masalah besar. Aku terpaksa turun memantau juga kumpulan mereka walaupun sebenarnya aku dilarang keras oleh prof mana untuk mencampuri urusan latihan mereka. dalam diam aku datang ke latihan mereka. memang terlalu banyak kelemahan mereka. hati jahat aku berkata "lanang a lot better than them" apabila melihat keadaan naning yang lebih serabut dan tidak teratur aku mula menyimpan angan-angan dan tekad agar Lanang dapat menandingi mereka. di saat itu aku perketatkan latihan.......namun di saat itu juga aku makin sibuk dengan UJIAN yang semakin hampir untuk dipentaskan. Beberapa kali aku terpaksa meninggalkan budak-budak ini berlatih tanpa sebarang pantauan hanya kerana aku lebih pentingkan produksi sendiri. agak kesal dan besalah di situ sebenarnya.


Aku selesai pentaskan Ujian dan Pasir salak dan alhamdulilah kedua-duanya berlansung dengan jayanya. Jadi, tumpuan aku hanya untuk Lanang sahaja. Tarikh pementasan makin dekat namun aku dapati babak-babak mereka masih lemah dan ada pelakon yang tidak serius dan mengingati skrip dengan baik. Agak kecewa disitu sebenarnya......4 hari sebelum pementasan ada sesi post mortem dibuat. Aku diminta untuk marah dan maki budak-budak ini berhadapan sebagai perang psikologi terhadap mereka. aku bimbang sebenarnya.....aku bukanlah manusia yang suka memarahi orang tanpa sebab. jadi aku tukarkan marah dan maki kepada drama queen. aku marah sambil berlakon menangis.....aku tak perlukan masa pun untuk menangis kerana air mata aku memang akan turun dengan cepat kalau aku benar-benar di dalam karekter. aku maki, marah, tegur, dan menangis budak budak tu di hadapan prof mana sikana. apa yang prof nak pkir tentang diri aku ketika itu aku tak peduli dah.....janji perang psikologi yang aku pakat bersama pengarah kumpulan ini menjadi. tapi di dalam hati, terdetik satu persoalan. adakah air mata yang aku keluar ini betul-betul hanyalah air mata lakonan atau air mata sebenar? aku tiada jawapan untuk soalan itu. Drama yang kami buat pada petang itu menunjukkan hasil. aku nampak beberapa individu yang benar-benar serius dan berubah ketika dalam latihan. alhamdulilah........aku nampak sepakat diantara para krew. sangat happy.....bebetul sangat happy ketika itu. Apa yang penting dan menambahkan sayang aku kepada group lanang ini adalah, aku tidak nampak sebarang perpecahan diantara budak-budak ini. maksudnya perbandingan kursus atau senioriti. mungkin ada sedikit jarak diantara krew dan pelakon tetapi itu perkara biasa di dalam sesebuah produksi. aku melihat mereka berkomunikasi dengan molek baik pelajar sejarah, geografi dan bahasa melayu. pelajar senior menghormati pelajar junior dan begitu juga sebaliknya.


hari persembahan aku sepatutnya mengawal lampu, tetapi aku tak sempat datang untuk datang ke latihan pada hari sabtu dan ahad kerana ada beberapa perkara yang harus aku laksanakan. aku serahkan tugas penatacahayaan kepada adik-adik aku. lagipun, jika segala-galanya aku buat sampai bila mereka mahu belajar. jadi, aku ambil keputusan untuk duduk di bawah sebagai penonton. aku duduk dihadapan dan jadikan minda dan diri aku sebagai penonton dan bukannya penolong pengarah yang bersama mereka dari mula sehingga hari persembahan. bagi aku, adik-adik aku bermula dengan baik......banyak kejutan persembahan daripada beberapa individu yang membuatkan mulut aku ternganga saat mereka mengeluarkan dialog. ada beberapa babak yang agak lembab temponya berbanding ketika latihan di be learning dahulu.


Aku suka dengan set tengah yang mereka susun bersama pokok dan pagar-pagar itu. nampak hidup suasananya berbanding ketika latihan. dan latar rumah tun sri lanang yang diletakkan level lebih tinggi, susunan rak buku yang dipau daripada rumah aku dan kedudukan itu memang menarik perhatian aku. namun, semestinya pandangan mata aku lebih kepada lakonan mereka. aku perhatikan setiap watak. tiada satu watak pun yang tidak aku perhatikan. baik orang kampung atau pesilat. semuanya aku perhatikan. dan alhamdulilah mereka berjaya menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya. babak lawan khasnya walaupun kadang-kadang masih nampak canggung dan kekok tetapi bagi aku ianya sangat-sangat berbeza berbanding ketika latihan dahulu. banyak yang telah mereka lakukan.....dan banyak juga kejadian luar jangkaan yang berlaku seperti patah pedang dan terlucut sampin. nasib baiklah adik-adik aku ni pandai mengawal situasi.


aku ketawa terguling-guling dibawah melihat karenah mereka. dan secara automatiknya tangan aku bergerak-gerak memberi arahan daripada bawah meminta mereka melakukan itu dan ini. aku tak tahulah samada mereka perasan atau tidak. tetapi semuanya berlaku dengan sendiri. aku pun tak tau kenapa aku sebimbang itu.....huhuhuu. ada watak yang bagi aku lansung tak menarik perhatian aku ketika latihan tetapi membuatkan mulut aku ternganga ketika hari persembahan. aku kagum.....aku bangga. dan malunya aku hampir menangis di bawah melihat mereka berlakon di atas. terlalu bangga......itu sahaja yang aku boleh cakapkan. semuanya berjalan dengan sangat baik dan aku nampak kepuasan mereka dalam membawa watak-watak itu. aku tahu mereka telah melakukan yang paling baik. tiada ada istilah siapa hebat atau siapa lemah dan watak siapa yang menonjol dan watak siapa yang paling lemah. bagi aku semuanya telah memberikan yang terbaik. aku bangga dengan semua orang.....baik pelakon dan krew-krew Lanang.


dan sebab tu aku rasa mereka harus menerima award-award ini : 

Best management award : Stage manager and assistant stage manager
Best actor award : Tun sri lanang
Best actress award : Puteri gunung ledang/nenek kebayan
Best charimastic award : Sultan Johor/Sultan Melaka
Best villain award : Satung/alfonso
Best performance award : Rambal
Best adorable award : Selasih
Best dramatic award : Jenal
Best action award : Dato sagoh
Best expression award : Iskandar zulkarnain/Iskandar Thani
Best ‘suci’ award : Sheikh nuruddin al-raniri
Best cute award : Putera ahmad/bentara
Best supporting actor : Temenggung
Best supporting actress : Orang-orang kampung
Best chorus : Para pesilat
Best entertainment : Para penari
Best working team award : The whole ‘TUN SRI LANANG’ krew



Sakinah @ Stage Manager
Orangnya lembut.....sopan jer. bercakap pun memang sangat menyenangkan. sangat komited dan bersemangat. apa sahaja yang aku arahkan diturutinya dengan baik dan molek. ketika saat aku sibuk dengan UJIAN dan PASIR SALAK, kinah banyak mengambil tugas aku dan dia menjalankan tugasnya dengan sangat cemerlang. aku rasa kalau tak ada kinah dalam kumpulan ini, maka hilanglah sayap kiri group ini. sesibuk mana pun dia, dia tetap cuba menjalankan tugasnya sebaik mungkin. aku bangga dengan kinah......orangnya sangat positif dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk kumpulan Lanang ini. Saat latihan terakhir kami di panggung percubaan, saat aku mengetahui kinah dirempuh diatas pentas ketika sesi latihan berlansung jantung aku hampir terkeluar kerana terlalu terkejut. mana taknya.....di hadapan mata aku, aku nampak ada individu yang jatuh dari atas pentas dan terbaring di bawah. apabila mengetahui orang itu kinah aku berlari laju ke bawah.....dalam fikiran aku, aku terfikirkan bagaimana agaknya kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada kinah......hancurlah group ini kerana hanya dialah tangan kiri aku yang boleh aku percaya. alhamdulilah perasaan buruk aku tidak terjadi. walaupun kakinya bengkak teruk manusia bernama sakinah ini masih juga datang untuk memberikan sokongan dan khidmatnya terhadap rakan rakan lain.


Eddy @ Pengarah kumpulan @ Sultan Johor, Sultan Melaka
Wow....sekali tiga amanah yang dipikulnya !! Eddy.....adik aku yang bagi aku paling manja dan paling gigih berusaha untuk kumpulan ini. Eddy tidak pernah membelakangi aku dalam setiap keputusan yang dibuatnya. semuanya akan dia rujuk kepada aku terlebih dahulu, dan aku rasa tiada siapa yang dapat memahami betapa berat dan tingginya usaha dan keringat yang telah dia lakukan untuk kumpulan ini selain aku. aku saksi segalanya betapa eddy bekerja kuat untuk kumpulan ini. Orangnya sopan dan lembut dalam berbicara..... walau dia marah sekalipun tiada suara menjengkelkan yang dikeluarkan. masih boleh berlapik bahasa yang digunakannya itu. eddy terlalu penat melayan perlbagai karenah baik prof, pelakon, krew dan mungkin juga aku sendiri. namun dia masih gigih memegang tanggungjawab ketua yang telah diberikan kepadanya.
Kalau ada sesiapa yang menyalahkan eddy atau mempersoalkan kredibilitnya, datanglah berjumpa dengan aku sendiri. akan ku tunjukkan apa yang eddy telah lakukan untuk kumpulan ini di luar pengetahuan orang lain melainkan aku sahaja. Aku tempat dia meluahkan segala masalah dan kecewa diri terhadap sikap sesetengah individu. aku paham perasaan eddy kerana aku juga pernah berada di tempatnya suatu ketika dahulu dan bagi aku eddy adalah ketua yang baik. Jika kinah ialah tangan kiri aku maka eddy adalah tangan kanan aku. kedua-duanya aku sayang seperti adik kandung aku sendiri. Eddy sebagai pengarah dan ketua telah kuberikan A plus dan eddy sebagai sultan pula aku beri A sahaja. Beliau ada bakat dan semangat. namun tanggungjawab yang dia pikul tu membuatkan dia agak kurang tumpuan terhadap watak itu. tetapi itu tidak bermakna kedua-dua watak itu gagal di tangannya. malah aku akui, eddy adalah individu yang menarik perhatian aku ketika saat aku melakukan ice breaking......aku tahu bakat yang dia ada boleh digilap jika diberi peluang lagi.

Aishah @ Selasih 
Aishah......aishah.......apa yang aku ingin nyatakan tentang dirinya ya? cuma satu sahaja......jika dia mahu menjadi adik ipar aku dan rela dijodohkan dengan adik lelaki aku yang tak ensem tu akan aku minta mak dan ayah aku terbang ke sabah membawa rombongan meminang. memang aku sangat berkenan dengan dia. no other word can describe it. orangnya sangat lembut.....bercakap sambil senyuman di muka. sentiasa serius dan mahukan terbaik di dalam segalanya yang dia lakukan. aku nampak semangat dan motivasi diri aishah. tidak pernah aku lihat dia ponteng latihan atau menjalankan latihan dengan sambil lewa...... dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk menjadi diri selasih. Aishah selalu bertanya dan merujuk aku...... kekurangan dirinya secara automatiknya terpadam dalam otakku kerana kesungguhan dirinya untuk memperbaiki diri. ya aku akui aishah banyak kekurangan dalam membawa watak selasih, tetapi kena ingat, aishah juga banyak kelebihan untuk menyatakan bahawa watak selasih sememangnya milik dia. he;s a true spoken girl.....aishah jenis manusia yang sentiasa mahukan terbaik bukan hanya untuk diri sendiri. apa yang dia rasa baik untuk kumpulan akan dia berikan pendapat dan nyatakannya right away. aku puji usaha aishah.... dan aku rasa tiada sesiapa pun di dalam kumpulan ini yang sepeka aishah

Ucop @ Jenal
Mr Jambu.......hahaha. walaupun muka beliau sangat jambu and very the comel, jenal ditangan ucop sangat cemerlang. Aku nampak perubahan ucop since hari aku menjalankan ice breaking lagi. ketika saat itu ucop masih lagi  a shy boy yang sangat susah untuk aku paksa melakukan aksi dan lakonan di hadapan orang. apa yang dia lakukan akan diakhiri dengan gelak tawa dirinya sendiri. saat itu juga aku tidak meletakkan sebarang harapan untuk ucop tampil sebagai watak yang menyerlah akibat sifat pemalunya itu. tetapi ternyata aku salah.....ucop sebenarnya seorang yang boleh dibentuk dan benar-benar positif di dalam melakukan sesuatu. by time aku dapat lihat perubahan ucop. kalau ditanya siapakah yang mengagumkan aku dalam masa yang singkat akan aku beri ucop sebagai jawapannya. tak sangka juga aku, budak yang aku buli dan tak berani bertentang mata dengan aku saat aku membuat ice breaking tampil segak dan bergaya sebagai pahlawan melayu gagah dan berani. apa yang aku boleh nyatakan Jenal adalah ucop dan ucop adalah jenal. aku tak mampu fikirkan individu lain untuk membawakan watak jenal selain ucop. he;s the right one......aku melihat ucop sebagai jenal.....dan aku sendiri tidak kenal mohammad yusof secara personally. and with time aku kenal dan tahu sikap dan karenahnya. he;s a caring person......totally immersed with his character even when its not his time yet to perform. and with selasih. aku tak nak cakap banyak kerana yang tahu hakikat sebenar cuma aku dan tuan punya badan sahaja. biarlah apa yang orang lain nak cakap tetapi aku tahu ucop dan aishah berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi menghidupkan watak mereka. kalau ada jodoh diantara mereka aku orang pertama akan sujud syukur dan berdoa kepada allah s.w.t


Zahid @ Tun Sri Lanang
Pemegang watak utama didalam teater ini. Apa yang boleh aku ceritakan mengenai zahid ya ?? Aku rasa dia seorang yang cukup matang dalam sikap dan kehidupan. He look matured and know how to control himself.    Saat aku audition zahid di dalam kelas aku nampak krediabilitinya. tetapi cuma satu jer kekurangannya...... loghat kelate pekat sokmo deh.....tun sri lanang berasal dari johor namun bercakap dengan nada kelantan. agak kelakar bunyinya kelak. runsing gak aku memikirkan bagaimana untuk menghilangkan loghat kelantannya itu. tetapi rupanya aku tak perlu berusaha lebih pun, kerana zahid mampu mengawal percakapannya. walaupun tidaklah hilang seratus peratus loghatnya itu tetapi aku perasan dia masih cuba untuk memberikan yang terbaik. Zahid adalah orang pertama bagiku yang betul-betul mengenali watak tun sri lanang. aku nampak perubahan watak yang dibawanya hari demi hari. walaupun tidak sempurna tetapi setiap hari ada perubahan yang aku kesan. Kelebihan zahid bagiku ialah permainan intonasinya.......its nice to hear up and down voice from him. Bendahara Tun Sri Lanang sememangnya telah berjumpa dengan orang yang mampu membawakan wataknya di dunia luar (chewah statement............!!)


Jojo @ Sheikh Nuruddin Al-Raniri
Sila lihat gambar di atas dan fikir samada manusia di atas itu sesuai membawa seorang ulama terkenal? Hahahah aku pasti ramai yang akan ambil masa untuk bersetuju dengan penyerahan watak itu. Mana taknya, muka dah ganas.....gaya pun ala-ala rockers tetapi bawa watak sebagai seorang alim ulama. Tetapi, itu cabarannya buat jojo. Lakonan jojo? Jujurnya aku letakkan jo pada tahap sederhana sahaja. Lakonan dia masih boleh diperbaiki dan diolah dengan baik kalau diberikan lebih banyak masa. Tetapi salah satu sebab yang membuatkan aku gembira bersama group lanang ini adalah jojo. Dialah antara orang pertama yang selalu hadir awal ke latihan.....tidak pernah rasanya dia ponteng atau meninggalkan latihan. Sangat komited dan positif. Aku nampak jo seorang yang mudah bercampur dan baik hati. He;s such a cute kid and with his cute attitude jo banyak membuatkan aku tersenyum sensorang. Sangat suka mengusik.....dan dia, bagi aku penghibur group lanang ini. Ada sahaja karenahnya setiap kali latihan dan ajaibnya setiap kali karenahnya itu tidak pula menjengkelkan aku malah aku rasa sunyi dan sepi kalau jo tak ada. He;s totally a cool guy !! Sedar atau tidak aku nampak jo banyak membantu group ini dari belakang. He always give full support to his teamate dan aku rasa semua orang senang bersama ngan jo.


Pi'ee @ Iskandar Zulkarnain @ Iskandar Thani
Minta maaf......individu di atas bukanlah perogol atau pembunuh bersiri. Diharap anda jangan takut dan termimpi-mimpi wajahnya yang menakutkan itu. Hahaha.....salah aku juga kerana akulah yang memekupnya sedemikian rupa. Nak cakap apa ya pasal si pi'ee....?? tak banyak rasanya. Tetapi aku ada pengakuan yang harus dibuat. Sebenarnya saat pertama aku melihat dan bekerjasama dengannya aku naik menyampah dan geram. Bagi aku dia sangat tak serius dan tak pernah komited dalam menjalani latihan. Kalau datang latihan tu tak payah cakap la....sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Paling merisaukan si pi'ee ni bawa dua watak yang sama-sama berat untuk dilakonkan. Aku risau sebenarnya samada dia mampu bawa watak ini sebaik mungkin atau tidak. Namun alhamdulilah by time aku lihat pi'ee mula serius. Banyak perubahan yang dia telah lakukan untuk diri dia sendiri. Syukur sangat......aku tahu pi'ee boleh kalau dia betul-betul serius. Jika aku harus memilih watak yang lebih baik yang telah pi'ee bawa aku akan pilih watak iskandar zulkarnain berbanding iskandar thani. Disitu, aku nampak perubahannya dalam membawakan watak. As personal opinion pula, bagi aku he;s a funny man. bercakap dengan loghat kelantan yang aku tak paham sangat..... sangat kuat bergurau dan mengusik. and certain time masih main-main walau ketika latihan. namun, kalau diberikan penegasan dan diteguhkan displin diri aku rasa pi'ee mampu memajukan diri ke hadapan.

Mat Nor @ Dato Sagoh
Haji bakhil bersama kerisnya......!! hahaha.....buruk sungguh rupa beliau sebegitu. rasa bersalah juga kerana aku sendiri memekupnya sedemikian rupa. tak dapatlah dia glemer dan hensem seperti rakan-rakan yang lain. tetapi dengan mekup sebeginilah beliau dapat menghidupkan wataknya. Marah si mat nor kepadaku kerana mekupnya yang tak glemer itu hahaha. First impression aku pada budak ni ialah beliau seorang yang sangat PELIK.......kadang-kadang tindak tanduknya seperti mr bean. ada sahaja perkara yang diluar jangka akan dilakukannya. ketika berlakon ada sahaja kesilapan melucukan yang akan dia buat. aku yang pada mulanya nak marah dan memaki hamun dia terus tak jadi nak marah kerana gelagatnya yang sebegitu. mat nor cuma perlukan dua benda sahaja untuk berjaya dalam hidup baik dunia lakonan iaitu fokus dan keyakinan. ada saat aku nampak dia seperti kurang yakin namun ada saat juga aku nampak dia bersemangat untuk lakukan yang terbaik. he; has to be more fokus. kalau dia boleh fokuskan diri aku rasa dia boleh berjaya dunia akhirat. sebagai dato sagoh pula......mulanya aku tak yakin. dan bagi aku watak dato sagoh ni agak berat dan mat nor bukan orang yang sesuai membawanya. pengucapan dialog mat nor sebenarnya agak lemah. kadang-kadang dia menyebut dialog dengan terlalu laju dan kurang jelas. keyakinan aku terhadap mat nor naik apabila melihat aksinya bersilat. aku tambah yakin melihat dia semakin confident melakukan aksi dengan sebaik mungkin. mungkin dia kurang dari segi lakonan.....tetapi aku bagi A plus untuk pergerakan badan dan aksi di atas pentas.


Isa @ Alfonso @ Satung
Aku tak kenal isa sebelum ini walaupun dia merupakan junior kursus yang sama denganku. di semester ini aku diberikan peluang untuk mengenali isa. bagiku, dia seorang yang agak nakal.....masih ada sifat main-mainnya. mempunyai cara pemikiran dirinya sendiri. tetapi aku perasan yang isa, berusaha serius untuk membawa dua watak yang sama-sama berat. Alfonso dan Satung. For sure i;ll choose satung as the suitable character for isa. Keunikan si isa yang akan aku kenang sampai bila-bila ialah kesukaran dirinya untuk menyebut huruf 'r'. entah mengapa bagiku ianya kedengaran kelakar saat dia mengucapkan dialog namun lama kelamaan aku anggap ianya sebagai identiti diri isa. he;s a good guy actually. pernah juga aku tidak suka dengan sikapnya yang sambil lewa.....dan aku suarakan kepada prof mana dan eddy. namun, as a true guy dia datang secara baik berjumpa aku meminta penjelasan. tiada apa yang harus aku jelaskan kerana isa berbakat dalam lakonan. yang harus diubah cuma cara pemikiran dia sahaja. bagi aku isa boleh digilap. banyak watak yang dia boleh bawa kalau dia betul-betul serius dan ingin mencuba. namun, untuk group lanang ini, isa adalah calon yang paling baik untuk tampil sebagai watak antagonis yang hebatt..



Rasyid @ Rambal
Sambal ni.....eh, eh silap.....rambal ni, merupakan watak kegemaran aku since aku baca sepenuhnya skrip tun sri lanang yang prof mana berikan kepadaku. tak tahu mengapa aku selalunya akan lebih tertarik kepada watak antagonis berbanding watak hero di dalam sesebuah cerita heheeh.......apabila pemilihan pelakon dibuat di dalam kelas aku nampak rasyid mampu membawa watak rambal ini dengan baik. kalau nak dipandang berdasarkan rupa sah-sah muka hamba allah ini dah macam muka orang pecah rumah.....hahaha. tetapi jangan dilihat sebuah itu berdasarkan kulitnya sahaja tetapi lihatlah juga isi kandungannya itu. bagi aku ayat 'dalam hati ada taman' tu sesuai sangat dengan rasyid. muka memang dah sah sah ganas dan brutal tapi perilaku sangat sopan dan menyenangkan. rasyid tidak pernah sekali meninggikan suara apabila bercakap dengan aku apatah lagi membantah atau menyakitkan hati. setiap perilakunya disertai dengan senyuman dan usikan nakal.......agak gila-gila juga otak budak ni kadang-kadang. but the most important thing yang rasyid lakukan untuk group lanang ni ialah KEJUTAN ISTIMEWAnya pada hari persembahan. Aku tak tahu samada ianya dirancang terlebih dahulu atau semuanya dilakukan secara spontan. Yang pasti pada hari persembahan, rasyid sememangnya meroyan di atas pentas. Bayangkanlah, pahlawan acheh yang gagah perkasa, tak takut dek sebarang ancaman membuat lawak di atas pentas. Dari bawah aku mahu sahaja naik ke atas pentas dan menarik rambut budak ni kerana sudah lari jauh daripada konsep asal teater ini iatu metahistografik. tetapi bila aku fikirkan balik, usaha rasyid ini sebenarnya berkesan. siapa yang mahu datang untuk melihat jalan cerita sesebuah teater? sangat jarang penonton datang dengan niat begitu. selalunya penonton datang untuk mencari satu hiburan dan keseronokan. dan aku rasa rasyid memenuhinya dengan persembahannya pada malam itu. Tahniah Rasyid............!!


Az @ Puteri Gunung Ledang @ Nenek Kebayan
Orangnya cantik, putih berseri disertai dengan lirikan mata yang mengasyikkan. Aku tak memerlukan masa yang lama untuk memilih az sebagai watak puteri gunung ledang. Sejak mula lagi, prof mana telah memaklumkan kepadaku bahawa perlaku watak PGL ini haruslah berwajah cantik. dan aku nampak az memiliki kriteria itu. namun saat itu juga, aku sedikit bimbang samada budak ini hanya boleh menjual rupa atau boleh berlakon atau tidak. Namun, sekali lagi aku salah. Dia bukan sahaja mempunyai rupa tetapi hebat dalam lakonan juga. Hari demi hari aku nampak semangat yang dia bawa itu. Mungkin jauh dari sudut diri az dia mempunyai minat dalam dunia teater tetapi tidak tahu platform mana yang harus disertainya. Kalaulah aku mengenali az lebih awal, akan aku serapkannya masuk ke dalam produksi aku sendiri cicit mak dara. But im happy to know her......suma usaha yang dia lakukan untuk membawa watak puteri gunung ledang ini bagi aku berbaloi. Dia belajar bagaimana untuk menari lenggok tarian jawa......dia berusaha untuk mencari dan membeli baju yang sesuai dengan wataknya. Siap sewa crown lagi you alz.....sedangkan dia tahu bahawa bajet kami tidaklah besar. Disitu aku nampak kegigihan az untuk buat yang terbaik. Selalunya, orang akan bercakap, membawa watak puteri yang ego dan sombong tidaklah susah. Ya.....mungkin benar. Tetapi az da buktikan pada mereka yang bercakap itu bahawa dia sememangnya mempunyai bakat dengan membawa watak nenek kebayan. Im totally proud of her.....!!


Syafiq @ Putera Ahmad @ Bentara
Sila tepuk sebanyak 3 kali apabila melihat gambar di atas. Hal ini kerana manusia di atas telah melakukan yang terbaik untuk dirinya serta group tun sri lanang. Aku mengenali syafiq sebagai seorang yang pemalu, kurang keyakinan diri, tidak banyak bercakap dan agak susah untuk memintanya berlakon. Tetapi, dia masih cuba untuk berusaha bagi membawa watak putera ahmad itu. walaupun dialog putera ahmad itu tidaklah sebanyak pelakon yang lain tetapi aku faham betapa seksanya syafiq untuk mengucapkannya. aku sendiri tidak memaksa syafiq untuk membuat sesuatu di luar kemampuan dirinya. pernah sekali, syafiq datang berjumpa dengan diriku meminta dirinya dimasukkan kedalam krew produksi kerana bimbang untuk berlakon. namun, memandangkan watak di dalam teater ini sangat memerlukan lelaki aku tolak permintaannya. bagi aku, syafiq tidaklah 'kayu' sangat. dia masih boleh berlakon.....cumanya mungkin dia tidak biasa berhadapan dengan crowd atau mementaskan sebarang pementasan sebelum ini. Ketika latihan, babak syafiq bersama eddy dan az selalu mendapat perhatian kami. Semua orang diam dan memberikan tumpuan dengan watak putera ahmad. tetapi, akhirnya disertai dengan ketawa kerana lakonan syafiq. Pernah juga aku nak memaki hamun beliau kerana kekosongan dalam membawa watak putera ahmad itu, tetapi tak kesampaian kerana kesian melihat reaksi wajahnya yang menunjukkan bahawa dia mahu berusaha dengan baik. Aku tahu dia berusaha dengan sebaiknya........sebab itu aku tidak mahu menambah tekanan lagi untuknya. Whatever it is......he already done the best for himself !!


Wadi @ Temenggung
Addddooooii......budak ni !! Itu ayat yang banyak aku keluarkan apabila melihat gelagat beliau ketika sesi latihan. Kadang-kadang geram juga aku dibuatnya dengan budak wadi ini. Entah kemana-mana dia menghilang ketika waktu latihan. Kadang2 dia datang kadang2 tak. Nasib baiklah ko bawa watak temenggung saja. Kalau ko bawa watak tun sri lanang dah lama aku gi cari dekat rumah. Bagi aku, wadi boleh jadi pelakon yang baik kalau beliau betul-betul serius. Nadanya sedap didengar......reaksi muka juga agak baik cuma yang diperlukan sekarang hanya komitmen dan fokus. Tetapi aku tahu, wadi bukanlah budak yang nakal bagiku. dia masih lagi hormat dan menuruti kehendak aku. cuma mungkin ada komitmen yang lebih penting untuk dia penuhi. tidak banyak untuk aku nyatakan mengenai watak temenggung melainkan, watak itu sama-sama penting seperti watak pelakon utama yang lain. dan aku rasa kalau wadi diberi watak yang lebih mencabar dia mampu membawanya dengan caranya yang tersendiri.


Para Penari
Mereka ini manusia paling malang di dalam produksi aku. Kerana......merekalah tempat aku melepaskan segala amarah dan teguran. Mungkin juga merekalah yang paling banyak kena marah berbanding pelakon dan krew-krew yang lain. jujurnya aku tak berminat untuk mengendalikan para penari ini kerana ilmu tarian aku tidaklah banyak. namun, apabila minggu ke 6 masih tiada tarian dan lagu yang dibuat aku rasa aku perlu buat sesuatu. mereka tiada sebarang jurulatih tari untuk mengajar mereka step tarian dengan betul. dan rata-rata daripada mereka tidak pernah menari sebelum ini. aku ambil alih tugas sebagai jurulatih penari. aku carikan lagu dan aku reka step tarian. aku tidak boleh tunggu lagi......step tarian bukan boleh dipelajari dalam tempoh yang singkat. seperti biasa, pada mulanya masih berterabur step dan kiraan mereka. ada yang terlalu cepat dan ada yang terlalu lambat. jangan sebut pasal syncronised la.....memang  lansung tak sama. perkembangan penari dikritik teruk prof mana apabila mereka persembahkan di hadapannya. makin bertambah tekanan budak-budak ini. kadang-kadang aku naik kesian melihat mereka. dikritik, dimarah walaupun sebenarnya masing-masing sudah cuba untuk melakukan yang terbaik. bahkan aku sendiri agak bengang dengan mereka pada mulanya. mungkin tahap yang aku impikan terlalu tinggi untuk mereka yang tiada sebarang asas tarian untuk capai. tetapi aku masih mahukan yang terbaik untuk mereka dan group ini. aku akui, ada yang benar-benar bersungguh dan komited dalam mempelajari langkah tarian ini. namun, ada juga yang bertindak dengan sambil lewa dan tidak peka. namun, hal itu tidaklah mahu aku campuri dan aku serahkan bulat-bulat kepada diri mereka sendiri. Bagi aku, penari merupakan yang paling banyak menerima tekanan di dalam group lanang. Apa sahaja yang mereka buat dikritik oleh pelbagai pihak. Tambah teruk, pakaian yang ditempah tidak diluluskan. Aku pasti ada semangat beberapa penari yang telah luntur dengan hal ini. Tetapi, aku yakin yang mereka akan melakukan yang terbaik walaupun tiada pakaian yang lawa dan aksessori yang menarik untuk mereka. Dan apa yang aku boleh katakan, pada hari persembahan aku berbangga untuk menyatakan......penari sebagai penceria keadaan pada malam tersebut !!

Wednesday, May 2, 2012

My Macho Ajuhssi........Cha Seung Won


Sila lihat gambar di atas sambil berkata "mak aih....machonya" hahaha.....itu pun kalau korang bersetuju dengan akulah yang pakcik di atas sangat macho. Actually i dont even know who is he.....aku kenal dia pun melalui program Family Outing. He appeared as one of the family guest. Memula aku ingat dia ni umur around 30 plus la kot tapi tak sangka da 40 plus rupanya umur dia. Da nak masuk kategori warga emas da. So agak terkejut la juga....sebab yela muka dia still ensem dan badan pun still tegap dan very the macho. Aku boleh tergoda sebab perwatakan dia dalam family outing tu la very cool and very the macho.....but at the same time leh gak buat lawak skit-skit. Laki macam ni lah baru best......!!



And then aku carilah serba sikit information tentang pakcik ni. Rupanya dia ni seorang model yang berjaya gak kat korea but turn out to be an actor at last. Aku search beberapa gambar dia kat runaway stage and memang menggoda gambar-gambar tu seperti di atas nu hah.....kira, memang ada bakat la untuk jadi model. Pakcik ni pun aku tgk tinggi jer.....(6 kaki 2 inci) kira lepas la untuk jadi model. Dan untuk lelaki asia nih nak tinggi macam pakcik ni susah juga.....so gunakanlah ketinggian dan kehenseman yang ada itu. Antara x-factor yang aku suka kat pakcik ni ofcourse lah mata dia......sangat menggoda and very menghairahkan. Aku suka sangat dengan mata dia hahaha (sorry....tetiber mood gatal !!)



Aku ni sebenarnya bukan jenis manusia yang sukakan lelaki bermisai dan berjanggut. sebab bagi aku serabut lah bila seorang lelaki ni simpan misai dan janggut. memanglah nampak kelakian tu sikit tapi bagi aku suma tu serabut ahahah.....but in this case pakcik ni adalah orang pertama yang terkecuali dalam kes ini. Memang sebelum ni tak ada artis yang aku minat bermisai. Pakcik ni adalah orang pertama aku minat yang berkumis dan bermisai. Gambar kat atas tu adalah dua gambar dimana dia bermisai dan tak bermisai,.....bagi aku macho banyak gambar dia bermisai tu berbanding yang tak bermisai hahaha...... So ajuhssi i love your moustache and beard !! hahaha......



Aku dengan segera mencari drama-drama pakcik ni untuk ditonton. Dan kebanyakannya drama-drama pakcik ni suma best. Antara yang best bagi aku ialah citer The Greatest Love, Athena Goddess Of War and City Hall. Tapi hampehnya, pakcik ni lebih banyak membawakan watak jahat berbanding watak hero. Yela muka dia kan nampak serius and very the jantan kan so watak jahat la lebih mengancam. Tapi apa pun bagi aku, tak kiralah dia bawa watak jahat or baik tapi kalau dia bawa watak tu dengan cemerlang, dia leh control the whole story dengan watak dia tu. Thats what this ajuhssi doing. He;s really good in his acting. Very natural and very talented. Drama dia yang paling terkesan kat jiwa aku ialah citer The Greatest Love tu la.....walaupun citer tu hero dan heroin dia tua (tak macam citer korea lain dimana hero dan heroin dia jambu dan cute) tapi jalan citer dan lakonan diorang mmg best. Pakcik ni bawa watak seorang pelakon terkenal bernama Dokko Jin yang perasan, ego, eksyen nak mampos dan jatuh cinta ngan penyanyi yang tak berapa nak popular sangat. Memang best citer ni......Digalakkan untuk layan kalau nak tau tahap lakonan pakcik ni ditaraf mana. And then aku layan Athena......bagi aku jalan citer athena ni bergerak sebab karekter pakcik ni. Very the charisma and very the outstanding kind of acting. And dia la penjahat paling macho pernah aku tonton setakat ni dalam drama korea hahaha........



aku baca dalam laman gossip korea kat internet yang berbahasa inggeris mengatakan pakcik ni kahwin time umur dia 18 tahun iaitu sebelum dia jadi model dan masuk ke dunia artis. kira dia kahwin sebelum glemer ar..... dan tak silap aku bini dia tua 10 tahun daripada dia. Kira kalau umur dia skarang 42 tahun bini dia skarang ni umur 52 tahun ler !! OMG....!! huhuhu....untung nasib ko....dapat laki ensem you !! dia ada dua anak sorang laki sorang pompuan. aku tengok muka anak laki dia.....lebih kurang umo aku juga....20 an da sekarang. very the ensem.....macam bapak dia gak. tak mustahil satu hari nanti, kuah akan tumpah ke nasi nanti hahaha......
 

Blog Template by YummyLolly.com