Sunday, November 18, 2012

Meteor Garden Vs Hana Yori Dango Vs Boys Over Flower Vs Big Bang



Cey.....kalau tengok tajuk macam gempak jer ada versus-versus gitu. Tapi idak ler gempak mana pun. Aku pun bukannya rajin sangat pun nak buat komentar antara drama-drama nih. Meteor Garden, Hana Yori Dango and Boys Over Flower suma orang tau drama ni diangkat daripada komik jepun dan dijadikan drama yang meletup-letup kat ketiga-tiga negara tuh iaitu taiwan, jepun and korea. Setiap drama tu baik MG, HYD dan BOF kelebihan dan kekurangannya sendiri. Tapi, apa kena mengena ngan Big Bang plak? Kena mengenanya ialah.....Big Bang ada buat parody drama ni. Tapi, diorang buat parody Hana Yori Dango bukannya Boys Over Flower. Time tu drama BOF blum kuar lagi kat tv rasanya. Nak terputus gak la urat kentut aku nengok 5 ekor makhluk tu berlakon. Actually banyak gak drama yang Big Bang buat parody dan sumanya aku suka dan enjoy. But, yang paling aku suka ialah parody Hana Yori Dango ni ler...... Oleh itu, dengan kuasa kuda-kuda yang aku dapat daripada membedal vitagen sebanyak 3 botol, aku merajinkan diri untuk membuat perbandingan 4 cerita yang aku layan ni mengikut pandangan aku muaahahhaa........

Ok, kalau nak dibandingkan melalui jalan cerita aku rasa Meteor Garden lain skit daripada yang lain. Yang lagi 2 tu tertumpu kat budak sekolah kan, meteor garden ni lebih dewasa la skit and jalan citer dia lain skit daripada BOF dan HYD yang ada persamaan. Tapi, kalau tak silap aku sumanya ciplak dari manga asal jepun. Honestly, antara suma-suma tuh aku lebih suka layan meteor garden sebabnya aku layan citer ni time aku sekolah rendah kot. Tak tau pun hero tu hensem ke, tak hensem ke. Yang aku tau citer ni besh aku kena tengok hahaha.....HYD plak aku suka tengok perkembangan watak-watak tu. Kira menarik juga la dia garap perwatakan setiap watak dalam tuh. Untuk BOF bagi aku biasa-biasa aja. Maybe sebab aku da layan 2 citer yang sama aku da bleh buat perbandingan la kot. Bagi aku BOF lebih 'menjual' muka ensem hero-heronya itu. Jalan citer dia idak ler digarap dengan baik sangat. Cuma cantik dimata sahaja melayan muka-muka ensem group F4 itu. Versi Big Bang plak camno? Versi Big Bang plak hanya berdurasi 10 minit. Dibuat untuk konsert diorang. So nak simpulkan 20 episode dalam 10 minit memang susah ar. Jadi, diorang amik babak2 yang penting jer dan ubah jadi cam lelawak skit. Tak  silap aku citer ni ada dibuat dalam versi filipina juga. Nanti ar, kalau rajin aku cari yang versi filipina plak dan komen kaw-kaw punya ehehehe.......



Makhluk-makhluk diatas itu adalah hero dan bapak gangster dalam kumpulan F4 ni ar.......kalau nengok daripada gambar tu, TOP je la kot yang nampak ganas skit berbanding yang lain yang ala-ala jambu gitu. 4 watak ni lebih kurang sama jer perwatakan dia iaitu, anak orang kaya yang sombong dan ego nak mampos, perasan hensem, leader dalam group f4 tuh dan yang paling penting paling tangkap cintan dengan heroin. Suma pelakon yang bawa watak hero ni memang femes pas bawa watak-watak tu. Contohnya cam Lee Min Ho yang bawa watak Goo Jun Pyo. Dulu ni aku lansung tak kenal sapa mamat ni. Bila dia pemes pas bawa watak ni baru ler aku leh cakap "oooo.....ni mamat Goo Jun Pyo BOF nih" Perkara yang sama pun jadi kat Jerry Yan and Matsumoto Jun. Kira drama ni banyak menaikkan nama-nama diorang la dalam industri seni negara diorang chewaahhh......!! Antara watak 4 ekor makhluk diatas tuh, kalau mengikut perwatakan yang dibawa dalam drama, aku paling suka watak Domyouji Tsukasa (HYD). Sebabnya, aku bleh lihat kepelbagaian karekter dalam watak tu. Si Domyouji ni memang ler eksen dan ego nak mampos tapi pada masa yang sama lurus bendul, agak bodoh-bodoh alang skit then cam tak berapa nak center pun ada ahahaha.......Kalau yang lain tu aku tengok cam sterotaip skit la. Kalu anak orang kaya musti eksyen, musti kontrol macho, musti ego.........bleh jer aku rasa kalu nak tukar perwatakan tuh jadi yang lain kan. Dalam 4 watak tu aku tengok watak Dao Ming Si agak kureng skit......kureng bukan dari segi perwatakan tapi kureng dari segi lakonan. Bagi aku lakonan Jerry Yan tu agak kaku skit. Nampakla ke-eksenan dia tuh tapi part dialog yang lain 'keras' gila kot. Untuk Goo Jun Pyo plak aku rate kan watak dia sebagai ok jer...... ada time aku rasa mamat ni sweet, ada time yang aku rasa over plak.....kira kalu aku jadi juri teater or pengkritik filem aku bagi markah lulus la kat dia. Untuk my Mr TOP plak, ko memang membuatkan aku gelak time nengok parody HYD tuh.......so pemenangnya disini bagi aku ialah Matsumoto Jun untuk watak Domyouji Tsukasa !!



Uhuk-uhuk.....!! Sorry i terbatuk jap.....terbatuk sebab tergoda ngan kehenseman 4 makhluk di atas tuh eheheh.....tergedik plak. anyway, 4 watak diatas ialah second hero, kira macam second choice untuk si heroin ler. Yang samanya antara suma watak ni adalah wataknya suma romantis, tak banyak cakap, tenang and damai gitu. So elok ler diorang cari pelakon-pelakon yang mukanya memang membuatkan orang tenang dan nyaman bila nengok ehehehe......











 

Blog Template by YummyLolly.com