Monday, August 26, 2013

Korean Celebrity.......Original Ke Cetak Rompak???

Kalau bacer tajuknya macam nak menjual dvd la plak.....padahal tak ada kena mengena pun ngan dvd haram ke hapa. Just saja jer......entry aku kali ni bersifat terlebih masa lapang di rumah dan terlebih rajin tuk mengupdate blog ni ha....Idea tetiber mai bila aku came across gambor sorang artist korea kat tenet ni... giler lain punya muka time dia remaja berbanding sekarang. So ngan rajinnya aku buat research sendiri sapo yang muka dia asli dan sapa yang da ubah2. 80 peratus artis korea ni aku berani gigit tengkuk aku sendiri ar da buat pembedahan plastik.....cuma disini yang ketara dan tak ketara ja. Kat entry kali ni gak boleh lihat yang mana ensem semula jadi dan yang mana yang ensem cetak rompak (bermakna plastik surgery, mekup dan teknik kamera la tu). 

Daniel Henney

G-Dragon (Big Bang)

Ko Soo

Hyun Bin

Jang Dong Gun


Jang Geun Suk

Jo In Sung

Joo Ji Hoon

Joo Jin Mo

Kang Dong Won

Kim Bum

Kim Hyun Joong

Kim Jong Kook

Kim Jae Won

Lee Dong Wook

Lee Joon (MBLAQ)

Lee Jun Ki

Lee Min Ho

Lee Philip

Lee Seung Gi

Choi Minho (Shinee)

Nichkhun (2PM)

No Min Woo

Rain 

Choi Siwon (Super Junior)

So Ji Sub

Song Joong Ki

Song Seung Heon

Ok Taecyeon (2PM)

TOP (Big Bang)

Won Bin

Yoo Ah In

Park Yoochun 

Yoon Shi Yoon

U-Know Yunho

Saturday, May 18, 2013

Streeeeessss................!!!!


          Time aku ngah tulis menda alah ni.....keadaan aku sama cam gambar di atas. Ngah strrrreeeeessss...... sangat !! Aku tak da tempat nak ngadu melainkan mak ayah dan diri aku sendiri. Yang kenal diri aku macammana mungkin akan paham mengapa aku dalam keadaan gini. Namun, bagi yang tak kenal tak payah la nak buat kesimpulan sendiri atau mengata dibelakang diri. Aku rasional.....aku boleh terima nasihat mahupun kutukan. Namun, biarlah semuanya berdepan....... Post terdahulu aku yang kat bawah tu sila abaikan. Time tu.....semangat aku untuk bekerja terlalu tinggi. Aku terlalu bermotivasi tuk menjadi yang terbaik......tapi apabila semuanya dah aku lalui, baru aku tahu tinggi rendahnya langit itu. Kecilnya aku dalam komuniti yang allah cipta ni. Kadang-kadang aku tak nafikan yang aku a bit proud of myself. I am confident with anything that i did. But, after banyak perkara berlaku semua keyakinan tu luruh satu persatu. 

          And aku sekarang, im in zero level. Aku bosan.....aku sedih.......dan aku tertekan !! Disaat itu juga aku buat kesimpulan sendiri yang menjadi guru ini tidak semudah seperti apa yang aku sangka. Dan di saat itu jugalah mengalir air mata aku bila aku fikirkan dengan profession ini lah mak dan ayah aku besarkan aku sehingga sekarang. Kalau dulu, aku lebih berbangga menjadi 'anak cikgu' sebab banyak advantagenya bila mak dan ayah sendiri berada di sekolah yang sama ngan kita. Tapi sekarang, aku rasa profession ini lebih membebankan hidup aku......Di sekolah tempat aku berada sekarang, aku terlalu tertekan !! Racist ??? Tidak sama sekali....!! Aku bukan seorang yang racist. Tak kisah la orang tu itam ka putih ke kelabu asap ke merah jambu ka aku layan sama adil dan rata. Walaupun aku mengajar di sekolah cina, aku sayang giler anak-anak peralihan yang aku didik ni. Seriously, bukan anak-anak cina ini yang membuatkan aku tertekan. Malah, mereka ini yang menghiburkan hati tatkala jiwa ini tertekan. Ramai rakan-rakan aku yang lain lebih stresssss dengan sikap pelajar tapi aku, aku lebih tertekan dengan pentadbiran sekolah. 

         Setiap hari aku sentiasa cuba untuk memperbaiki diri supaya imej diri dan kawan-kawan lain tak tercalar..... tapi setiap hari juga, ada ja masalah yang berbangkit tanpa disangka. Kalau kita buat benda A betul benda B plak salah.....cuba perbaiki benda B, benda C pula ada yang tak kena.....aku bertanya setiap perkara yang aku tak faham, namun jawapan yang diterima tidak seberapa. Jawapan yang aku terima hanya "cikgu, kena pandai buat sendiri la....kena belajar. Mana bleh semua benda tanya...." Tak ke hangin kalau camtu....?? Bila dengan pelajar, kita galakkan pelajar untuk bertanya, namun bila sesama kita sendiri pertanyaan itu di tegah? What the hell is that then.....?? Aku mahu belajar.....dan aku juga mahu teguran. Namun, apabila setiap teguran itu dihadiri dengan kritikan yang tak pernah bantu aku untuk lebih maju, macammana aku nak 





Saturday, March 30, 2013

Welcome To Heng Ee.......Welcome To Penang


Pergh.....lama kot aku tak update blog nih. Macam-macam actually yang aku buat sepanjang tak update blog tuh. Tapi yang paling drastik skali ialah ni ar......menjadi guru intrim kat penang dan terlibat dengan interview. Sebenarnya aku dari dulu lagi memang suka penang. Suka pasai apa? Ntah tak tahu la plak. Nak kata aku suka pi penang tak juga. Last aku pi penang ntah berapa tahun yang lepas ntah. Aku sendiri pun da tak ingat. Maybe aku suka, sebab makanan dia sedap-sedap kot. Dan alhamdulilah, ada rezeki aku untuk jadi guru intrim di Pulau Mutiara ni. Yang jadi guru intrim ni pun satu hal......awat la pi buat menda-menda ni dalam masa yang singkat. Buat nyusahkan orang ja. Banyak gila kot orang ngadu panggilan guru intrim ni mengejut sangat. Yang nak kahwin kena tunda kahwin, yang nak beranak kena teruskan berpantang yang nak pi interview lagi la memacam kisah ada semuanya kena dikorbankan demi jadi guru intrim ni ha. Penempatan tetap belum tentu lagi tuh. Ntah 50-50 peluang pun tak tentu lagi.......


Aku tahu dapat intrim dua hari sebelum kena lapor diri kat Jabatan Pendidikan Penang. Gila kalut dibuatnya......memang dalam ati aku tak mau pi dah. Buat apa nak penatkan diri kan.......tapi sebab mak ayah aku yang bagi semangat aku gagahkan diri juga la pi lapor diri. Kebanyakan student yang dok belah utara ditempatkan di Penang. Tapi ada juga pelajar dari Kelantan dan Terengganu yang terlepas pi ke penang ni. Saat aku membuka envelope surat yang menyatakan di sekolah mana aku ditempatkan, terbonjol biji mata aku apabila membaca kat situ tertulis Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee. Dalam ati aku cakap dah.....mampos aku nak kena ajar anak-anak cina ni cakap Melayu. Susah hati gila time tuh.......tapi at the moment aku tenangkan diri dan bagitahu diri aku yang anak-anak cina ni lebih senang di ajar berbanding anak-anak Melayu. Pastu bleh plak time tu Pengarah JPP Penang ni pi tanya sapa yang dapat SMJK Heng Ee. Dia suruh bersedia dengan persekitaran baru dan puji sekolah tu atas kecemerlangan sahsiah. Adalah beberapa sekolah top yang dia sebut kat penang dan Heng Ee adalah salah satunya. Alhamdulilah, aku sama sekolah dengan Anis Artiqah, kawan aku time sekolah dulu. Adalah juga kawan untuk dibuat peneman kat negeri orang nih. 


Nak cari rumah satu hal lagi. Da la sebarang kenalan, adik beradik pun tak ada kat penang ni. Terkontang-kanting aku nak mencari rumah kat sini. Nak cari plak dalam masa yang singkat. Isnin da kena start mengajar. Tempat tinggal entah kemana-mana lagi. Contact orang tu, contact orang ni cari rumah yang kalau bleh terdekat dengan sekolah. Akhirnya, aku came across satu iklan kat mudah.com. Ada satu condo yang fully furnished nak disewakan. Harga tak sah cakap la memang la mahal skit. Tapi ok la semua ada kot. Yang paling penting washing-machine tuh.....bukannya aku ni rajin sangat nak membasuh kain nih, so washing machine barangan yang wajib ada. Kondo ni kira ok la. Dekat dengan sekolah, security pun ok, keadaan rumah pun bersih dan kemas fasiliti pun banyak. Sesuai la nak dok anak beranak kat sini. Untuk aku, aku berpuas hati dengan keadaan kondo nih. Aku pejamkan mata sewa juga kondo ni dengan duit deposit mak dan ayah aku tanggung (thanks mak, thanks ayah) Pastu mulalah proses aku mencari para penyewa lain. Dok ramai-ramai kurang lah sikit bebanan sewa tu ye tak. Akhirnya, dapatlah aku 4 rakan lain yang mahu serumah dengan aku untuk berkongsi segala masalah dan suka duka iaitu anis, kak mi, kak lini dan ipah. Alhamdulilah setakat sekarang kami berlima serasi bersama. Gituuuuuuu.........


At the first moment aku melangkah masuk ke Heng Ee, aku quite impress dengan wajah sekolahnya yang kompom berbeza dengan sekolah-sekolah yang lain. "Giler hebat sekolah ni......manyak duit plak buat skolah bebesar camni " aku cakap camtu kat mak aku. Persekitaran sekolah actually tak la luas sangat cuma yang nampak dia gah adalah struktur bangunannya. Time tu kemain lagi aku berangan yang aku ni cam dok ngajar kat sekolah Jepun. Terberangan la aku kejap nak jadi cam Yankumi citer Gokusen jepun nuh. Ada diantara kawan-kawan aku yang mengatakan sekolah ni kelihatan seperti balai polis. Kalau tak memandang sign-boardnya sapa pun tak tau yang itu ialah sebuah sekolah. Bila dipikirkan balik betul juga hahaha.








Sunday, January 20, 2013

Fenomena Listen......listen......listen......listen


Before aku buat pandangan aku sendiri.....bagi yang tak pernah nengok video nih diharap nengok dulu dan buat pandangan korang sendiri sebelum aku berkongsi pendapat aku dengan semua. 

Ok? Dah tengok da? Kalau da tengok tak per......bleh ar aku ngumpat dengan sebahagia mungkin muahahahha........First of all, i give my full applause to miss bavani kerana keberanian dia menyuarakan pendapat yang bagi aku ialah suara sebenar mahasiswa di Malaysia. Second, it's a big 'BOOOOOO.........' for Sharifah Zohra Jabeen for her arrogant attitude. Minta maaf aku bukan student UUM dan aku tak ada pun dalam dewan tu pada masa tu. Aku hanya sebahagian daripada rakyat biasa yang mahu diberikan keadilan yang sewajarnya. Personally, aku rasa suma student UUM yang ada kat dalam dewan tu time tu pun deserve a big 'BOOOOOO.........' as well !! Kenapa? Kerana tidak sama-sama bangkit untuk bersuara atas nama mahasiswa. Terlebih dulu aku nak mintak maap dulu la kalau apa yang aku bakal komen nih menjadikan pelajar-pelajar UUM malu ke, rasa terhina ke hapa. Ok, back to the topic. Aku actually tak tau pun wujudnya video sebegini kat youtube. Suddenly satu hari, adik aku la plak soh aku buka you tube dan nengok video ni. Dia cakap video ni ngah hot sekarang. Aku sebenarnya malas nak nengok sebab takut jadi cam video budak yang dapat mc 5 hari sebab sakit mata tu..... ala yang buat muka cam siput sedut tu la. Takut cam tak berbaloi nak nengok..... Camnapun, aku tetap ler cari entry pasal menda alah ni. 

At first aku mengagak video ini just like other video yang memaparkan mahasiswa untuk bangkit bersuara, but actually im totally wrong. Dia bukan sahaja tak dibenarkan untuk menyuarakan lagi pendapat malah dihina dan diberikan status yang lebih rendah. Honestly, kalau aku kat tempat Bavani mau jer aku lempang muka minah tu. Kira Bavani ni ada kesabaran yang tinggi juga la. Dia cakap benda yang betul bersertakan fakta yang sahih. Bagi aku, orang yang tak takut untuk menyuarakan pendapat adalah someone with a big spirit and determination. Congrats to her. And for that arrogant woman. I assume that she is a lawyer from the way she speak and move. Maybe im wrong sebab aku tak ada masa nak cari latar belakang dia hahaha. Apa yang aku tau dia ni adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang aku tak tau apakebenda kah itu dan apa yang mereka perjuangkan sangat !!. Berdasarkan video tu, i think she;s the one with the rude attitude. You're an adult but you dont behave like one. Shame on you....!! 

Personally, aku rasa dia tak dapat berdepan dengan persoalan yang diutarakan bavani. Bavani came with fakta yang betul dan mahu penjelasan yang sahih from someone like her. Aku rasa tak salah kalau seorang mahasiswa mahukan penjelasan mengapa negara kita tak boleh berikan pendidikan percuma sedangkan negara-negara yang lebih teruk daripada Malaysia mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. So, as conclusion she just mess around, creating weird atmosphere and point out Bavani as a rude student. Yang hampehnya, student-student dalam dewan tu bleh plak menyokong si Sharifah ni plak. Adeh la......

'Lari daripada bayang-bayang sendiri' thats the right peribahasa untuk si Sharifah ni. And why is that? Jelas terbentang kot dia memang cuba untuk lari daripada menjawab soalan sebenar si Bavani tuh. She;s pointing more to animal's right than human right. What's the hell is that? Ko kerja kat zoo ka dulu? Mementingkan hak haiwan berbanding manusia lagi? Berkerut-kerut dahi aku nengok hujah tak masuk akal dia. Paling aku tak bleh terima apabila dia memandingkan diri dia dengan Bavani. She;s someone with degree holder and Bavani just a student. And she also mention that Bavani got less education because of her "rudeness" (bagi dia la) Kalau aku la, mau jer kasut saiz 7 aku ni masuk dalam mulut dia time tuh. Sesenang jer cakap camtu. Tak pikir lansung apa perasaan dia,apa perasaan keluarga dia apabila dikatakan begitu. 

Apa yang aku nampak disini, ialah 3 perkara sebenarnya. Penindasan, ketidak-adilan dan perkotak-katik pihak tertentu. Aku yakin lot of mahiswa yang mahu bersuara seperti Bavani. Tapi berapa ramai yang berani? Di universiti-universiti terlalu banyak forum dan ceramah yang seperti mahu membasuh pikiran dan tanggapan pelajar. Tapi aku percaya, pelajar sekarang tak bodoh. Ramai yang boleh menilai yang mana betul dan yang mana salah. From this video, aku rasa Sharifah own Bavani an apology. Kalau ada badan-badan yang benar-benar menyuarakan hak mahasiswa, please bela kes seperti Bavani ni dengan sebaiknya. Jangan biarkan anak bangsa kita yang lain diperbodohkan dengan mudah. Kebenaran selalunya akan datang sedikit lambat. For now, lets watch 'their' big drama first muaahahhahaha.......

Monday, January 14, 2013

Money Isn't Everything




Money Isn't Everything


It can buy you a bed but not sleep
It can buy you a clock but not time
It can buy you a book but not knowledge
It can buy you a position but not respect
It can buy you medicine but not health
It can buy you blood or organ but not life
It can buy you sex but not love



so friend, you see....money isn't everything and it often causes pain and suffering. I tell u this because i am your friend and i want to take away your pain and suffering....
so send me all your money and let me suffer for you.....:P
 

Blog Template by YummyLolly.com