Saturday, March 30, 2013

Welcome To Heng Ee.......Welcome To Penang


Pergh.....lama kot aku tak update blog nih. Macam-macam actually yang aku buat sepanjang tak update blog tuh. Tapi yang paling drastik skali ialah ni ar......menjadi guru intrim kat penang dan terlibat dengan interview. Sebenarnya aku dari dulu lagi memang suka penang. Suka pasai apa? Ntah tak tahu la plak. Nak kata aku suka pi penang tak juga. Last aku pi penang ntah berapa tahun yang lepas ntah. Aku sendiri pun da tak ingat. Maybe aku suka, sebab makanan dia sedap-sedap kot. Dan alhamdulilah, ada rezeki aku untuk jadi guru intrim di Pulau Mutiara ni. Yang jadi guru intrim ni pun satu hal......awat la pi buat menda-menda ni dalam masa yang singkat. Buat nyusahkan orang ja. Banyak gila kot orang ngadu panggilan guru intrim ni mengejut sangat. Yang nak kahwin kena tunda kahwin, yang nak beranak kena teruskan berpantang yang nak pi interview lagi la memacam kisah ada semuanya kena dikorbankan demi jadi guru intrim ni ha. Penempatan tetap belum tentu lagi tuh. Ntah 50-50 peluang pun tak tentu lagi.......


Aku tahu dapat intrim dua hari sebelum kena lapor diri kat Jabatan Pendidikan Penang. Gila kalut dibuatnya......memang dalam ati aku tak mau pi dah. Buat apa nak penatkan diri kan.......tapi sebab mak ayah aku yang bagi semangat aku gagahkan diri juga la pi lapor diri. Kebanyakan student yang dok belah utara ditempatkan di Penang. Tapi ada juga pelajar dari Kelantan dan Terengganu yang terlepas pi ke penang ni. Saat aku membuka envelope surat yang menyatakan di sekolah mana aku ditempatkan, terbonjol biji mata aku apabila membaca kat situ tertulis Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee. Dalam ati aku cakap dah.....mampos aku nak kena ajar anak-anak cina ni cakap Melayu. Susah hati gila time tuh.......tapi at the moment aku tenangkan diri dan bagitahu diri aku yang anak-anak cina ni lebih senang di ajar berbanding anak-anak Melayu. Pastu bleh plak time tu Pengarah JPP Penang ni pi tanya sapa yang dapat SMJK Heng Ee. Dia suruh bersedia dengan persekitaran baru dan puji sekolah tu atas kecemerlangan sahsiah. Adalah beberapa sekolah top yang dia sebut kat penang dan Heng Ee adalah salah satunya. Alhamdulilah, aku sama sekolah dengan Anis Artiqah, kawan aku time sekolah dulu. Adalah juga kawan untuk dibuat peneman kat negeri orang nih. 


Nak cari rumah satu hal lagi. Da la sebarang kenalan, adik beradik pun tak ada kat penang ni. Terkontang-kanting aku nak mencari rumah kat sini. Nak cari plak dalam masa yang singkat. Isnin da kena start mengajar. Tempat tinggal entah kemana-mana lagi. Contact orang tu, contact orang ni cari rumah yang kalau bleh terdekat dengan sekolah. Akhirnya, aku came across satu iklan kat mudah.com. Ada satu condo yang fully furnished nak disewakan. Harga tak sah cakap la memang la mahal skit. Tapi ok la semua ada kot. Yang paling penting washing-machine tuh.....bukannya aku ni rajin sangat nak membasuh kain nih, so washing machine barangan yang wajib ada. Kondo ni kira ok la. Dekat dengan sekolah, security pun ok, keadaan rumah pun bersih dan kemas fasiliti pun banyak. Sesuai la nak dok anak beranak kat sini. Untuk aku, aku berpuas hati dengan keadaan kondo nih. Aku pejamkan mata sewa juga kondo ni dengan duit deposit mak dan ayah aku tanggung (thanks mak, thanks ayah) Pastu mulalah proses aku mencari para penyewa lain. Dok ramai-ramai kurang lah sikit bebanan sewa tu ye tak. Akhirnya, dapatlah aku 4 rakan lain yang mahu serumah dengan aku untuk berkongsi segala masalah dan suka duka iaitu anis, kak mi, kak lini dan ipah. Alhamdulilah setakat sekarang kami berlima serasi bersama. Gituuuuuuu.........


At the first moment aku melangkah masuk ke Heng Ee, aku quite impress dengan wajah sekolahnya yang kompom berbeza dengan sekolah-sekolah yang lain. "Giler hebat sekolah ni......manyak duit plak buat skolah bebesar camni " aku cakap camtu kat mak aku. Persekitaran sekolah actually tak la luas sangat cuma yang nampak dia gah adalah struktur bangunannya. Time tu kemain lagi aku berangan yang aku ni cam dok ngajar kat sekolah Jepun. Terberangan la aku kejap nak jadi cam Yankumi citer Gokusen jepun nuh. Ada diantara kawan-kawan aku yang mengatakan sekolah ni kelihatan seperti balai polis. Kalau tak memandang sign-boardnya sapa pun tak tau yang itu ialah sebuah sekolah. Bila dipikirkan balik betul juga hahaha.








 

Blog Template by YummyLolly.com