Wednesday, April 25, 2012

Oppa......!! I Love You Kim Jong Kook..........!!



My oppppaaa........!! ni la mamat yang boleh membuatkan aku terjatuh cinta dan angau sepanjang hari hahaha.....napa aku boleh terjatuh cinta ngan dia? sebab dia commmeeelllll........!! maybe ada orang kata dia tak ensem sebab mata dia kecik sangat and very the sepet sampai nak celik pun tak leh (actually dalam running man pun kawan-kawan dia banyak peperli mata dia yang kecik tuh) tapi bagi aku dia sangat kawwaaaaiiiii........(aku tak tahu perkataan comel dalam bahasa korea heheh.....) bagi aku mamat ni ada muka yang sangat attractive.....dia mungkin tak dak dashing look macam won bin atau si won tapi muka dia sangat menarik dan comel sangat untuk dilihat keh keh keh..... then sebab kedua plak aku suka body dia yang tough and berketul-ketul nuh.....semangat aku nengok badan dia yang tough tu and i do love man with cool abs and body like him.... tapi mamat ni tak dak la macam rain ka or hero korea lain yang dok tayang badan slalu.....nak boleh gambaq dia tak pakai baju pun jenuh nak cari......kira dia tak suka menayang sangat la badan dia yang cun tuh. aku ada terbaca dalam satu artikel kat internet yang dia antara personaliti korea yang ada badan paling menarik kat korea...... dan dia gak antara mamat yang terseksi kat korea !! opppa......u are that damn sexy !! hehehe...... pastu kan, i really love to see his smile.....wide smile with a cute eyes.....Totally million dolar smile sungguh !! comel sangat bila tengok dia senyum.....kenyang aku tak yah makan nasik pun tak pa hahaha..




Walaupun dalam rancangan running man dia digambarkan sebagai seorang yang cepat marah, panas baran dan menggerunkan tapi pada aku he;s a nice guy with a soft heart. Aku ada gak melayan variety show jong kook yang lepas cam xman ngan family outing. karekter dia dalam setiap rancangan tu actually berbeza..... dan paling ketara bezanya actually dalam running man. Dalam running man la dia PALING banyak cakap kalau nak bandingkan dua rancangan lain tuh. Dia tak banyak cakap pun but more to strength (for sure la kan......) Bila da tengok suma rancangan tuh aku buat kesimpulan yang beliau sebenarnya sangat romantik, seorang lelaki yang pemalu, pantang dicabar, bekerja keras dan yang aku paling suka sekali he's totally cute in every pose hahaha..... Dalam running man ni dia paling rapat ngan Haha.....dia ngan Haha ni macam abang ngan adik ar. Si haha tu dok panggil dia "hyung" dan dia dok panggil haha "dongsaeng". Actually dia rapat ngan haha dah lama....asanya da kenal 15 tahun kot. Semua pemain dalam running man memang takut kat dia. Kalau nampak ja jong kook berterabur lari.  Semua nak keluarkan dia dulu sebab he;s the strongest among them. Siap ada nama gelaran lagi "sparta-kook" u alz..... hahaha. Yang lawaknya setiap kali dia muncul ada effect muzik lagi bunyi sparrtttaa......!! (semua pemain ada muzik diorang sendiri) He;s a man yang sentiasa mahukan kemenangan dan berusaha kuat untuk mencapainya.




Kalau sesapa yang jumpa dia tengah jalan memang siap ar kena kejar sampai dapat. Totally like a lion chasing   his food. Aku memang berkenan kat dia nih.....sebab he just not has physical ability but he;s also an intelligent person too. Ada ja idea dan kebanyakan sangkaan dan tekaan dia betul. Jong kook ni jarang-jarang sangat nak kalah....kecuali kalau kena tipu ngan betray from his own team. Tapi kalau dia sesaja nak kalah tu mmg jarang sesangat la.....tapi my oppa ni ada keburukan dia juga la. dia mudah lemah ngan pompuan....slalunya tu taktik team lawan. nak cairkan dia bagi pompuan gegedik skit....nanti dia jadi malu ar depan pompuan tu sampai merah muka. kadang-kadang he;s a bit proud with himself. maksudnya dia sentiasa konpiden dan jarang skali mahukan kekalahan......and sometimes he;s abit serious too.  Jong kook ni ada dua kawan baik yang aku kenal juga dalam industri korea nih iaitu si Jang Hyuk and Cha Tae Hyun. Their friendship are totally wonderful sampai digelar Dragon Brothers. Sebabnya umo diorang sama.....dan dilahirkan pada tahun naga. And for information aku pun dilahirkan pada tahun naga hahaha.....Aku suka tengok reaksi diorang sesama sendiri. Bleh rasa keakraban persahabatan diorang tuh. Si Tae Hyun ni macam nakal dan suka buat kerja-kerja gila (walaupun da ada anak) dan si Jang Hyuk ni pulak (juga dah kahwin dan ada anak) lebih pendiam dan mengikut cakap kawan-kawan dia. Macam jong kook pulak ni dia macam tengah-tengah. Bleh jadi nakal and pendiam at the same time. Bila diorang bertiga dalam satu rancangan realiti bleh nampak yang diorang saling membantu antara satu sama lain....Antara diorang bertiga ni aku rasa yang paling popular mungkin Jang Hyuk la kot sebab dia banyak filem dan drama dan suma filem dan drama dia berbeza perwatakan. But its ok oppa....i still love u hahaha.




Dan the most interesting fact about him ialah he;s a singer. memula tu aku sentap gak sebab kalau dia ni pelakon ok la lagi kan sebab badan pun sedap muka pun ada kira lepas la jadi hero. so aku cari lagu dia kat you tube and terjumpa la lagu-lagu dia tuh. Sedap weh.....serius sedap !! Suara dia memang totally different and didnt match well with his physical...!! totally high pitch punya suara, kecik sangat suara dia. Memang dia guna suara dari tekak but who cares? aku suka lagu-lagu dia hahaha. Lagu dia yang aku paling suka ialah "one man", "cant forget", "today more than yesterday" dan "loveble" (senang citer suma lagu dia aku suka hahaha.....) Masa zaman memuda mudi dulu mamat ni ada group hip hop la kot nama TURBO. Time tuh tak berapa comel sangat. Nampak innocent and pure ja huhuhu....tapi badan da tough da...Bila dia kuar dari turbo baru dia nyanyi solo. Aku tengok kat you tube that he can speak english well....even his slang pun sounds good. so oppa, please come to malaysia so that i can tell you that how much i love you (hahaha....feeling plak ). Honestly aku memang berkenan dengan personaliti dia. Memang sangat menarik dan got multi personaliti yang mungkin susah dijangka. Untuk jadi calon suami memang da pas da nih....cuma aku kena convert dia to islam dan tukar nama dia jadi Muhammad Hakimi (still nak kekalkan nama "kim" dia tu kat depan ahahah) oppss.....sorry !! termelalut sudah...hehehe.



Pastu aku surf la tenet cari lagi tentang dia.... rupanya mamat ni pernah ada skandal ngan yoon eun hye. aku tak kenal pun minah ni sapa....tapi bila aku baca tengok rupanya minah ni la yang berlakon citer coffee prince tuh. aku tengok sepadan ja diorang tu.... walaupun ada gap umur yang agak banyak. skarang tak tau la samada masih berskandal or tak.....aku kena gi korea tuk korek lagi pasal gossip nih. Then kat running man aku rasa dia sesuai denga ji-hyo berbanding monday couple si gary tuh.....asa cam lelaki cam jong kook ni more suitable untuk tough woman like ji-hyo unnie.....Masa aku layan family outing plak aku lebih suka dia dengan hyori berbanding dia ngan ye jin. Sebabnya bila dia ngan hyori aku nampak dia lebih mesra dan nampak perasaan diorang memasing. Macam dengan si ye jin ni plak aku nampak dia layan more as a big brother....tp ngan hyori its different feeling. so aku doakanla bagi jong kook oppa got the best match either eun hye or hyori in his life.... oppa fighting....!!





few interesting trivia about my oppa !!


* dia ni sebenarnya pemalu dengan perempuan

* he doesnt drink coffee dan tak makan makanan segera macam mee maggi nuh.  
   jaga badan katakan



* he's a good dancer actually tapi sebab pernah buat pembedahan pinggang jadi
   da kurang menari.

* he's not a smoker

* dia ada sorang abang yang kerja sebagai surgeon. abang dia pernah tanya dia
   samada nak buat pembedahan besarkan mata or tak.....tapi dia cakap tak mau.

* tak silap aku rumah dia kat anyang (mana anyang tu pun aku tak tau hehehe)

* kat umah dia ada a very cute small dog with very big eyes (dia cakap dia beli
   anjing yang mata besar2 ni sebab mata dia kecik....aww !! so cute oppa !!)

* actually behind the camera he and kwang soo have a very good relationship. idak
   ler garang and memarah kwang soo tu memanjang. even dengan yoo jae suk pun  
   dia sangat rapat macam hyung and dongsaeng.

* i think he will be a good father.....sebabnya he;s very good with kids and
   sangat cermat.....

* he;s hair match well with his face and appearance.....aku berkenan tengok rambut
  dia. tak kisah la time serabut ka apa ka.....memang kena ngan muka dia tuh.
  pandai cordi dia buat kojer ya......

* he said that he;s not a good actor. setakat ni tak silap aku dia tak pernah lagi
  la berlakon filem or drama. kalau dia nak berlakon pun dia nak watak as boxer ke
 atau fighter ka. Tak payah ada dialog pun tak pa......

* dia ada sorang anak sedara pompuan yang menyanyi gak....pa nama ntah aku tak
  Ingat

* dalam running man aku perhatikan dia selalu pakai seluar pendek....lebih
   selesa agaknya

* aku rasa lah kan......he;s having trouble to have relationship with women
   sebabnya bagi aku jong kook jenis lelaki yang mementingkan kesempurnaan.

* a very well mannered man.....buktinya? ramai artis puji doh


Sunday, April 1, 2012

MY CUTE BABY......DAESUNG (BIG BANG)......!!


He just a cute little baby......memula aku tak kenal pun mamat ni sapa and i also dont even know sapa kumpulan Big Bang ni. Since aku tak berapa melayan sangat lagu-lagu k-pop ni aku tak amik tau sangat ler perkembangan lagu-lagu korea tuh. Aku leh terbekenan kat budak ni bila aku layan Family Outing. Family Outing ni rancangan variety show sebelum Running Man dan aku rasa from the same syarikat sebab artis-artis yang depa panggil tu banyak yang pernah muncul dalam Running Man juga. Family outing ni rancangan dia artis-artis korea ni kena pi kampung-kampung kat korea tuh dan ada la rumah penduduk kampung yang dipilih untuk diorang menjalankan tugas yang diberikan. Tuan punya rumah yang dipilih tu plak disponsor sepenuhnya percutian diorang ke mana-mana pun depa nak pi janji bagi pinjam rumah. Jadi, artis2 bandar ni kenala buat kerja-kerja kampung macam bagi makan lembu ka......tanam sayur ka lebih kurang gitu la. Seronok actually tgk gelagat manusia ni. K back to daesung. He's the youngest among the family. Dilayan sebagai adik bongsu la dalam rancangan tu. Kekadang aku tengok dia cam ngengada ja tapi sometime aku rasa dia comel dan manja sangat.....huhuhu



Banyak karenah dia dalam family outing ni kalau nak dicerita. Tapi aku perasan dia bertindak sebagai penceria keadaan dalam rancangan ni. Bila dia tak ada satu episod aku rasa macam something missing. Then baru aku realise "ooo....daesung tak ada minggu ni" huhuhu.....Dalam family outing daesung ni paling rapat dengan jaesuk.....sampai digelar dumb and dumber brother sebabnya diorang ni selalu sangat buat perkara-perkara yang bangang berdua. Memang elok sangat la korang dua.... Aku suka budak ni sebab dia comel sangat. Even the way he react tu pun aku rasa comel sangat. Nak kata mamat ni ensem maybe ada akan cakap dia tak ensem sebab mata dia a bit sepet dan tak adala attractive sangat pun muka dia. Tapi sebab kekiutan dia tu menyebabkan orang sangat suka ngan karekter dia dalam tu. Dan tak silap aku dalam Big Bang pun dia lebih menunjukkan imej cute berbanding kawan-kawan dia yang lain yang aku tengok lebih kontrol hensem.





cuba tgk gambor di atas.....adakah mereka berdua nampak seperti dua beradik? bagi aku ya.....dua dua sepet (tapi daesung lagi sepet daripada jong kook) and kulit pun lebih kurang warna....and dalam family outing depa digelar small-eyed brother !! suara daesung ni nak kata tak sedap boleh tahan juga but not that unik as jong kook. daesung terkenal dengan kelebihan vokalnya berbanding ahli big bang lain. Menyanyi live pun not bad bagi aku. lebih kurang macam dalam rekod juga but kenyataannya disini for sure this cute little daesung wont able to challenge my oppa mr kim jong kook hahaha...... Apa yang nyata disini, daesung ni salah satu contoh artis yang tidak sterotaip yang cuba menjadi manusia lain dan lari dari menjadi diri sendiri. I love him the way he are and hope he kept being himself ...

Thursday, March 1, 2012

Help.....!! Im Addicted To This Running Man..........



Mungkin aku ni agak terlambat mengenali apa itu variety show dari korea yang bernama RUNNING MAN ni since aku more addicted to drama jepun dan siri omputeh cam smallville and supernatural. Dan aku sendiri pun tak berapa melayan crita korea sebab bagi aku citer diorang ni agak sterotaip. Aku setuju yang hero dan heroin dia totally hensem dan comel tapi kalau dikira dari segi lakonan bagi aku bebiasa aja (hero korea mudah menangis da....tak macho lansung) ok back to the running man topik.....aku leh sangkut ni sebab adik aku ar. dia yang tetiber ajak tgk satu episode nih....tak silap aku episode 49 kot. Aku pun layan la since time tu tak ada buat apa pun....layan punya layan aku boleh gelak guling-guling tgk gelagat pakcik2 nih....mmg lawak la. so sesaper yang ngah tensen, sedih or boring tahap gaban leh la layan series ni.



Dia punya konsep mudah jer.....macam main 'aci sembunyi' (hide and seek) yang kita dok main time kekecik dulu. sapa yang kena tangkap and kena rip off dia punya tagname keluaq la. ada dua team iaitu chasing team ngan mission team. slalunya hide and seek ni diorang main last skali kira macam main game la. sebelum tu ada gak diorang buat race mission (sapa bleh selesaikan misi dulu), road mission (sapa sampai ke destinasi dulu) dan ada la mission-mission lain lagi. sapa-sapa yang menang diorang akan dapat running ball. yang dapat running ball ni selalunya akan terlepas daripada kena hukum la last skali




memang aku akui yang series ni sangat menarik dan membuatkan aku hampir gila dengan gelak sensorang dan bleh gak mengabaikan banyak benda untuk melayan menda ni ja. but who cares? hahahha.......adik aku ada gtau yang korea punya variety show kebanyakannya best2 belaka dan this running man variety show adalah antara yang terbaik kat korea dan worldwide. ramai orang dok melayan citer ni kat dunia. so if foreigner bleh melayan menda ni napa aku pun tak leh sangkut kan?


bila dah melayan bagai nak rak ni.....aku boleh terfall in love plak dengan salah satu pemain dalam siri nih hahahha......cuba teka sapa? yang pernah layan menda ni mungkin tahu aku suka sapa hahaha......
sambil-sambil dok melayan running man tu aku agak wondering gak apa perbezaan antara variety show ngan reality show. so aku buat kesimpulan sendiri yang reality show ni dirancang terlebih dahulu sebelum rakaman manakala variety show ni plak separuh2. ada yang dirancang dan ada gak yang berlaku spontan. mungkin gak teori aku terbalik atau salah ada aku kesah?? hahaha..........



Siri ni....jemput banyak gak artis-artis korea yang terkenal untuk join sekali jadi pemain. Antara yang aku kenal la macam kumpulan super junior, 2pm, shinee, kara, girls generation, wonder girl dan manyak lagi lah....(kebanyakannya aku tak kenal la...hehhe) Apa yang aku perhatikan semua pemain pemain dalam running man ni ada karekter diorang sendiri. Memang kepelbagaian ada disitu. Aku tak pasti samada karekter tu dicipta  untuk rancangan ini atau karekter tu memang karekter sebenar pemain tersebut. Ada kekonpiusan juga kadang-kadang.....Well anyway untuk yang nak kenal sapa pemain-pemain dalam running man ni meh aku kenalkan sorang-sorang


'













KIM JONG KOOK

My oppppaaa.....!! ni la mamat yang boleh membuatkan aku terjatuh cinta. hahaha.....napa aku boleh terjatuh cinta ngan dia? sebab dia commmeeelllll......!! maybe ada orang kata dia tak ensem sebab mata dia kecik sangat and very the sepet sampai nak celik pun tak leh (actually dalam running man pun kawan-kawan dia banyak peperli mata dia yang kecik tuh) tapi bagi aku dia sangat kawwaaaaiiiii........(aku tak tahu perkataan comel dalam bahasa korea heheh.....) bagi aku mamat ni ada muka yang sangat attractive.....dia mungkin tak dak dashing look macam won bin atau si won tapi muka dia sangat menarik dan comel sangat untuk dilihat keh keh keh..... then sebab kedua plak aku suka body dia yang tough and berketul-ketul nuh.....semangat aku nengok badan dia yang tough tu and i do love man with cool abs and body like him.... tapi mamat ni tak dak la macam rain ka or hero korea lain yang dok tayang badan slalu.....nak boleh gambaq dia tak pakai baju pun jenuh nak cari......kira dia tak suka menayang sangat la badan dia yang cun tuh. aku ada terbaca dalam satu artikel kat internet yang dia antara personaliti korea yang ada badan paling menarik kat korea...... dan dia gak antara mamat yang terseksi kat korea !! opppa......u are that damn sexy !! hehehe...... pastu kan, i really love to see his smile.....wide smile with a cute eyes.....Totally million dolar smile sungguh !! comel sangat bila tengok dia senyum.....kenyang aku tak yah makan nasik pun tak pa hahaha......




SONG JOONG KI

Commmmeeell sangat.....!! memang totally a cute person. Ni orang kedua aku suka pas jong kook. Tapi joong ki tak lama dalam running man. Dia kena tarik diri sebab terlalu sibuk dengan shooting lakonan plak. Dia pun ada karekter dia dalam ni......pada aku joong ki ni sorang yang pandai dan sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu. Kalau buat cabaran atau selesaikan mission tu dialah orang paling semangat dan fokus. Tapi mamat ni kadang-kadang blur dan slow juga hahaha.....He good in finding thing. Kalau ada misi untuk mencari barang serah kat dia la....memang dia boleh cari dengan cepat. Aku jeles siot tengok muka dia either with or without mekup.....comel dan lincin sungguh. aku yang pompuan ni pun xda kulit gitu. oleh kerana kecomelan tahap gaban dia tuh dia diberi nama gelaran "Pretty boy" dalam running man nih. Aku paling suka joong ki bila episode 15.....yang diorang kena try naikkan heartbeat ji hyo tuh. time tuh joong ki memang romantik gila....aku yang tengok kat umah ni pun tergigit-gigit bantal sebab jeles dengan si ji hyo time tuh hahaha......senang crita dia memang cute lah !!



HAHA

Adik angkat si jong kook hehehe.....memang selalu berkepit ja dia ngan si jong kook. maybe sebab kalau dia ngan jong kook mudah la sikit dia nak menang dan senang la dia nak terlepas daripada hukuman. Haha ni aku minat dia sebab adalah mamat paling sengal dalam running man. Bayangkanla dok sesaja dia boleh berguling-guling atas lantai dan buat macam dalam filem aksi polis-polis nuh. Too filmy imaginative type of man.....!! bagi dia suma situasi dalam running man ni nak dibuat macam dalam filem hehehe....tapi karenah dia tu memang buatkan aku gelak guling-guling ar. But he's really good to be a spy. top spy among all.....!! very cunning.....annoying......and good in recruting !! selalunya kalau haha yang jadi spy banyak orang tak leh teka yang jadi spy tu ialah dia sebab he;s a good con artist. Yang aku tak berapa berkenan mamat ni ialah dia tak berapa serius sangat dan agak kebudak-budakan berbanding his real age. Tapi kebudak-budakkan dia tu memang comel sebenarnya. Selalunya kalau dia nak memanja, dia banyak memanja dengan jong kook (hyung dia...) dan diorang pun selalu gaduh juga......Nampak jer poyo gini tapi sebenarnya playboya nak mampos !! kalu ada ja artist pompuan yang datang dia la yang paling gatal sekali......suma dia nak wat awek hahaha.Haha ada nama gelaran kat dalam rancangan ni iaitu "Haroro" yang diambil daripada karektor kartun Pororo. Memang dia dok bawa ja patung pororo dia tuh ke hulu-hilir. Sengal sungguh mamat nih huhuhu......



YOO JAE SUK

Mr Grasshopper...........!! Walaupun beliau tidak hensem (kenyataan yer.....) tapi beliau adalah penggerak rancangan nih. Kalau tak da dia bagi aku rancangan ni tak dapat dijayakan dengan baik.....Jae suk adalah main leader dalam running man. Selalunya team jae suk akan lawan dengan team jong kook dan kebanyakannya dia yang kalah hehehe.....aku baca dalam internet yang dia sangat popular dan dipanggil nation mc kat korea. Pengacara yang hebat dan berkaliber kat korea..... Kira dia ni macam aznil korea la..... kalau kena buat mission kat tetengah jalan tuh orang akan terjerit-jerit panggil nama dia dulu tau.... kalah jong kook !! Jae suk ni bagi aku matang.....berpengalaman......rendah diri.....bersemangat.....sporting...... pendorong paling baik sekali dalam running man. TAku tengok dia sangat sayang dekat peminat dia. Kalau jumpa dekat jalan dia akan layan peminat dia dengan baik, cakap dengan bahasa yang elok, siap melayan amik gambar lagi.....!! jae suk ni kuat lari juga......laju dia lari kadang-kadang tak tertangkap juga but anyway he never escape from my oppa, mr sparta-kook !! jae suk ni pun kadang-kadang sengal gak..... dia punya lawak more to word kalau nak dibanding dengan haha yang aku banyak gelak sebab pergerakan fizikal dia nuh......ni first artist yang aku berkenan tanpa melihat muka yang ensem hahaha......




GARY

Dia seorang rapper kat korea. Boleh tahan gak sora mamat ni..... dia ada satu lagu dengan jong kook yang aku suka sangat, tajuk dia "come back to me".....memang best lagu ni kalau melayan time ngah tensen. Dalam running man ni gelagat gary memang antara yang boleh membuatkan aku gelak gila-gila punya. cuba tengok muka dia tuh....memang seposen jer kan. memang muka tak bleh blah.....sama ja muka dia baik suka, sedih, marah lagu tu ja reaksi muka dia. Gary dalam rancangan ni ada pasangan yang dipanggil "Monday Couple" iaitu denga song ji hyo. Tiap-tiap episode mesti ada ja ayat mengayat si ji hyo. Kadang-kadang dilayan oleh si ji hyo....time melayan tu berbunga-bunga la ati dia tapi time dibuat bodoh tu leh tengok muka dia seposen ja. Gary ni ada nama samaran dalam ni iaitu "Peaceful-Gary" sebab reaksi muka dia yang tenang dan damai tu lah....Dia ada satu ayat peberet yang dia selalu ucap dalam running man ni iaitu "strrreeesss......!! " Gary ni bagi aku an underground player. Tak diberikan perhatian sangat.....orang tak takut dan orang tak juga pandang ringan. Tapi kadang-kadang dia boleh menang tanpa sapa tau. Just kadang-kadang jela....mostly selalu jer kantoi ehehhehe......




SONG JI HYO

Artis wanita korea pertama yang aku tengok tak guna mekup dalam shooting. Aku perhatikan ji hyo tak gunakan mekup yang tebal dan bleh beza muka dia mekup n tak mekup. Kira minah ni tak ada la plastik sangat. Bagi aku dia ni cantik.....antara pelakon pompuan yang bagi aku cantik. Tapi jangan pandang luaran saja doh....memang cantik tapi ganas doh !! The only woman in the series dan memang respect gak sebab dia jarang sangat (maybe gak tak pernah) keluar awal dan selalu jadi antara yang terakhir keluar dan kadang-kadang jadi MVP team diorang.....she;s really good in finding team....sebab tu dia digelar "Ace Ji Hyo". Dan dia juga pandai menggunakan kelebihan dia sebagai kaum pompuan tuh. Kenkadang kalau kantoi tengah jalan dengan jong kook ka sesapa ka dia akan buat muka comel pastu merayu-rayu minta dilepaskan huhuhu....Dia ni skandal si gary tu..... Ada ja situasi romantik diorang berdua. Memang nampak cute dan sweet sangat. Kalau jadi betul dan bawa ke kahwin kan besh..... Ji Hyo ni kuat ketawa. Banyak benda yang dia buat mesti end up dengan ketawa. Tapi jangan pandang rendah minah ni. She;s good with strategies !! Antara orang yang boleh mengalahkan si jong kook tau....Selalunya yang dok termakan ngan strategy dia tu ialah dia punya skandal la si gary. Kesian gary.......Dia ada nama gelaran lagi satu iaitu "Miss Mong or Miss Blank" sebab dia memang sentiasa blur ja. reaksi muka dia tu pun menunjukkan yang dia tengah blur hahaha......




LEE KWANG SOO

The youngest player in running man. Sebab dia yang paling muda.....dia selalu kena buli dengan orang lain. Hampir semua orang la buli dia ni. Kesian sangat......memang mamat paling blur, poyo, bengap dan slow dalam rancangan ni. Aku memang tak leh tengok muka dia.....memang rasa nak gelak. Tak pernah menang sekali pun tak silap aku kalau dalam cabaran individu. Dan dia ialah antara orang pertama yang kena tangkap bila diorang main hide and seek tuh. Kadang-kadang mamat ni macam innocent sangat. kadang-kadang aku tengok dia ni macam bangang sangat. maybe lakonan? i dont know.....but he;s cute actually dan dont be shock if i say that he was a model.....hahaha. aku pun mula-mula sentap gak. macammana la mamat ni boleh jadi model. tapi dia ada ketinggian yang baik....memang tinggi sungguh !! paling tinggi antara player-player lain. tak silap aku ada la kot dalam 192cm. sebab ketinggian menggalah dia tu orang panggil dia "kwangvatar" parody kepada avatar hehehe......dia ni paling takut ngan jong kook. slalunya kalau dia buat salah or tak dapat habiskan mission tertunduk-tunduk dia minta maaf ngan jong kook. kalau kena tangkap terjerit-jerit dia takut minta dilepaskan....huhuhu kesian kwang soo. paling lawak about kwang soo ialah reaksi muka dia tuh...memang lawak sangat.....dok ternganga ja memanjang dan muka dia tu memang menunjukkan muka blur dan innocent. jarang sangat bernasib baik. selalu ja bernasib malang........



JI SUK JIN


Mr Big Nose.....digelar gitu sebab dia ada hidung yang besar hehehe......dia yang paling tua dalam rancangan ni dan yang paling lembab juga. Antara orang yang paling mudah ditangkap oleh pihak lawan. Memang senang nak diperdaya dan senang nak diperangkap. Mungkin sebab faktor umur dia susah nak berlari dan nak sembunyikan diri la kot. Tapi in quiz challenge pun dia tak der la pandai sangat.....lembab juga huhuhu. Dia ngan si kwang soo tu digelar "Dumb and Dumber" sebab diorang dua ni masing-masing lembab dan selalu dalam satu pasukan. Kebanyakan player akan memilih untuk singkirkan diorang ni dulu sebab mudah. Pakcik ni selalu sangat sakit belakang, cramp kaki time dok buat cabaran. Yela da tua katakan......dia sungguh jeles ngan si Jae suk tu dan akan jeles kalau sesiapa rapat ngan si jae suk sebab diorang da kawan lama jadi da anggap jae suk tu cam kawan dunia akhirat la kot hahaha......

Wednesday, February 29, 2012

Jadi Tak Jadi.....?? Jadi Lah Kot.....!!


Dah 3 minggu berlalu baru aku terpanggil untuk tulis pasal ni. Lagipun minggu kesepuluh dan sebelas merupakan minggu paling sibuk untuk aku. Jadi masa nak update blog aku ni kureng la skit. But anyway i;ll do my best. But anyway....ni kan blog private aku so ikut suka aku la kan ahahaha.....(asa cam cakap ngan dinding plak kah kah kah....) Jadi tak jadi ni simplenya ialah cetusan idea aku ketika saat aku ngah serabut hahaha..... mulanya aku tak sangka gak diberikan kepercayaan untuk menjadi pengarah persembahan untuk Program integrasi kali ni tapi sebab orang da beri amanah aku teruskan juga. Tapi jujurnya, aku tak selesa menjadi pengarah kerana bukan sifat aku nak arah-arah orang atau nak tunjuk ketua. I prefer to ask the nice way. Thats why i cant be a leader. So secara volunteernya aku telah meminta agar jawatan pengarah ini diberikan kepada Fawiz. Lagipun aku da pernah bekerja ngan mamat ni dan aku rasa dia tak ada kekurangan tuk jadi pengarah yang baik......Dan untuk menjalankan latihan drama ni....memang memerlukan arahan dari seorang lelaki....dan aku tak ada kelebihan itu.... so elok lah kalau Fawiz jadi pengarahnya dan biarlah aku yang jadi sidekicknya.


Selepas diberitahu.....malam tu juga aku siapkan skrip. 2 skrip lagi....!! Satu lagi skrip tu diberi nama skrip 001. Cerita yang agak kalut macam ' jadi tak jadi' juga...... Aku ni jenis akan semangat kalau buat benda yang aku suka iaitu......berlakon dan menulis !! Program tu...pada 25 september dan kami dah start latihan sebelum raya lagi....tapi 1 minggu sekali ja.....tapi ketika itu banyak dugaan yang aku terima.....satu-satu pelakon asal aku tarik diri. Bermula dengan Fariz.....tapi fariz aku tak salahkan dia....sebab aku tahu dia bukan jenis yang akan nyusahkan orang......dia tak dapat join sketsa aku ni pun sebab dia dah dilantik sebagai Presiden PERBAYU.....dan ofcourse la pada hari kejadian dia kena duduk dengan VIP. Tak apalah.....bila fariz dah tak ada aku cuba cari peganti....dan jumpalah seorang sahabat aku ni....pada hari perbincangan dulu dia ada ofer diri nak berlakon tapi malangnya sakali pun dia tak pernah datang berlatih. Aduuuuuiii.....seminggu sekali ja bang ooooi.....!!! Tapi tak apa dia minta maaf cara baik dan aku suka cara dia minta maaf. Aku lepaskan dia cara baik dan aku matikan watak dia tu......Watak Fariz pulak aku berikan kepada Ehsan.



Watak mila sebenarnya aku buat khas untuk mila sahabat aku dari kedah.....tapi dia pulak malu nak berlakon padahal dia ada bakat dalam lakonan. kalau dia beri peluang untuk aku polish dia dia mampu menyerlah......tak apalah aku paham masalah dia jadi aku cari peganti dan aku offer watak ni kat hasanah si comel kelas aku. she;s a very dedicated person. jenis nak mencuba segalanya. and thank god dia setuju dan datang pada latihan pertama.....tapi malangnya watak mila yang aku ingat akan menyerlah di tangan dia tak dapat dia bawa sbab terikat dengan kelas tarian.....tak apalah aku paham....mereka patut dahulukan yang mana penting dahulu. Jadi pelakon asal aku yang sebenarnya ialah aku, aidah, moja, syazril, fariz, ustaz saiful, mila, hafizzudin bertukar menjadi aku, aidah, moja, syazril, ehsan, mai dan hafizudin. Perjalanan latihan berjalan lancar sehinggalah watak utama aku iaitu pelakon kesayangan aku minta untuk undur diri kerana ada komitmen kerja. Masa tu aku dah down gila....aku tak tau apa nak buat dah. ada niat nak bubarkan saja. Nasib baiklah si fawiz ni positif gak orangnya. dan aku slalu ngadu kat si aidah ngan mai. memacam orang aku tawar watak si apis ni tapi sowang pun xmo.....



 nak dijadikan cerita time aku ngah jenjalan kat kuo carik makanan nak bukak posa aku jumpalah ngan si fadzil ajak. dia bagi cadangan untuk ambil anthony seorang budak sabah.....katanya budak tu boleh berlakon....aku yang tak mo pkir panjang terus minta no phone and offer budak tu berlakon. Alhamdulilah mamat ni walaupun lain kos tapi dia mahu membantu dan pada hari latihan dia bawak sowang kawan dia yang bagi menceriakan lagi sketsa aku nih. 
Ketika aku tulis watak meon ni aku sebenarkan bayangkan si hafizudin tengah menari ngan aidah dengan basikal buruknya......memang aku buat untuk hafizudin. Tapi bila dia da xda orang yang bagi aku paling layak bawak watak ni ialah syazril ashraf. Untuk si syazril ashraf ni sebenarnya aku buatkan watak salleh@sally sebab dia nak sangat watak pondan so aku watkan untuk ko syazril ashraf !! padan muka.....ahahah tapi bila soh berlakon watak tu tak boleh plak dia. Ha...baru ko tahu yang nak jadi pondan ni bukan kojer senang....tapi untuk tak berat sebelah ngan si man aku dan geng2 lain audition dua dua mamat ni untuk watak meon. Dan kedua-duanya bawakan watak meon dengan cara yang tersendiri. Dan masing masing ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri. 


Man contohnya bawakan watak meon dengan penuh ceria dan kreatif.....mimik muka dia juga menarik. Body language nampak serasi dengan si aidah dan dia pun kelakar untuk dilihat......tapi si man ni manyak merapu. manyak lari dari skrip...jadi masa yang diperuntukkan aku takut lari dari yang sebenarnya. dan suara si man ni aku takut orang belakang nanti tak dengar sebab suara dia agak halus. Syazril plak bagi aku dia menjadi diri dia dan agak sukar untuk jadikan diri dia meon. tapi aku tahu dia boleh buat. sebab macammana percayanya aku kat dia masa dia bawa watak ali camtu juga percayanya aku untuk dia bawa watak meon. bagusnya si syazril ni dia ni mudah dibawa berbincang aku tak perlu cakap banyak untuk buat dia bersetuju ngan sesuatu. Cara syazril bawa watak meon bagi aku ialah cam dia bayangkan yang meon ni mamat poyo sebab memang nampak dari gerak tubuhnya membayangkan si meon ni poyo. Si syazril ni walaupun tak sebagus man dari segi mimik muka dan gaya tapi suara dia sangat lantang dan sebutan dia lebih jelas. itu syarat penting untuk jadi pelakon. Dan dia lebih menghafal skrip dan segala ayatnya bergantung kepada skrip yang aku buat. aku perlukan itu sebenarnya dan keputusan sebulat suara dibuat syazril dipilih menjadi meon dan aku rasa keputusan tu tepat.



Yang tu suma sebelum hari kejadian.....semasa hari kejadian pun ada masalah......firstly aku cukup tak pueh ati ngan keadaan audio di audi tuh. tapi aku tak salahkan bebudak sem 3 tu sebab memang bukan salah depa pun dah memang gitu keadaannya nak wat camna kan. Second, aku tak suka keadaan pagar buluh yang bebudak ni buat. Cantik....tapi mengganggu muka bebudak aku....dan menggangu pandangan audiens dan sedikit sebanyak akan merencatkan sketsa aku. aku tak mo biila aku dah usaha bagai nak rak tapi finalnya hampeh. so i wanna the best for my team and myself as well. Aku ajukan aku punya ketidakpuasan hati ni kat fawis tapi hampeh mamat ni dia tak kisah plak pagar tu ada kat situ. Adeh la....mungkin fawis ni tak secerewet aku kot....tapi xpa aku usahakan juga tuk buat bebudak tu alihkan pagar tu time kami berlakon. Giliran kami sepatutnya ialah yang ketiga iaitu selepas sem 3 dan sebelum sem 7 wat persembahan tapi aku mintak si pengarah program....solihin tuk jadikan kami persembahan terakhir so that nanti bila dialih pagar tu tak perlu lah dipasang lain. Lagipun kami buat ni untuk mereka juga nak tak nak budak-budak ni kena beri kerjasama. Heheheh.....(garang tak aku....??)


Dan alhamdulilah.....bebudak ni suma baik baik belaka depa turut sahaja kehendak kami....besa ar otai kan mana leh lawan.....dan bagi aku alhamdulilah ketika persembahan pagar tu berada di tepi dan tak merencatkan persembahan aku. Ha itu satu hal....sebelum persembahan aku, mai, aida ngan tony last minit mekup di luar audi....keh keh keh ada hati gak nak mekup bebudak ni....sampai last minit ar baru bebudak tu bapa kali panggil masuk dalam tapi mekup tak setel lagi. Ni aku punya pasal la....kata nak panggil budak mekupkan sekali dia cas 30 hinggit satu kepala tak ke menganga ko....nak bayar guna hapa ? air liur....?? so kem salam je la..... so akhirnya kami ler yang memekupkan diri sendiri ahahahaha.....

Masa persembahan tengah berjalan tu memacam perkara lucu yang berlaku. Aku contohnya yang tak pernah pakai selendang ngan barang kemas tiba tiba plak terlucut selendang ngan barang kemas tu bila aku ngah memaki si syazril tu....aku buat derk ja.....wat selamber. tak sangka lak orang nak gelak....si syazril plak masa lari kena kejar ngan aku tu kasut dia sebelah terlucut nasib bek la si man perasan dan tolong amikkan. ahahah tapi manyak spoilernya aku ar....aku sendiri sebagai penulis skrip pun lupa skrip aku ahahah.....tapi da sebab aku lupa sebabnya si fawis da potong manyak babak manarik dalam skrip aku. jujurnya kalau dikekalkan babak2 tu aku rasa masih menarik perhatian audiens. kekangan masa bagi aku bukan hal since kita persembahan terakhir.

Babak paling aku suka ialah time si syazril nak sarung cincin kat aidah. time tu aku tak bagi sarung sebab lum sah suami isteri tak leh pegang2 gitu.....ntah camno ntah aku rampas terkuat kot dari tangan si syazril cincin tu melantun kuar dari kotak....dan aku plak selamber ja cakap
"ha....mana cincinnya....??" memang kelakar la....xda dalam skrip tuh. nasib bek la cincin tu tak terbang pi ke vip kat bawah tu...kalau idak saper nak jawab?? keh keh keh.....then babak aku ngan syazril time ending tu....ya allah punya la malu tapi ahahaha redah je la.......aku sentiasa enjoy bila berlakon dan itu memang aku punya kepuasan dan kalau boleh aku nak kawan kawan aku pun rasa apa yang aku rasa....camaner sonoknya berlakon ni. aku mahu terus berkarya dan biarlah sambutan karya aku ni sehebat 'JADI TAK JADI'ni...hahaha aku ada komen tentang sowang-sowang pelakon dan sahabat aku nih....


Aku @ Mak Dara.........Kita mulakan dengan diri sendiri dahulu sebelum mula mengomen orang lain hahaha....diri aku sendiri keseluruhannya aku rasa aku berikan yang terbaik sebab aku bila dah berada di atas pentas aku tak menjadi diri aku sendiri aku jadi watak yang aku bawakkan. sebab tu ada seorang abang yang aku jumpa pas persembahan tu cakap dia cam tak caya aku bleh bawak watak tu sebab dia ingat aku ni jenis pendiam dan pemalu.....ahahah he totally wrong...!! dan as usual walaupun dah 3 minggu persembahan berakhir nama mak dara tu masih melekat kat aku. tak apalah....aku dah biasa.....dan alhamdulilah hubungan aku dan sahabat aku yang lain ini semakin baik dan akrab terutamanya aidah dan mai.....


Aidah @ aida.....dah berikan persembahan dia yang terbaik pada malam tu. dia buat apa sahaja yang aku suruh. menjadi lebih gedik dari biasanya......dan babak dia menyanyi dan menari ngan syazril tuh memang peberet aku. dan si aidah ni......punya bakat tersendiri dalam lakonan. dan aku tahu dia minat berlakon. kalau diizinkan allah tuk hasilkan karya lagi aku akan wat watak yang sesuai dengan karekter dia dan cuba uji keupayaan dia untuk berlakon aku tahu dia boleh. Malam persembahan tu....aida memang memukau. her character as a typical malay girl wearing kain batik and baju kurung tu memang kena dengannya. ada sebab aku pilih aida untuk jadi heroin aku dan bukannya orang lain. ada jer....budak2 pompuan lain yang lagi lawa dari dia tapi aku pilih si aidah sebab suara dia.....aku suka suara dia. klassik and jelas......masa gatal suara dia jadi gatal....masa marah akan jadi marah dan sebagainya.....tapi hari tu mekup dia tak bapa cantik ( kes aku mekup sendiri ar nih....) kalau apis ka yang mekupkan mungkin dia akan lagi meletup hehehe......


Mai @ Mila.........Si cantik ayu mai.......my sweetest ever friend.....she;s very cute and adorable. dia pada mulanya agak malu malu untuk berlakon tapi sebab dia tahu agaknya aku ni terdesak dan adanya si aidah menggalakkan dia tuk join sekali so join la juga si mai nih.....dan kerana dia jugalah aku dapat peganti watak fariz iaitu si ehsan. apa aku nak cakap pasal si mai ni ya.....?? she always work hard for everything. ada usaha sendiri....aku tak soh pun pakai bedak sejuk.....kat muka tapi selamber ja dia tempek bedak sejuk kat muka ari tuh hahahah......caya ar mai and tak keterlaluan aku katakan yang on that day mai turn to mila character ahahah......tapi apa yang aku kesali sampai sekarang.....segala penat lelah mai datang berlatih walaupun sibuk ngan esemen telah diragut aku ngan sekelip mata. ni kes aku lupa skrip aku potong dialog dia.....
hmmm.....kesian mai !! cam tak berbaloi ja usaha dia selama ni sbab kecuaian aku....ampun mai.
tapi apa pun mai tetap berikan yang terbaik.......


Syazril Ashraf @ Meon.........Jap aku nak gelak sat......hahahaha....jambu sungguh muka ko di gambar ini syazril ashraf..... ahahha......apa pun mamat ni penggerak sketsa aku. tanpa dia aku rasa sketsa aku tak sehappening ni.....dan dia pada hari persembahan bebetul lain daripada hari latihan. Aku tahu dia akan jadi lain bila berada di atas pentas kerana itulah syazril ashraf. kalau idak syazril ashraf oooi ko kena jadi watak pondan la.....nasib bek la ko tak kena jadi pondan. hahaha kalau idak tentu demam ko seminggu....luarbiasa tuh !! Sepanjang latihan.....dia sentiasa beri komitmen sepenuhnya dan aku memang respect dia sebab itu.....(walaupun umah dia jauh dari KUO you....!!) meon di tangan syazril bagi aku poyo, innocent, blur. tiga perkataan ja leh ungkapkan dia.....sepatutnya watak meon tu ialah seorang lelaki romantik. tapi sebab mamat ni punya la keras nak mampos tuk jadi laki romantik aku terpaksa tukar jadi kutu rayau. tapi apapun.....kalau dilihat spanjang sketsa ni...persembahan dia paling kosisten. babak syazril yang aku paling kelakar ialah bila dia sebut RPH tu....ngan masa dia ngan aku bersayang sayang tu.....hahahah.......


Ehsan @ Pak Hamid..........apa aku nak cakap pasal ehsan. komen memanyak nanti si cantik baju merah ngamuk hahaha.....tapi dalam memanyak pelakon aku yang paling mengejutkan aku bukannya si syazril, man, aidah atau mai tapi si ehsan ni. Rupanya simpan taring untuk hari persembahan sebenar. Bila aku tengok balik tak sangka plak si ehsan ni bleh bawak bawak watak Pak Hamid tu dengan jayanya......dan pak hamid di tangan ehsan ni lebih dari apa yang aku bayang ahahah......sebab aku tak harapkan pun pak hamid segatal itu dan segagah itu tapi ehsan bawakan pak hamid dengan sangat baik dan kreatif. syabas mere bete......!!


Fawiz@Pengarah..........mamat berspek di atas ialah encik fawis. komited dalam menjayakan sketsa ni walauupun aku tahu dia sangat sibuk dengan pelbagai urusan tapi dia luangkan juga masa untuk sketsa kami ni. Terima kasih manyak......!! Aku tak ada masalah ngan fawiz sebab dia bekerja sama cam aku bekerja dan aku hormatkan dia sebagai seorang ketua. cuma pada hari persembahan la aku kecewa skit skrip aku dipotong hingga mengelirukan diri aku sendiri tapi aku lansung tak salahkan Fawiz kerana aku tahu ini bukan kehendak dia. Ada bagusnya skrip aku dipotong sebabnya xdala terlalu meleret. Well....kalau ada rezeki lagi aku nak bekerja ngan si Fawiz ni lagi....insyaallah



Moja @ Jamal........hahaha he's so cute......sesapa ja ada sebelah dia akan cakap dia sangat cute and adorable sebabnya dia tak akan cakap bebenda yang akan sakitkan ati orang. Dan dia ialah ketua semester aku kali ni menggantikan si Ehsan. Si moja ni jenis menurut jer apa yang aku cakap. Mungkin kalau aku tak sebut nama dia pada hari meeting tu dia mungkin tak minat nak join lakonan ni sebab dia ni pemalu orangnya. Dan his biggest asset is his golden voice. i really love it. 2 kali aku bekerja dengan dia and mmang suara dia yang aku nak dengar sangat....sedap. Watak jamal yang diberikan kat moja ni pun ialah watak yang setenang diri dia.....tak kalut di saat orang lain semua kalut dengan kekecohan yang melanda. memang orang pertama aku terbayangkan untuk bawak watak si jamal ni ialah moja.....hehehe dan babak paling aku suka ofcourse la masa part last masa dia ngan tony tuh.....masa latihan berapa kali tak jadi sebab dia malu ngan tony.....tapi bleh jer dia buat pada hari persembahan hahahah


Man @ man.....my new friend from tesl course....tapi idak ler new sebab aku da kenal sejak sem 1 cuma baru nak berkenal kenalan. mamat ni satu negeri ngan aku. tapi dia plak bantai tak tahu yang aku ni budak perlis sebabnya aku tak bercakap perlis.....hahaha bukan apa. watak mak dara ni kan orang perak jadi aku nak biasakan diri cakap perak. ate.....teman pun bercakap la peghok....jangan mara ar encik man....hahahah. tak sangka plak aku mamat ni amik minor teater. well thats good for him. aku tahu dia boleh buat ngan baiknya sebab bakat dia da ada di situ. Watak man di tangan dia memang aku berikan kebebasan untuk bawakan mengikut selera dia sendiri. jika dilihat balik man ditangan dia ialah ala ala sarip dol tapi tak berduit gitu....baju kemain stylo tapi nek beskal....ala ala biar papa asal bergaya ahahaha......well aku memang tahu man boleh berlakon. sebab tu aku jadikan dia penyeri sketsa aku....dan dia ngan syazril berhubung dengan baik sekali......ada connection di antara watak meon dan man walaupun kami dari kos berbeza.....


Tony @ Salleh.......aku pilih tony untuk bawa watak salleh bukannya untuk menghina dia atau nak perli kelembutan diri dia tapi aku tahu tony tak akan hampakan aku. aku tahu dia boleh bawa. pada mulanya tony dan man ni agak malu-malu ngan team aku.....yela bukan dari kos yang sama kan. tapi lama kelamaan kami da jadi cam satu keluarga da. amazingly.....watak si salleh yang dibawa tony ni mendapat sambutan hangat plak.....dan dia buat lebih dari apa yang aku minta. I like that !! Everyone love Sally....!! hahaha.......apa yang aku nak pujinya si tony ni ialah dia mendengar apa saja pendapat aku. bila aku soh buang dia buang bila aku soh tambah dia tambah.....and yang paling penting masa berlakon dia tak bawa diri dia sahaja tapi dia perasan juga sekeliling dia tu ada orang dan berkomunikasi ngan aida dan aku. Thats a credit for him.

So inilah.....keluarga JADI TAK JADI aku......persembahan yang berlaku menjadi bualan setiap orang.....aku tahu persembahan kami yang terbaik pada malam itu....walaupun bunyinya agak sombong tapi kalau tak ada persembahan kami malam tu mungkin malam integrasi tu tak ceria hehehe.......but i really love all the character suma ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. dan aku.......aku da siapkan skrip untuk Festival Teater Upsi Sem depan. kalau betul boleh masuk under fakulti.....aku nak ajak sahabat-sahabat aku ni join sekali. dan jika ada rezeki menang kita sama sama pergi jenjalan ngan duit tu........but for now sketsa JADI TAK JADI ni ialah kenangan paling indah aku untuk sem ini.......

FESTKUM 2010 (A Great Memories)



 Da lebih seminggu FESTKUM melabuhkan tirai dan aku baru terbuka hati nak tulis pas nih ahahah baru datang itu mood da....walaupun boria universiti aku UPSI tak menang apa apa (yang bagi aku suma tu satu penipuan dan perancangan besar oleh pihak penganjur) aku sangat berseronok di negeri kelahiran aku PERLIS INDERA KAYANGAN. FESTKUM kali ni ialah penyertaan pertama aku dan dibuat di negeri asal aku perlis. Banyak dugaan sebenarnya sepanjang festival ini. Tapi ada aku kesah? ahahah yang hado....!! Sebelum dan selepas FESTKUM ni pun manyak dugaan yang aku terima. Dengan aku beberapa kali kena tukar pelakonnya, dengan berapa kali kena tukar skripnya....dengan aku duduk umah sensorangnya....dengan mak dan adik adik aku kena mai dari jauh temankan aku kat rumahnya.....dengan dipandang rendah oleh yang lain-lainnya tapi tu tak melemahkan semangat aku, vivek dan abang azri. Yang penting bila dah sampai perlis aku cuma nak buat yang terbaik.





Banyak diantara bebudak UPSI yang join FESTKUM ni xnah sampai perlis jadi secara tak lansungnya aku melantik diriku sebagai tourist guard ahahaha.....tapi nak dijadikan citer nasib malang bebudak nih kami telah mendapat seekor( aku menggunakan seekor kerana perangai dia tak macam orang) pakcik bas yang sangat sangat sangat hampeh. Dia bleh bagi alasan dia tak nak bawa kami jalan2 di luar perlis. Suma kena ikut mood dia ja.....dah tu siap warning lagi dia xkan bawak gii tgk memember event lain kat uitm n uum plak sbab katanya buang masa. Amboi banyak cantik muka ko (yang dah memang huduh tu) Mungkin ada yang mengadu kot kat pengurusan pakcik tu telah bertukar menjadi baiknya tapi idak ler baik sangat hahahaha......
Dan aku alhamdulilah festival dibuat di negeri aku perlis jadi aku bleh la gak bawa kawan kawan aku ni jenjalan sekitar perlis, walaupun aku tahu ada yang kecik ati dengan tindakan aku ni. tapi nak buat camna. aku cuma ada keta kalau aku ada lori kompom aku akan bawak semua.


Gambar diatas ialah ketika sedang menikmati seafood di kuala perlis, abang azri, adik aku (baju kuning) dan ijie. G ni aku tak kenal pun sebelum ni. tapi sebab dia selalu usik aku masa latihan kat panggung budaya so jadi kenal. lagipun dia banyak beri tunjuk ajar untuk team sketsa aku dan dah jadi cam terhutang budi plak aku dengan dia. so aku bawak la mereka ni tuk melantak seafood di kuala perlis.....alhamdulilah sedap plak melantak malam tuh. nasib bek sedap ehehee....!! tatkala sahabat-sahabat kat kolej unimap menikmati makan malam yang tak sedap malam tu aku, abang azri, vivek, ijie dan zakwan makan dengan sangat mewah. Kesian plak aku dengar bila diorang cerita pakcik tu bawak diorang makan kat tempat yang tak sedap lagi mahal....jadi kegembiraan aku malam tu aku tak cerita kat sesapa pun. Just diorang tahu aku keluar makan di kuala perlis saja.


Yang atas ni ialah hari kemuncak.....ari persembahan....camno? vogue tak cek? ada ala-ala angelina jolie tak? ahahaha....!! aku cuma buat yang terbaik pada hari tu.....Paling aku bersyukur mak ayah tok dan adik adik aku datang memberi sokongan kepada aku dan team2 aku yang lain.....love you all !! ini memberikan aku lebih semangat untuk membuat yang terbaik. Peliknya bila aku dah terbiasa kat pentas perasaan takut dan gementar yang sebelum ni ada dah hilang dan aku mampu jadi seperti apa yang watak aku nak dan alhamdulilah persembahan kami mendapat pujian ramai. termasuk pasukan boria yang bagi aku sangat menggugat universit2 besar yang lain. ramai peserta dari universiti lain datang jumpa ngan aku cakap yang UPSI punya boria best. even LO kami pun si Dini ngan Niza cakap yang diorang turut kembang bila LO2 yang lain puji team UPSI. Tapi puji bagai nak rak pun kalau ada konspirasi sampai kiamat pun tak menang. Bagi aku sangat tak adil bila pasukan yang menang (biarlah aku rahsiakan universiti mana) membuat persembahan yang sangat biasa, lagu yang tak sedap, dan tarian normal dinobatkan sbagai juara. Bagi aku PASUKAN BORIA UPSI tetap yang paling best !!



Puisi Satu Malaysia........yang hadoooo.....!!


Assalamualaikum......arini da 6 november tapi aku baru nak crita pasai benda nih. Pedulik hapa kan.....ni kan blog haku....so ikut suka aku la kan. Anyway i will write kalau aku ada mood kalo xda mood kerja aku membuta n layan drama jepun or filem industan ja....anyway ada la menda skit nak kabor pasai event membuat Malaysia book of rekod nih. Benda ni berjalan pada 22-24 oktober lepas kat Perpustakaan Negara Malaysia. Kira kerjasama bersama la PNM dengan UPSI nih. Jadi ari jumaat tu aku ngan geng-geng yang lain berangkat la ke PNM untuk membaca puisi melayu 36 jam tanpa henti......Memula tu agak excited sebab aku ni jenis suka gak bebenda sastera nih......tapi bila dengar jer taklimat dari si Rahimah rupanya tak berhenti menda nih dan xleh nak tido ngan aman rupanya jadi meragut juga la keseronokan aku tuh. Kami kena berkampung kat PNM nih dan diberikan tempat tido kat bilik mesyuarat la kot. Biliknya ok la ada ekon......tapi bilik air kena share. Ekonnya subhanaallah.....sejuk yang amat !! aku yang suka sejuk ni pun kalah dibuatnya ngan ekon tuh.....skit lagi gamaknya beku kot aku nih.


Memacam la benda jadi kat PNM waktu tuh....banyak pengalaman menarik yang aku lalui. Aku ni sebenarnya peserta biasa ja xdala ada jawatan apa pun dalam AJK pelaksana nih. Tapi tetiber lak arituh aku kena jadi AJK protokol sebagai penyambut tetamu. Ni kes tak cukup penyambut tetamu sebab ada yang akan datang pada ari sabtu. So aku lak jenis ok ja....go on ja. Lagipun dalam otak aku apa susah. Nak sambut tetamu ja.......tapi hampeh rupanya susah gak nak jadi penyambut tetamu nih. Kawan aku si aidah (gambo di atas) sebagai ketua ajk nih da berpeluh peluh da dibuatnya....tu dia yang badan kecik nih....kalo aku camno la agaknya.....nak tergolek la jawabnya......malam tu aku kena sambut vip iaitu dekan fakulti aku Dr. Azmi. Tunggu punyalah tunggu......tak juga muncul-muncul. Sakit gak ar kaki berdiri menanti kehadiran dia. Tapi ok lah aku enjoy sebab leh sambut dan bersua muka ngan beberapa tokoh sastera terkenal cam Ahmad sarju, lim swee tim.......dan ada gak pengalaman yang hampeh.

Untuk event nih.....ada la juga dijemput artis-artis tuk memeriahkan majlis ni....antaranya sathiya, angeline tan, sabri yunus, hairie kool, ngan yusri. Paling best sabri yunus ar ngan sajak tukang dia tuh.....sampai sekarang aku teringat lagi cara dia baca sajak tuh....memang menarik perhatian. Dan yang paling tak best ialah bila aku kena melayan karenah PA si hairie kool ngan si yusri tuh. Subhanaalllah kemain demand......nak duduk kat ekon....tak mo duduk tempat penonton, minta diberi air mineral lagi. Pastu nak goodie bag plak.....adeh la mana la aku nak cekau. Goodie bag tuh untuk pembaca sajak ja.....kalo tak baca sajak mana leh dapat. Yang si hairie ngan yusri tu ok ja rileks ja tak adala mengada-ngada sangat pun.....si PA lak yang kemain demand. Hahaha tapi tu suma pengalaman tuh......!! tapi for sure kompom aku tak leh jadi pengurus artis keh keh keh......!!


Kira menariknya benda ni ialah berlansungnya tanpa henti.....kalo ada yang tercekik ka tersedak ke nak terbersin ka time tuh ada la tukang beckupnya.......si moderator. bagi aku good idea la menda nih. yela bukan semua ada nafas yang panjang yang nak kena baca menda tuh berterusan. Dan waktu tu juga memacam jenis cara baca aku dengar......ada yang nak wat aku tergelak pun ada, yang baca ngan penuh perasaan pun ada, yang baca tapi cam wat konsert pun ada......hahaha memacam. tapi yang respect satu ler....kebanyakan masyarakat kuala lumpur yang datang ke PNM nih terutamanya mak bapak banyak yang menggalakkan anak diorang tuk beranikan diri naik ke pentas untuk baca sajak. Bagi aku bagus sebab pendedahan awal tuk build konpiden dan serapkan elemen sastera nih.


Hamba allah kat atas tu ngah tabah menunggu giliran bila agaknya nak leh baca puisi since kumpulan aku ialah kumpulan yang ke 21. pergerakan tu agak lambat sebab sorang kena baca 6-7 muka surat yang terdiri daripada pelbagai jenis puisi. tapi nasib aku agak baik sebab kumpulan aku terdiri daripada hamba-hamba allah yang meletup dan memang aku tahu bleh berpuisi......antaranya aku sendiri, fariz, datuk liza, pei, suliza dan rahimi. walaupun menda ni bukan pertandingan tapi bagi aku diorang boleh berikan yang terbaik. tapi ya allah......seksanya menunggu giliran ni tuhan jer yang tahu. kemain lembab.....sebabnya di dahulukan kat orang awam ngan tetamu yang datang dulu. sabar je la labu.........Tapi apapun nak puji gak ar makanan yang disediakan memang sedap hahahaha tambah2 lagi hari last tuh.....memang aku bedal sebedal-bedalnya la.....bukan selalu nak bleh ngap camtu. kengkawan aku kebanyakannya dah lembik menunggu giliran sebab ye la....katakan skarang da kumpulan 14 dan diorang kumpulan 16 kalau nak dikira jarak nombor tu tak jauh la kan.....tapi sebab kemain lama nak membacanya bezanya sampai 2-4 jam. jenuh gak ar melangut menunggu giliran. ada juga yang curi-curi naik atas untuk tido. tapi bagi aku tak adillah kalau diorang tido sedangkan para ajk yang bekerja 24 jam untuk jalankan program ni bersekang mata.


Ada la jugak seorang hamba allah ni yang tak perlu aku sebutkan nama.......kemain tido sedangkan di saat tu semua orang di arahkan untuk turun ke bawah beri sokongan kepada rakan yang lain. yang menurut arahan tu ok la gi turun tapi yang "telinga gajah" nih wat derk je la......dan paling hampeh skali bila aku naik balik tuk semayang maghrib dia masih terbongkang tido, alasannya dia kena baca puisi pukul 4 pagi semalam ( alasan yang bagi aku tak munasabah since bukan dia sorang yang kena baca time tuh) aku memang benci gila orang gitu. dan hamba allah ni aku tak pernah nampak pun dia kat khemah penonton tuh.....mana pi pun tak tahu la. Dan ada juga la salah sorang ajk ni yang juga budak kos aku.....dia ni seorang yang tegas. semua orang kenal dia ngan sifat tegas dia tuh. tegas itu bagus bagi aku tapi biarlah bertempat dan kena caranya. Aku memang hormat dia sebab mampu buatkan orang mendengar dan terdiam apabila dia bercakap tapi bagi aku tak perlulah bercakap dengan kasar, terjerit-jerit dan menengking sebab kita semua ni bukan budak kecik lagi. so just enough kalo cakap then nak tak nak korang buat la....sora pun tak abis tekak pun tak sakit....dan ati orang pun tak sakit. aku pernah tanya cara ngan elok ngan hamba allah ni boleh tak kalau aku nak percepatkan giliran sebab aku dah sakit kepala time tuh tapi dengan kasar dia jawab......kalau leh pilih giliran da lama dah dia nak amik giliran nombor satu.....so camnapun ikut ajelah apa yang orang da bagi. dan buat aku nak jadi incridible hulk malam tu.....ialah waktu asal yang dijadualkan aku untuk baca sajak ialah pukul 4petang tapi leh plak terlajak pi pukul 4 pagi.


aku kena giliran untuk membaca puisi pada pukul 4 pagi ( satu benda yang tak pernah dibuat orang) dan yang menyakitkan ati aku.....aku da praktis lama da camno nak baca sajak, dan gurindam yang aku dapat nih....tapi time kumpulan akulah (ish....pasai apa baru time kumpulan aku nih) depa tak bagi baca sajak da.....depa amik balik semua sajak dan soh baca pantun ja....sebabnya sajak da banyak da orang baca....sekarang ni kekurangan pantun plak. skit lagi ja rambut aku memang nak berapi (jadi cam rambut son goku) memang totally changed my mood at all. aku yang mulanya excited nak baca da jadi xda semangat lansung da. so dalam kepala hotak aku pkir meh la aku nak wat kerja gila. lagipun pukul 4 pagi nih sapa ada sangat....kecuali abang kamera 2-3 orang....para ajk......ngan adala bebudak yang dok tunggu giliran dua tiga orang. Otak aku time tuh da tak betul da....dalam otak aku pikir yang aku nak wat kelainan. aku tak nak bacaan pantun aku sama cam orang lain.....xkreatif dan xda pembaharuan. So saat aku da naik pentas tu bebudak yang kenal aku kemain tepuk dah (hampeh tul.....) aku dapat dalam 25 rangkap pantun so aku pkir setiap 3 rangkap pantun tuh aku baca mengikut emosi yang berbeza. xnah dibuat orang lagi....!! untuk 3 rangkap pertama aku baca ngan nada gembira, kemudian aku tukar jadi nada marah, then nada sedih, nada takut, nada sengau, nada menggoda, pastu aku baca ngan berlagu.....lagu p ramlee gitu lagu malam bulan di pagar bintang, pastu lagu enjit enjit semut, lagu sesungguhnya raihan......

yang lawaknya.......malam tu moderator aku malam tuh si azhan pun mengikut mood aku malam tuh....bila aku baca marah dia pun jadi marah sama hahahaha......kelakar la plak. tak sangka dia pun nak tersampuk ngan aku. time tu aku perasan yang semua orang terhenti kerja mereka dan beri tumpuan pada bacaan aku. baguslah daripada aku baca dan orang wat bodoh ja atleast tahu la gak ada orang atas pentas ni......pas abis baca si azhan ngan si fadzil kemain cakap aku punya bacaan pantun best....tak pernah dibuat orang. alhamdulilah ni semua idea spontan aku disaat aku ngah frust sebab xleh baca sajak. si aidah kemain sakat aku cakap aku cam penyanyi rock sebab aku sorang ja yang pegang mikrophone tu cam nak makan dia ahahah hampeh ko aidah (sila lihat gambar di atas ya dan adakah saya seperti penyanyi rock muslimah hhahaha......)

satu pengalaman yang mungkin aku tak leh lupa seumur hidup ialah apabila pentas kami hampir terbalik ditiup angin. Nak dijadikan cerita time tuh sahabat aku si mai punya turn ngah baca puisi.....hampehnya puisi yang dia baca tu ialah sajak yang aku buat. mula-mula mikrophone dia tak berfungsi sebab short circuit la kot.....tapi mai teruskan juga pembacaan. aku da tak sedap ati dah....sebab kanopi pentas tu dah bergoyang....aku bimbangkan mai ja takut kipas kat atas tu jatuh kena dia ka....kita tak tahu apa yang akan jadi.......tapi hebatnya si mai ni mukaa dia seposen ja.....dia teruskan juga baca wat cam tak ada apa yang jadi....hujan ka ribut ka dia tetap kat atas pentas tu walaupun dia tak tahu orang kat depan ni tak dengar pun apa yang dia baca. suddenly angin kuat.....hampir terbalik juga la pentas tu......bertempiaran lari orang yang ada kat atas tu......nak diikutkan si mai nak baca lagi tapi datuk rosli (pensyarah aku) dah arahkan tuk semua orang turun. para ajk semua dah menuju ke depan....semua pakat pegang khemah tu.

pembacaaan sajak masih diteruskan......aku tengok datuk rosli sendiri, duan, sham, hafiz mat nor, ekin, dayah, badri, zamri suma tu da basah kuyup da pegang menda tuh....time tuh aku nak nangis pun ada sebab ingat abisla usaha kawan-kawan aku nih.....sebab yela kalo pentas dah runtuh tak ke malu dan merencatkan sikit perjalanan program....tapi alhamdulilah masih juga berjalan dengan lancar. masa tu memang nampak sangat yang memang ada kerjasama dari semua orang untuk lancarkan program nih.....dan tak semua orang dapat peluang cam aku untuk lihat kegigihan para ajk sejuta puisi satu malaysia nih......aku memang tabik spring ngan korang ler.....!! harap korang pun dapat A untuk kos kita nih sebab korang yang paling banyak bersusah payah......


Perhatian.....!! gamba di atas bukanlah sebarang ritual pemujaan ataupun tengah berdikir barat tapi gambar di atas ialah aku tengah bernazam......muahahaha......bernazam? tak pernah terpikir dalam kepala hotak aku untuk bernazam sebab aku selama ini tak tahu pun camno nak bernazam. dan aku pun last minit ja diserap masuk ke dalam kumpulan nih. so aku ok ja on jer.....idak ler susah sangat nazam ni cam marhaban ngan nasyid la juga skit skit. tapi ok ler atleast aku dapat pengalaman baru n now i know how to recite nazam hahahaha.......nanti anak murid tanya camno nak baca nazam cikgu ha leh ler aku ngeksen depan diorang keh keh keh. so inilah hasilnya......alhamdulilah berjaya gak UPSI menempatkan nama dalam MALAYSIA BOOK OF RECORD as bacaan puisi terbanyak dan berterusan sebanyaak 36 jam dan beberapa minit n saat yang aku tak hingat hhuhuhu.....aku yang tak banyak sumbangan ni pun rasa seronok sangat leh membantu camna la agaknya mereka yang bersusah payah nih musti kepuasan yang dirasakan. walaupun jujurnya aku tak tahu sangat pun apa motif program ni dibuat dan kenapa harus dipecahkan rekod tuh.....sedangkan bleh ja dibuat di upsi dan dibaca bebiasa ja. aku pun tak pasti samada program ini dibuat untuk mencipta nama atau betul untuk memartabatkan sastera dalam masyarakat. tapi apa pun menda ni da berlalu and its a succes !! tapi yang menghangatkan hati sesetengaah pihak ialah apabila ada pihak2 yang tak peka yang menulis pakai kepala lutut menghentam kami secara diam. Adalah seorang blogger ni katanya dia ni salah seorang orang kuat PKR, dia hentam program kami ni dalam blogger dia.....guna ayat yang tak sepatutnya digunakan oleh orang berpelajaran cam dia cam p****t, b**i, pepikir sendiri la......orang yang berpelajaran cam dia sepatutnya lebih tahu camna susahnya usaha pelajar cam kami ni tapi tidak dia hentam kami kononnya ada bersifat politik......kononnya pelajar sekarng hanya tahu nak cipta rekod ja tapi pelajaran ntah kemana.....satu kenyataan yang sangat bodoh bagi aku......dia tak tahu ka yang benda ni dibuat sebenarnya untuk menuntut kami memenuhi jam kredit kami....kewajipan untuk semua yang ambil kursus ini....kalau bebenda gini dijalankan oleh kerajaan pusat atau pkr ke xkan ramai la yang nak join menda ni secara terangan. boleh bilang ja berapa orang yang berminat.......so bagi yang tahu menghentam tapi tidak tahu membangun lebih baik pandang kedepan dan kebelakang anda dulu sebab anda pun dulu cam kami dan anak anda kelak pun akan jadi cam kami.......
 

Blog Template by YummyLolly.com