Saturday, March 30, 2013

Welcome To Heng Ee.......Welcome To Penang


Pergh.....lama kot aku tak update blog nih. Macam-macam actually yang aku buat sepanjang tak update blog tuh. Tapi yang paling drastik skali ialah ni ar......menjadi guru intrim kat penang dan terlibat dengan interview. Sebenarnya aku dari dulu lagi memang suka penang. Suka pasai apa? Ntah tak tahu la plak. Nak kata aku suka pi penang tak juga. Last aku pi penang ntah berapa tahun yang lepas ntah. Aku sendiri pun da tak ingat. Maybe aku suka, sebab makanan dia sedap-sedap kot. Dan alhamdulilah, ada rezeki aku untuk jadi guru intrim di Pulau Mutiara ni. Yang jadi guru intrim ni pun satu hal......awat la pi buat menda-menda ni dalam masa yang singkat. Buat nyusahkan orang ja. Banyak gila kot orang ngadu panggilan guru intrim ni mengejut sangat. Yang nak kahwin kena tunda kahwin, yang nak beranak kena teruskan berpantang yang nak pi interview lagi la memacam kisah ada semuanya kena dikorbankan demi jadi guru intrim ni ha. Penempatan tetap belum tentu lagi tuh. Ntah 50-50 peluang pun tak tentu lagi.......


Aku tahu dapat intrim dua hari sebelum kena lapor diri kat Jabatan Pendidikan Penang. Gila kalut dibuatnya......memang dalam ati aku tak mau pi dah. Buat apa nak penatkan diri kan.......tapi sebab mak ayah aku yang bagi semangat aku gagahkan diri juga la pi lapor diri. Kebanyakan student yang dok belah utara ditempatkan di Penang. Tapi ada juga pelajar dari Kelantan dan Terengganu yang terlepas pi ke penang ni. Saat aku membuka envelope surat yang menyatakan di sekolah mana aku ditempatkan, terbonjol biji mata aku apabila membaca kat situ tertulis Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee. Dalam ati aku cakap dah.....mampos aku nak kena ajar anak-anak cina ni cakap Melayu. Susah hati gila time tuh.......tapi at the moment aku tenangkan diri dan bagitahu diri aku yang anak-anak cina ni lebih senang di ajar berbanding anak-anak Melayu. Pastu bleh plak time tu Pengarah JPP Penang ni pi tanya sapa yang dapat SMJK Heng Ee. Dia suruh bersedia dengan persekitaran baru dan puji sekolah tu atas kecemerlangan sahsiah. Adalah beberapa sekolah top yang dia sebut kat penang dan Heng Ee adalah salah satunya. Alhamdulilah, aku sama sekolah dengan Anis Artiqah, kawan aku time sekolah dulu. Adalah juga kawan untuk dibuat peneman kat negeri orang nih. 


Nak cari rumah satu hal lagi. Da la sebarang kenalan, adik beradik pun tak ada kat penang ni. Terkontang-kanting aku nak mencari rumah kat sini. Nak cari plak dalam masa yang singkat. Isnin da kena start mengajar. Tempat tinggal entah kemana-mana lagi. Contact orang tu, contact orang ni cari rumah yang kalau bleh terdekat dengan sekolah. Akhirnya, aku came across satu iklan kat mudah.com. Ada satu condo yang fully furnished nak disewakan. Harga tak sah cakap la memang la mahal skit. Tapi ok la semua ada kot. Yang paling penting washing-machine tuh.....bukannya aku ni rajin sangat nak membasuh kain nih, so washing machine barangan yang wajib ada. Kondo ni kira ok la. Dekat dengan sekolah, security pun ok, keadaan rumah pun bersih dan kemas fasiliti pun banyak. Sesuai la nak dok anak beranak kat sini. Untuk aku, aku berpuas hati dengan keadaan kondo nih. Aku pejamkan mata sewa juga kondo ni dengan duit deposit mak dan ayah aku tanggung (thanks mak, thanks ayah) Pastu mulalah proses aku mencari para penyewa lain. Dok ramai-ramai kurang lah sikit bebanan sewa tu ye tak. Akhirnya, dapatlah aku 4 rakan lain yang mahu serumah dengan aku untuk berkongsi segala masalah dan suka duka iaitu anis, kak mi, kak lini dan ipah. Alhamdulilah setakat sekarang kami berlima serasi bersama. Gituuuuuuu.........


At the first moment aku melangkah masuk ke Heng Ee, aku quite impress dengan wajah sekolahnya yang kompom berbeza dengan sekolah-sekolah yang lain. "Giler hebat sekolah ni......manyak duit plak buat skolah bebesar camni " aku cakap camtu kat mak aku. Persekitaran sekolah actually tak la luas sangat cuma yang nampak dia gah adalah struktur bangunannya. Time tu kemain lagi aku berangan yang aku ni cam dok ngajar kat sekolah Jepun. Terberangan la aku kejap nak jadi cam Yankumi citer Gokusen jepun nuh. Ada diantara kawan-kawan aku yang mengatakan sekolah ni kelihatan seperti balai polis. Kalau tak memandang sign-boardnya sapa pun tak tau yang itu ialah sebuah sekolah. Bila dipikirkan balik betul juga hahaha.








Sunday, January 20, 2013

Fenomena Listen......listen......listen......listen


Before aku buat pandangan aku sendiri.....bagi yang tak pernah nengok video nih diharap nengok dulu dan buat pandangan korang sendiri sebelum aku berkongsi pendapat aku dengan semua. 

Ok? Dah tengok da? Kalau da tengok tak per......bleh ar aku ngumpat dengan sebahagia mungkin muahahahha........First of all, i give my full applause to miss bavani kerana keberanian dia menyuarakan pendapat yang bagi aku ialah suara sebenar mahasiswa di Malaysia. Second, it's a big 'BOOOOOO.........' for Sharifah Zohra Jabeen for her arrogant attitude. Minta maaf aku bukan student UUM dan aku tak ada pun dalam dewan tu pada masa tu. Aku hanya sebahagian daripada rakyat biasa yang mahu diberikan keadilan yang sewajarnya. Personally, aku rasa suma student UUM yang ada kat dalam dewan tu time tu pun deserve a big 'BOOOOOO.........' as well !! Kenapa? Kerana tidak sama-sama bangkit untuk bersuara atas nama mahasiswa. Terlebih dulu aku nak mintak maap dulu la kalau apa yang aku bakal komen nih menjadikan pelajar-pelajar UUM malu ke, rasa terhina ke hapa. Ok, back to the topic. Aku actually tak tau pun wujudnya video sebegini kat youtube. Suddenly satu hari, adik aku la plak soh aku buka you tube dan nengok video ni. Dia cakap video ni ngah hot sekarang. Aku sebenarnya malas nak nengok sebab takut jadi cam video budak yang dapat mc 5 hari sebab sakit mata tu..... ala yang buat muka cam siput sedut tu la. Takut cam tak berbaloi nak nengok..... Camnapun, aku tetap ler cari entry pasal menda alah ni. 

At first aku mengagak video ini just like other video yang memaparkan mahasiswa untuk bangkit bersuara, but actually im totally wrong. Dia bukan sahaja tak dibenarkan untuk menyuarakan lagi pendapat malah dihina dan diberikan status yang lebih rendah. Honestly, kalau aku kat tempat Bavani mau jer aku lempang muka minah tu. Kira Bavani ni ada kesabaran yang tinggi juga la. Dia cakap benda yang betul bersertakan fakta yang sahih. Bagi aku, orang yang tak takut untuk menyuarakan pendapat adalah someone with a big spirit and determination. Congrats to her. And for that arrogant woman. I assume that she is a lawyer from the way she speak and move. Maybe im wrong sebab aku tak ada masa nak cari latar belakang dia hahaha. Apa yang aku tau dia ni adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang aku tak tau apakebenda kah itu dan apa yang mereka perjuangkan sangat !!. Berdasarkan video tu, i think she;s the one with the rude attitude. You're an adult but you dont behave like one. Shame on you....!! 

Personally, aku rasa dia tak dapat berdepan dengan persoalan yang diutarakan bavani. Bavani came with fakta yang betul dan mahu penjelasan yang sahih from someone like her. Aku rasa tak salah kalau seorang mahasiswa mahukan penjelasan mengapa negara kita tak boleh berikan pendidikan percuma sedangkan negara-negara yang lebih teruk daripada Malaysia mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. So, as conclusion she just mess around, creating weird atmosphere and point out Bavani as a rude student. Yang hampehnya, student-student dalam dewan tu bleh plak menyokong si Sharifah ni plak. Adeh la......

'Lari daripada bayang-bayang sendiri' thats the right peribahasa untuk si Sharifah ni. And why is that? Jelas terbentang kot dia memang cuba untuk lari daripada menjawab soalan sebenar si Bavani tuh. She;s pointing more to animal's right than human right. What's the hell is that? Ko kerja kat zoo ka dulu? Mementingkan hak haiwan berbanding manusia lagi? Berkerut-kerut dahi aku nengok hujah tak masuk akal dia. Paling aku tak bleh terima apabila dia memandingkan diri dia dengan Bavani. She;s someone with degree holder and Bavani just a student. And she also mention that Bavani got less education because of her "rudeness" (bagi dia la) Kalau aku la, mau jer kasut saiz 7 aku ni masuk dalam mulut dia time tuh. Sesenang jer cakap camtu. Tak pikir lansung apa perasaan dia,apa perasaan keluarga dia apabila dikatakan begitu. 

Apa yang aku nampak disini, ialah 3 perkara sebenarnya. Penindasan, ketidak-adilan dan perkotak-katik pihak tertentu. Aku yakin lot of mahiswa yang mahu bersuara seperti Bavani. Tapi berapa ramai yang berani? Di universiti-universiti terlalu banyak forum dan ceramah yang seperti mahu membasuh pikiran dan tanggapan pelajar. Tapi aku percaya, pelajar sekarang tak bodoh. Ramai yang boleh menilai yang mana betul dan yang mana salah. From this video, aku rasa Sharifah own Bavani an apology. Kalau ada badan-badan yang benar-benar menyuarakan hak mahasiswa, please bela kes seperti Bavani ni dengan sebaiknya. Jangan biarkan anak bangsa kita yang lain diperbodohkan dengan mudah. Kebenaran selalunya akan datang sedikit lambat. For now, lets watch 'their' big drama first muaahahhahaha.......

Monday, January 14, 2013

Money Isn't Everything




Money Isn't Everything


It can buy you a bed but not sleep
It can buy you a clock but not time
It can buy you a book but not knowledge
It can buy you a position but not respect
It can buy you medicine but not health
It can buy you blood or organ but not life
It can buy you sex but not love



so friend, you see....money isn't everything and it often causes pain and suffering. I tell u this because i am your friend and i want to take away your pain and suffering....
so send me all your money and let me suffer for you.....:P

Sunday, November 18, 2012

Meteor Garden Vs Hana Yori Dango Vs Boys Over Flower Vs Big Bang



Cey.....kalau tengok tajuk macam gempak jer ada versus-versus gitu. Tapi idak ler gempak mana pun. Aku pun bukannya rajin sangat pun nak buat komentar antara drama-drama nih. Meteor Garden, Hana Yori Dango and Boys Over Flower suma orang tau drama ni diangkat daripada komik jepun dan dijadikan drama yang meletup-letup kat ketiga-tiga negara tuh iaitu taiwan, jepun and korea. Setiap drama tu baik MG, HYD dan BOF kelebihan dan kekurangannya sendiri. Tapi, apa kena mengena ngan Big Bang plak? Kena mengenanya ialah.....Big Bang ada buat parody drama ni. Tapi, diorang buat parody Hana Yori Dango bukannya Boys Over Flower. Time tu drama BOF blum kuar lagi kat tv rasanya. Nak terputus gak la urat kentut aku nengok 5 ekor makhluk tu berlakon. Actually banyak gak drama yang Big Bang buat parody dan sumanya aku suka dan enjoy. But, yang paling aku suka ialah parody Hana Yori Dango ni ler...... Oleh itu, dengan kuasa kuda-kuda yang aku dapat daripada membedal vitagen sebanyak 3 botol, aku merajinkan diri untuk membuat perbandingan 4 cerita yang aku layan ni mengikut pandangan aku muaahahhaa........

Ok, kalau nak dibandingkan melalui jalan cerita aku rasa Meteor Garden lain skit daripada yang lain. Yang lagi 2 tu tertumpu kat budak sekolah kan, meteor garden ni lebih dewasa la skit and jalan citer dia lain skit daripada BOF dan HYD yang ada persamaan. Tapi, kalau tak silap aku sumanya ciplak dari manga asal jepun. Honestly, antara suma-suma tuh aku lebih suka layan meteor garden sebabnya aku layan citer ni time aku sekolah rendah kot. Tak tau pun hero tu hensem ke, tak hensem ke. Yang aku tau citer ni besh aku kena tengok hahaha.....HYD plak aku suka tengok perkembangan watak-watak tu. Kira menarik juga la dia garap perwatakan setiap watak dalam tuh. Untuk BOF bagi aku biasa-biasa aja. Maybe sebab aku da layan 2 citer yang sama aku da bleh buat perbandingan la kot. Bagi aku BOF lebih 'menjual' muka ensem hero-heronya itu. Jalan citer dia idak ler digarap dengan baik sangat. Cuma cantik dimata sahaja melayan muka-muka ensem group F4 itu. Versi Big Bang plak camno? Versi Big Bang plak hanya berdurasi 10 minit. Dibuat untuk konsert diorang. So nak simpulkan 20 episode dalam 10 minit memang susah ar. Jadi, diorang amik babak2 yang penting jer dan ubah jadi cam lelawak skit. Tak  silap aku citer ni ada dibuat dalam versi filipina juga. Nanti ar, kalau rajin aku cari yang versi filipina plak dan komen kaw-kaw punya ehehehe.......



Makhluk-makhluk diatas itu adalah hero dan bapak gangster dalam kumpulan F4 ni ar.......kalau nengok daripada gambar tu, TOP je la kot yang nampak ganas skit berbanding yang lain yang ala-ala jambu gitu. 4 watak ni lebih kurang sama jer perwatakan dia iaitu, anak orang kaya yang sombong dan ego nak mampos, perasan hensem, leader dalam group f4 tuh dan yang paling penting paling tangkap cintan dengan heroin. Suma pelakon yang bawa watak hero ni memang femes pas bawa watak-watak tu. Contohnya cam Lee Min Ho yang bawa watak Goo Jun Pyo. Dulu ni aku lansung tak kenal sapa mamat ni. Bila dia pemes pas bawa watak ni baru ler aku leh cakap "oooo.....ni mamat Goo Jun Pyo BOF nih" Perkara yang sama pun jadi kat Jerry Yan and Matsumoto Jun. Kira drama ni banyak menaikkan nama-nama diorang la dalam industri seni negara diorang chewaahhh......!! Antara watak 4 ekor makhluk diatas tuh, kalau mengikut perwatakan yang dibawa dalam drama, aku paling suka watak Domyouji Tsukasa (HYD). Sebabnya, aku bleh lihat kepelbagaian karekter dalam watak tu. Si Domyouji ni memang ler eksen dan ego nak mampos tapi pada masa yang sama lurus bendul, agak bodoh-bodoh alang skit then cam tak berapa nak center pun ada ahahaha.......Kalau yang lain tu aku tengok cam sterotaip skit la. Kalu anak orang kaya musti eksyen, musti kontrol macho, musti ego.........bleh jer aku rasa kalu nak tukar perwatakan tuh jadi yang lain kan. Dalam 4 watak tu aku tengok watak Dao Ming Si agak kureng skit......kureng bukan dari segi perwatakan tapi kureng dari segi lakonan. Bagi aku lakonan Jerry Yan tu agak kaku skit. Nampakla ke-eksenan dia tuh tapi part dialog yang lain 'keras' gila kot. Untuk Goo Jun Pyo plak aku rate kan watak dia sebagai ok jer...... ada time aku rasa mamat ni sweet, ada time yang aku rasa over plak.....kira kalu aku jadi juri teater or pengkritik filem aku bagi markah lulus la kat dia. Untuk my Mr TOP plak, ko memang membuatkan aku gelak time nengok parody HYD tuh.......so pemenangnya disini bagi aku ialah Matsumoto Jun untuk watak Domyouji Tsukasa !!



Uhuk-uhuk.....!! Sorry i terbatuk jap.....terbatuk sebab tergoda ngan kehenseman 4 makhluk di atas tuh eheheh.....tergedik plak. anyway, 4 watak diatas ialah second hero, kira macam second choice untuk si heroin ler. Yang samanya antara suma watak ni adalah wataknya suma romantis, tak banyak cakap, tenang and damai gitu. So elok ler diorang cari pelakon-pelakon yang mukanya memang membuatkan orang tenang dan nyaman bila nengok ehehehe......











Sunday, October 14, 2012

My 40 Korean Boyfriend......

Hari ni mood aku agak menggedik......Gedik nengok gambar hero-hero korea yang encem dan menawan hahaha......So memandangkan aku ngah free dan tak berapa ada kerja sangat, i decided to make my own list. List mamat-mamat korea yang telah menambat hati,limpa,paru-paru aku dengan jayanya hahaha......Tapi list ni idak ler aku sertakan sapa dapat no 1 atau no 40. List ni aku susun ikut nama......and i gave  them percentage untuk setiap kategori. So nak tau sapa besh dan sapa yang kurang besh bagi pendapat aku nengok ler percentage tu hahaha.......So here we go, MY 40 KOREAN BOYFRIEND.........


1. Cha Seung Won
Aku ada post previous entri pasal pakcik ni.....So sapa yang baca entri aku pasal pakcik ni tau la pasai apa aku berkenan kat dia.....A bit old then my other boyfriend (oooppss......) tapi masih maintain hensem dan menawan you alz.....Pasai lakonan tak payah cakap la guaner kan. Memang mantap dan meletop. Tak percaya try ar layan The Greatest Love, My Teacher Mr Kim, City Hall, Athena suma tuh..... Memang cun kot pakcik ni berlakon......

Personality      : 50 %
Look                : 60 %
Talent              : 60 %
Fashion Sense : 70 %
Selling Point    : His eye and macho voice



2. Cha Tae Hyun
Kalau nengok secara luarannya mamat ni idak ler besh sangat pun. Nampak cam typical korean guy jer kan. But dont ever judge a book by its cover. Tengok dulu bakat dan kebolehan dia......Sebelum ni, aku memang dok melayan filem atau drama hero yang hensem saja. Tapi pas tengok My Sassy Girl, Hello Ghost, Speedy Scandal, my view totally changed. He;s totally a good actor. Kalau tak silap kat korea orang gelar Tae Hyun as Korean' Jim Carey.....And aku totally enjoyed penampilan dia kat variety show....Memang selamber giler and fun to watch.....


Personality      : 60 %
Look                : 30 %
Talent              : 70 %
Fashion Sense : 40 %
Selling Point    : His fun and straight personality




3. Choi Si Won
Ahli super junior yang paling aku minat....!! And for sure kenyataan di hadapan mata mengapa aku minat mamat ni hahaha.......Dalam super junior aku tak berapa nampak sangat dia punya bakat sebab mata aku nak kena dibahagikan kepada 11 lagi kan huhuhu.....So aku lebih nampak bakat si won kat lakonan. Tapi yang aku perasan kalu super junior buat persembahan or music video part siwon ni di close up la skit hehehe..... Setakat ni baru 4 citer yang aku tengok dia berlakon iaitu Attack On Pin Up Boys, Athena, Lagend Of Hyang Dan and Oh My lady.

Personality      : 50 %
Look                : 70 %
Talent              : 60 %
Fashion Sense : 60 %
Selling Point    : His cute dimples and beautiful body



4. Daniel Henney
Mr Henney yang hot....!! Memang membuatkan aku nak naik sampan gi antartica untuk sejukkan badan (nak beli tiket kapal terbang tak ada duit). Memang hot tahap gaban mamat nih....!! Memula tengok dia, dalam citer Seducing Mr Perfect. Time tu, aku heran gak apasal la mamat ni tak cakap korea.....Mata da sepet da, tapi cakap omputih kemain.... Pastu baru aku tau mamat ni mat saleh celop rupanya ehehe. But by time dia belajar tau untuk cakap korea dan belajar budaya korea tuh (tepuk tangan skit......). Dalam My Name Is Kim Sam Soon adalah juga aku dengar dia cakap korea sepatah dua kata hehehe.....Tapi tak apala sayang oooii.....walaupun ko tak reti cakap korea sangat, bleh cakap omputih pun kira ok lah. Senang i nak communicate dengan u nanti kan hehehe. Kalau perasan dia ada satu citer korea tajuk My father dan he;s the one yang berlakon as agent zero dalam xman : wolverine nuh.

Personality      : 60 %
Look                : 80 %
Talent              : 50 %
Fashion Sense : 70 %
Selling Point    : His dashing looks, deep voice and seducing smile


5. G-Dragon (Big Bang)
The leader of big bang.....!! Actually suma ahli Big Bang aku minat dan berkenan. Tapi antara 5 ekor tu aku paling berkenan kat GD lagi hehehe.....Sebabnya, dia ada somekind of unique voice. Cam pelik skit suara dia tapi tu la yang membuatkan Big Bang besh.....And antara suma ahli Big Bang, GD ni ada sense of fashion yang tinggi. The way he dressed and make his haircut tu nampak artistique and unique.....Dia punya haircut tu memang pepelik and memacam pesen la ada.....GD ni adalah antara manusia yang bertanggungjawab untuk cipta lagu untuk Big Bang....Banyak gak lagu yang dia buat untuk album solo dia and Big Bang. One of it is Haru-haru.....Big Bang's most memorable song !!


Personality      : 60 %
Look                : 65 %
Talent              : 65 %
Fashion Sense : 80 %
Selling Point    : His cute gummy smile and high fashion sense



6. Gong Yoo
Mamat Coffee Prince.....Memulanya aku tak la minat sangat ngan dia. Sebab bagi aku muka mamat ni agak kasar dan dalam coffee prince tu pun dia berlakon biasa-biasa aja......Tapi suddenly aku terlayan la plak satu drama dia tajuk One Fine Day, and tetiber bleh plak terbekenan kat character dia dalam tu. Maka secara ajaibnya, tersangkut la aku kat mamat korea bernama Gong Yoo ini hehehe.....Lepas tu aku pun layan la juga beberapa citer yang dia berlakon macam Hello My Teacher, Big, She's On Duty and Spy Girl. Quite ok la juga dia punya lakonan.....Atleast dia nak cuba pelbagai watak, idak ler sterotaip sangat.


Personality      : 50 %
Look                : 60 %
Talent              : 50 %
Fashion Sense : 60 %
Selling Point    : His Manly look and cool hairstyle



7. Hyun Bin
Masa secret garden dok meletup nuh, aku tak berapa layan sangat citer tuh memandangkan hero dia bukan yang aku minat. Tapi, di atas paksaan beberapa kawan aku yang suruh gak aku layan citer tu maka aku pun layan la......Jujurnya citer tu biasa aja bagi aku, tapi diakui ada beberapa scene yang bagi aku menarik dan very the sweet. Masa tu aku tak berapa berkenan kat hero dia yang pada kawan-kawan aku manusia paling hensem dalam dunia. Yang aku nampak dalam citer ni, hero dia very the keding and cam tak ada sense of acting ja. Keras semacam jer lakonannya pun. Sampai aku lebih berkenan kat watak jurulatih lakonan heroin tu berbanding hero (maybe watak dia gitu la kot) Pastu aku search internet pasal mamat ni, dan hampehnya satu dunia bleh dok berkenan kat dia pulak da. Untuk menghapuskan sifat prejudis aku terhadap beliau maka aku pun mendownload la beberapa citer beliau untuk ditonton antaranya A Millionaire's First Love, I Am Happy, The Snow Queen, and My Name Is Kim Sam Soon. And sekali lagi seperti yang berlaku kat Gong Yoo, rupanya aku salah menilai mamat ni hehehe..... He totally can act !! Mian Hamnida Hyun Bin Oppa....!!!

Personality      : 40 %
Look                : 60 %
Talent              : 65 %
Fashion Sense : 55 %
Selling Point    : His gentle smile



8. Jae Hee
He;s so cuuuuutttteeee.......!! Thats my first word bila aku tengok Jae Hee oppa dalam drama One Mom Three Dad. Rasa macam comel sangat dia dalam citer tu.....tapi yang tak beshnyer dia dalam tu very the skinny and nampak macam orang tak sihat jer. And aku baca kat internet rupanya time tu memang dia ada masalah kesihatan, masalah ngan buah pinggang dia sebab tu dia punya weight turun dengan drastiknya. Lepas da berkenan nengok dia dalam citer tu aku pun dengan rajinnya membuat kajian sendiri untuk melayan citer-citer dia yang lain plak. And yang paling menarik perhatian aku citer 3 Irons. Citer ni wakil korea untuk antar kat festival filem luar negara tau....siap menang lagi. Memang unik sangat citer ni. Hero ngan heroin dia sepatah haram pun tak bercakap.....memang guna ekspressi muka dan gerak tubuh sahaja untuk meluahkan apa perasaan dan mesej yang nak disampaikan tu. Suma citer yang dia berlakon bagi aku very the perlbagai, best dan menarik. He is a good and talented actor.....Good job Jae Hee oppa.... !!


Personality      : 55 %
Look                : 60 %
Talent              : 75 %
Fashion Sense : 50 %
Selling Point    : His baby-look and expression



9. Jang Dong Gun
Mamat korea pertama yang membuatkan aku menangis nengok lakonan dia. Touching woo....!! Citer yang membuatkan aku nangis tu tak lain tak bukan citer Taegukki ar. Citer ni 100 kali ganda lebih baik daripada citer2 perang yang omputih dok buat tu. Citer ni bagi aku cukup suma perencah la....and salah satu perencahnya adalah Mr Jang Dong Gun....!! dari segi acting beliau memang totally superb. Sangat berkesan dan best. Even dia tak ada dialog and just tutup mata dan tundukkan muka pun da bleh buat aku nangis sebab leh rasa perasaan watak tu time tu (feeling gak aku ni.......hahaha) Antara drama dia yang besh adalah citer Friend, A Gentleman Dignity ngan All About Eve.


Personality      : 50 %
Look                : 55 %
Talent              : 80 %
Fashion Sense : 65 %
Selling Point    : His superb acting in every project his involve




10. Jang Geun Suk
Sila lihat gambar diatas sambil menggarukan kepala jika anda konpius samada makhluk di atas adalah lelaki atau perempuan hahaha. Perhatian yer, beliau adalah seorang lelaki yang memiliki wajah yang sangat comel seperti sorang pompuan heheheh. Kenkadang konpius gak aku samada mamat ni straight atau bengkok2 sebab muka tu memang macam budak perempuan sangat.....(ke mata aku yang salah?) Anyway, with his preety face, at first memang aku ragui gak la kemampuan dia untuk berlakon. Selalunya hero hensem ni lakonan dia hampeh atau biasa-biasa aja. But this oppa, is one of preety actor who can act. Suma kat dunia nih suka lakonan dia dalam You;re Beautiful. Yup diakui, he;s good in that.....tapi im prefer his act in Baby And Me. Banyak lagi la citer-citer dia yang meletop dan membuatkan dia lagi pemes kat korea nuh. Antaranya Marry Stay Out All Night, You;re My Pet, Do re mi fa so la ti do and The Case Of Itaewon Homocide


Personality      : 60 %
Look                : 80 %
Talent              : 70 %
Fashion Sense : 70 %
Selling Point    : His heart melting smile and seducing eyes



11. Joo Ji Hoon
Siapa kenal mamat ni angkat tangan? Mamat ni hero dalam citer goong tuh. Gambar kat atas tu lain skit la daripada penampilan dia dalam citer tu yang nampakkan dia jambu and very the typical preety boy type. Tapi, aku lebih prefer rupa dia gini sebab lebih nampak matang dan very the jantan u alz.....!! Jujurnya aku tak berapa berkenan lakonan dia dalam goong. Bukan tak bagus, cuma tak berapa berkenan. Bagi aku watak tu biasa aja and pengarah plak menggunakan muka dia yang ensem tu untuk membawa watak putera raja. Its a nice story, but not in my favourite korean drama list, but this oppa.....ada dalam list boyfriend aku hahaha. Citer dia yang bleh membuatkan aku angau dan termimpi-mimpi ni adalah satu filem bertajuk Antique. Citer pasal kedai kek. Watak dia dalam filem ni totally different kalo nak dibandingkan dengan watak dalam citer Goong nuh. Sangat sangat suka aku tengok......hehehe. 


Personality      : 50 %
Look                : 70 %
Talent              : 60 %
Fashion Sense : 60 %
Selling Point    : Cute wide smile



12. Joo Jin Mo
My Mr Perfect.....dalam bebanyak hero yang aku suka, aku melihat Jin Mo as someone perfect. I like his acting and i also love his macho-matured face. Kira, dalam memanyak hero aku, yang bebetul jantan dan berani mamat ni ler......yang lelain tu ala jejambu sikit. First jatuh cinta nengok dia ofcourse la daripada filem meletop dia tuh 200 pounds beauty. Dalam citer tu cool giler kot watak yang dia bawa. Sampai aku bleh termimpi-mimpi kot hahaha.....Then, ada satu filem tajuk A Love.....best gak citer tu. Dia bawa watak bodyguard yang macho. Aku nengok citer tu pun sebab dia ja.....part orang lain aku skip hahaha. For me, he is a good actor.....

Personality      : 50 %
Look                : 60 %
Talent              : 60 %
Fashion Sense : 60 %
Selling Point    : His macho appearance and manly voice



13. Kang Dong Won
Here he is.....!! My Dong Won oppa.....one of my favourite actor. Kalau nak di short-listkan kepada 10 yang terbaik.....he will be on that list. Really love him !! Mamat ni nak cakap hensem sangat pun tak juga. Tapi muka dia tu aku suka tengok. Lembut.....but at the same time bleh tengok a rough side. Special kan?  Tapi kan......ada kemusykilan sikit di mata aku ni.....Bila aku tengok dia napa aku nampak muka dia macam muka TOP Big Bang ek? Ada persamaan kah disitu? Or mata aku yang rabun? Huhuhu.....Setakat ni, dia berlakon manyak filem yang pelbagai genre. Hantu ada, komedi pun ada, romantik pun ada siasat menyiasat pun ada. Totally a versatile actor !! Paling aku suka, citer Haunters, filem psychic dimana dia membawa villian role for the first time. Walaupun hero yang bawa watak baik dalam citer tu lebih encem, aku lebih berminat untuk tengok lakonan dia, sebab lebih mantap dan menyentap siot.....Satu lagi filem dia yang best ialah Temptation Of The Wolves.....tapi dalam ni dia mati....isk isk isk. Sedih sat. Tapi tak apala ko mati pun dalam citer ni.....sebab kalo ko idup ko dapat girlpren tua hahaha......Citer Woodalchi, Too Beautiful Too Lie pun besh gak.....senang citer, suma citer dia besh la hahaha. So, to Dong Won oppa.....i really love all of your film and your performance in it. Keep up the good work....!! Aja.....aja....fighting !!

Personality      : 50 %
Look                : 70 %
Talent              : 80 %
Fashion Sense : 70 %
Selling Point    : His Versatility



14. Kang Ji Hwan
Sapa-sapa ada minyak cap kapak, mai nak pinjam sat? Pening kepala la plak......pening sebab terlalu high melihat kehenseman pakcik ni di gambar di atas hahaha.....(gedik kan....??) So here he is....one of my favourite actor. He got the look and he also got the talent. Really love him....!! Tahap love aku kat dia bleh membawa ke arah kritikal woo......suma drama dan filem dia da aku layan, dan semuanya aku suka hehehe. Cuma satu ja aku tak berapa nak suka, suara dia kecik sikit hehehe.....tapi apa pun oppa kalo ko bisu pun i still love you hahaha.....Comel kan dia?? Kalo ada sapa cakap dia tak comel meh nak gam mulut tu ngan gam uhu hehehe......he just cute the way he is lor......Anyway, antara filem dia yang aku suka, My Girlfriend Is An Agent, Rough Cut, Detective Cha.....suma citer dia memang besh. Tapi yang bebetul buat aku tersangkut dengan dia ialah melalui drama Lie to me. Dalam drama tu memang cool giler watak dia. Dan, yang membuatkan aku bertambah-tambah-tambah suka lagi kat dia bila melayan watak gila-gila dia dalam drama Hong Gil Dong. Drama ni memang pelik and gila la bagi aku.....for someone yang suka filem drama dan teater macam aku, aku suka lakonan Ji Hwan sebab dia ada x-factor dia tersendiri.

Personality      : 60 %
Look                : 70 %
Talent              : 85 %
Fashion Sense : 75 %
Selling Point    : Cute wide smile



15. Kim Hyun Joong
Terus-terang Hyun Joong oppa dalam list aku ni sebab aku minat his girly face aja. Bagi aku lakonan dia biasa-biasa aja. Tak ler teruk sangat lakonan dia....cuma ada banyak lagi pelakon kat luar sana yang boleh bawa watak yang dia bawa tu lebih baik. Nak cakap dia nyanyi sedap, aku rasa biasa-biasa aja. So, he's here just because of his face ja huhuhu.....mian hamnida oppa. From the first moment aku tengok dia i thought that he is the most handsome man in korea. Comel dan handsome sangat. Sampai mak aku mengiktiraf beliau sebagai seorang yang handsome k hahaha......And because of his preety face, aku pun mencari la beberapa variety show untuk melihat karekter dia luar daripada layar perak. For me, he manage his image well.....memang berkenan la kalo makcik-makcik tengok untuk dibuat menantu hehehe.

Personality      : 55%
Look                : 85 %
Talent              : 45 %
Fashion Sense : 75 %
Selling Point    : His Look.....only just his look hehehe :p



16. Kim Jae Wook
Sila lihat gambar diatas sambil menadah tangan untuk mengelakkan air liur anda daripada terjatuh. The one with this irresistible face is Kim Jae Wook oppa. Mamat kacukan korea-jepun. Jepun belah mak korea belah bapak. Sebab tu muka dia ala-ala hero jepun sikit kan.....memang hensem tahap gaban punya. Cuma mamat ni agak kurus.....dalam memanyak hero yang aku suka dia la kot yang paling kurus hehehe. First time aku perasan dia dalam drama Coffee Prince. Watak dia dalam tu tak banyak cakap....pendiam dan ala-ala loner gitu. Tapi macho siot kot....Ajaibnya aku lebih suka dengar dia cakap jepun berbanding dia cakap korea. Camno la agaknya kalu dia leh cakap Melayu ? Uuuuiiih.....pitam !! Setakat ni aku tak nah nampak lagi la dia berambut pendek dalam drama atau filem yang dia berlakon (kecuali time dia sertai khidmat askar) dan aku rasa muka exotic dia tuh lebih sesuai berambut panjang berbanding berambut pendek. Filem Antique yang dia berlakon dengan Jo Ji Hoon tu adalah filem yang membuatkan aku terus angau dan tergoda kepada beliau. Walaupun dalam filem tu dia bawak watak sebagai tukang buat kek yang gay (hope in the real life he's not a gay) tapi comel giler watak dia tuh......ehehe. Ada la lagi beberapa drama dia yang aku layan macam Marry Stayed Out All Night and Bad Guy. Tak banyak sangat drama yang dia berlakon since he's more into modelling. Dan with his face and style aku rasa he;s one of the top model kat korea..... Awesome oppa.....!!

Personality      : 55%
Look                : 75 %
Talent              : 55 %
Fashion Sense : 75 %
Selling Point    : His exotic look, his long sexy hair and his sharp looking eye......



17. Kim Jong Kook
Tak payah diperkenalkan lagi......satu-satunya mamat korea yang membuatkan aku terngigau-ngigau tengah malam. I made an entri about him before....sila baca ya kalau ingin mengetahui mengapa cek bleh dok berkenan kat dia. Sejak aku kecik sampai da besar gajah cenggini i got lot of entertainer yang aku minat. Kalau kat hindustan aku suka shah rukh khan, kat hollywood aku suka brad pitt, kat jepun pulak aku suka Tomoya Nagase and kalau kat korea for sure is KIM JONG KOOK. And i think lot of people in the world are with me as well. We love him the way he is. With the sweet voice and the muscular sexy body i'll love Jong Kook oppa forever....hehee. 

Personality      : 100 %
Look                : 100 %
Talent              : 100 %
Fashion Sense : 100 %
Selling Point    : His muscular body, sweet voice, gentleman attitude, cute small eye, 
                           heart melting smile



18. Kim Rae Won


19. Lee Dong Gun




20. Lee Jun Ki


21. Lee Joon (MBLAQ)


22. Kang Daesung (Big Bang)



23. No Min Woo

24. Oh Ji Ho


25. So Ji Sub


26. Song Joong Ki


27. Song Seung Heon


28. Top ( Big Bang )


29. Won Bin




30. Yoo Ah In



 31. Lee Min Ho



32. Lee Teuk (Super Junior)


 33. Jo In Sung 




34. Go Soo



35. Micky Yoo Chun (JYJ)


36. Nam Goong Min


37. Kim Bum


38. Kim Jae Won



39. U-Know Yunho (TVXQ)


40. Lee Seung Gi
 

Blog Template by YummyLolly.com