Idola



Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz.....aku hormat tuan guru bukan sebagai ahli politik atau menteri besar tapi aku hormat dia dalam menjadi seorang contoh pemimpin yang baik. Kalau berita-berita buruk di surat khabar atau tv mengenai dirinya, aku susah nak percaya sebab aku percaya dia bukan begitu. Tuan guru ni banyak mengikut ciri kepimpinan yang diamalkan oleh rasulullah. Alhamdulilah.....tak ramai pemimpin macam dia sekarang. Sekarang ni banyak yang makan rasuah adalah dan aku tengok dia ni jenis sederhana dan lembut orangnya. Kalau mahu berjumpa dengan dia tak perlu pun buat temujanji....nak jumpa datang sahaja ke rumah dia dan kalau ada rezeki boleh la jumpa dia.....

Tan Boon Heong Dan Koo Kien Kiat

Koo kien kiat dan tan boon heong..... uuih.... mamat dua orang nih masa memula menang all england dulu, aku memang minat. Tak tau pasai apa, aku lebih minat nengok double daripada single sebab rasa permainannya lebih rancak dan mendebarkan. Dulu ni kemain angau kat mamat dua orang nih, siap letak poster kat meja sekolah lagi. tapi pastu makin menurun makin menurun. pa jadi pun tak tau la....bukan nak kata la tapi nak kata juga la....depa ni bukan tak da skil, speed pun ada energy pun ada(muda rumaja lagi) tapi aku rasa depa ni tak berapa nak berdisplin (aku rasala...) sebab prestasi depa ni macam yoyo sat baik sat tak......boleh pi jauh mamat dua orang nih....tapi sekarang ni ramai pelapis baru dari korea ngan cina kalau dok buat pangai rasa xda can la nak menang lagi.....sakit jantung juga la bila tengok depa lawan ngan team china ngan korea. takat sekarang ni....team china depa masih leh handle tapi mai jumpa team korea, kem salam la....kenkadang tu tak sempat jumpa korea ngan china pun da kalah kat indonesia. harap depa dua ni boleh kembalikanla zaman kegemilangan double badminton malaysia cam dulu....ala cam zaman razif dengan jalani sidek dulu.....lama dah rakyat malaysia dok nanti piala thomas....so kien kiat and boon heong hope both of u do the best for our country (ahahah....manala tau depa terbaca blog aku nih.....)


Datuk Dr. Harun Din

Datuk Dr. Harun Din....aku hormat dr harun din ni sebab cara dia bercakap sangat berilmiah. Dia mengkritik memberi nasihat sangat pintar berbanding sesetengah pemimpin yang hanya bercakap kosong dan orang alim macam dia ni ramai yang nak jumpa untuk minta berkat....untuk minta berubat dan banyak diantara mereka dengan izin allah sembuh dan tercapai hasrat berkat doa beliau. Tetapi ada gak yang hampeh minta yang bebukan. Aku diberikan kesempatan oleh allah untuk berjumpa dengan Dr. Harun Din ni. Orangnya putih bersih, muka dia bercahaya sangat. Nampak bersih saja. Tutur kata dia sangat lembut. Aku yang sebelumnya takut untuk berjumpa dengan dia tetapi bila di depan dia terus jadi tenang. Tapi hairannya, kenapalah masyarakat tak memandang dia sebagai pemimpin? Tak pernah pula dia menang di Arau sebagai wakil rakyat....Hmmm bodoh....bodoh.....cuma nampak kaca berbanding permata


P. Ramlee

P. Ramlee.....aku bukanlah nak bandingkan Dr Harun Din, Tuan guru dengan P. Ramlee. Tetapi mereka semua ini adalah antara tokoh yang memberi kesan yang mendalam di dalam hidup aku. Macam P. Ramlee.....tentunya aku bukan hidup pada zaman kegemilangan dia dan mak ayah aku sendiri masih kecil ketika filem dia bermain. Ketika itu pula media tidaklah sepantas sekarang.....tapi....kenapa ramai anak muda boleh masuk dengan karya yang dia buat....ha ini yang uniknya p ramlee....aku membesar dengan menonton filem-filem dia. pendekar bujang lapok, seniman bujang lapok, labu labi, madu tiga suma tu dah brapa puluh kali aku tengok.....ajaibnya aku tak jemu lagi.....ayah aku cakap filem pramlee ni sampai kiamat kot akan terus main kat tv ahahaha.....biarla.....anak-anak muda boleh menghayati karya-karya dia nanti.


Sudirman

Sudirman.....masa dia glemer aku pun tak lahir lagi....dan waktu tu aku tak kenal pun sapa sudirman....tapi bila aku tengok balik konsert dia kat rtm1 aku rasa dia memang seorang penghibur sejati. dia bijak mengawal penonton. pintar dalam komunikasi dan sangat kreatif dalam persembahan. kalau tak silap dia boleh melukis juga. serba serbi kebolehan dia.....lagu-lagu dia pun best. dan aku suka sangat nengok muka dia yang comel tu....yela badan dia pun tak besar kan....jadi rasa sayang tak ada pada zaman kegemilangan dia heheheh. Artis sekarang yang aku nengok cuba nak ikut cara sudirman nih ialah aznil haji nawawi. dia pun berbakat dan sangat kreatif....tapi mungkin susah la untuk tandingi sudirman



Mozeriah Bt Ariffin
Siapakah wanita di atas? Penyanyi? Ahli sukan? Sasterawan? Nehi kabi nehi....wanita di atas tak lain tak bukan ialah mak aku. Aku jadikan mak aku sebagai idola utama aku. Sebagai pendorong aku untuk aku membuat segala-galanya. Dia merupakan seorang contoh guru yang sangat hebat. Sejak aku kecil sehingga sekarang, bagi aku dia ialah contoh seorang guru yang berdedikasi dan kreatif. Banyak yang mak korbankan untuk bidang ini. Kerana mak juga, aku simpan cita-cita untuk turut menjadi seorang guru dan mudah mudahan diperkenankanNya....
 

Blog Template by YummyLolly.com