Mengenali Diriku.......






Jadi, gambar diatas ialah diriku Nursyazwani Bt Abdul Ghafar. Diputerikan di Hospital Besar Kangar Perlis pada 8 Januari 1988 pada hari Sabtu jam 10:00pagi. Aku merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Menjadi anak sulung bukanlah satu tugas yang sukar buat diriku kerana mak dan ayahku tidak pernah meminta aku untuk menjadikan diri sebagai contoh kepada adik-adik. Sebaliknya, aku sendiri yang mahu dijadikan contoh oleh mereka tanpa sebarang paksaan. Secara ringkasnya, aku seorang yang sederhana. Tidak cerewet dalam berpakaian dan memilih makanan. Aku seorang yang ceria mudah bergaul dan rapat dengan seseorang. Namun, aku juga seorang yang sensitif, panas baran dan kurang sabar.

 

Blog Template by YummyLolly.com