Wednesday, February 29, 2012

Aku Dan Teater


Aku tak tahu camna aku boleh sangkut dengan teater ni. Tapi secara personalnya aku nak ucap terima kasih kat member kelas aku apis yang mengofer aku blakon teater. Aku asa kalau tanpa dia takdernya orang nak ajak aku belakon. Then to kak mis pengarah teater ni yang percaya yang aku ada bakat......Aku seronok dengan team rasa sayang hei nih....dalam masa seminggu ja hubungan yang dibina macam adik badik. aku banyak belajar dengan kak mis.....aku banyak belajar dengan akak-akak kat sini. dan suma tu membuatkan aku nak bergiat lebih aktif dengan teater. Aku minat berlakon....sebab menerusi lakonan aku boleh menjadi diri aku yang lain. yang bukan NURSYAZWANI BT ABDUL GHAFAR.


Ni la team kitorang dengan drama rindu buat amir.....drama hasil nukilan genius kak mis.... yang mengisahkan tentang pemimpin. aku sendiri kalau diberi peluang mengarah drama dan menulis skrip tak akan mungkin dapat hasilkan idea cam yang kak mis buat.Untuk seseorang yang sama umur dengan dia hasil karya yang dia buat boleh dianggap masterpiece. aku bukan saja nak puji ketegasan dia dalam memimpin adik-adik tetapi juga dalam memimpin rakan-rakan sebayanya. cam aku cakap tadi aku sangat seronok dalam team nih....walaupun aku orang baru tapi depa layan aku sama ja....sampai sekarang pun bila jumpa masih lagi bertegur....."nenek" ahahah....(tu yang tak best tu) Start daripada krew prop, lighting, pengurus pentas suma cam dah jadi sebahagian daripada sahabat-sahabat aku. Dan aku yang xpemes kat UPSI ni tetiber ja jadi pemes.....ahahaha....bila aku jalan ada ja yang tegur....kenkadang aku tak kenal pun sapa yang tegur aku tu.....eheheheh


Yang sebelah ni adik fauzan......pelakon watak ustaz....dia cute sangat. cam comel ja walaupun bawak watak ustaz. dia sangat berbakat. baru sem 3. ada manyak masa lagi untuk dia polish bakat dia tu. dan aku suka tengok dia berlakon.....


Ni faris......pemenang kepada anugerah PELAKON LELAKI TERBAIK. Wataknya sebagai laki aku dalam drama tu la....aku sebagai nenek dan dia sebagai atok. Memang respect siot dia hari tu sebab dapat menjiwai watak sebagai orang tua. Memang jadi betul sampai juri pun tak percaya yang dia ni muda. Aku manyak belajar daripada fariis juga. Dia seorang yang kuat semangat. Masa praktis banyak kali dimarah kak mis tapi dia tetap buat yang terbaik. Hasilnya inilah.....pelakon lelaki terbaik dalam genggaman dia. Dan watak aku berjaya pun kerana dia..... dan aku bangga babak yang kami jayakan berdua mampu menarik perhatian juri..... alhamdulilah.

Ni kak su.....pemenang pelakon wanita terbaik....aku hormat kak su sebab dia pun macam aku baru dalam bidang ni. dan suddenly dapat anugerah yang macam ni plak.....aku sendiri pun sebenarnya....cam diawang-awangan bila pemberi anugerah tu sebut nama aku sebagai pemenang PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK. Banyak kali aku tanya kak mis yang pada waktu tu dok sebelah aku "saya ke kak....biar betul??" memang aku tak percaya sebab orang lain manyak yang lebih baik daripada aku.....aku pun heran camna la bleh dapat. tapi mungkin ini ketentuan dan ada yang nampak bakat aku lebih daripada apa yang aku nampak ehehehe

Ahhahaha..... yang ni aku dan si apis ngah berlakon dalam drama yang aku buat sendiri iaitu "mutiara hitam". Aku seronok berlakon dengan apis, liza, azmir dan sahabat aku yang lain sebab diorang buat aku senang kerja dengan diorang. Dan apis, sangat bersungguh-sungguh. Bila dia berlakon boleh nampak dia menjiwai watak dia.....dan bila aku nengok dia menjiwai watak dia dengan baik otomatiknya aku pun jadi semangat....tapi kesian dia dalam drama nih....kena hentak kena pukul ngan aku (sowie apis....) seriously aku macam naik hantu bila berlakon ni...macam bebetul benci dekat apis aritu ahahah......
30 Mac 2010 aritu menjadi satu tarikh yang menjadi detik sejarah dalam hidupku.....Alhamdulilah....selepas banyak dugaan yang aku dah lalui.....ayor mata....ayor hingus dan segala ayor yang keluar dari anggota badan aku ni.....dan diri aku sendiri yang hampir putus asa dengan apa yang telah terjadi.....drama team produksi aku ini akhirnya berjalan dengan lancar juga.....syukur alhamdulilah.....!!


Permata ilahi ini lahir hasil gabungan group aku dan group si fawis. jalan cerita ni aku olah daripada persembahan kumpulan aku dan si fawis. Nak diikutkan crita nih crita berat dan serius tapi ntah camna dah bertukar jadi citer kelakor plak....eheheh....tak perla janji suma orang enjoy....aku sendiri sebagai penulis skrip dan pengarah bersama si fawis rasa bersyukur sangat sebab apa yang aku nak sampaikan menerusi skrip aku nih dapat diterjemahkan dengan lakonan para sahabat aku nih.....semua orang menjayakan watak mereka masing-masing dengan penuh perasaan. Dan aku pada malam itu yang duduk di kerusi audiens (kesian fawis terpaksa handle kes belakang pentas) rasa sangat teruja melihat reaksi para penonton.....dan tak keterlaluan kalau aku kata drama kami lebih baik daripada drama sesi petang. Malam-malam yang aku lalui bersama para sahabatku ini dah menjadi macam sebahagian dalam hidup aku.....cam sekarang pas suma ni dah berakhir malam aku dah jadi cam sangat boring.....yela sebab dah biasa turun untuk latihan kan....dan latihan yang aku jalani setiap malam pula sentiasa berada di dalam suasana yang sangat mengembirakan. aku rindukan semua itu....dan saat-saat gembira itu.....tapi apa pun berjayanya drama aku ini adalah kerana korang suma....arigato daripada aku !!


Ahahah.....gambo kat atas tu ialah gambo team produksi aku.....agak skima kerana memang diarah untuk menjadi skima.....pensyarah aku dah warning awal-awal...nak bergambar posenyer biar macam bakal pendidik....so ginilah ghopernyer....tegak semacam ja badan aku....dan aku plak dah macam cikgu displin dah duduk depan skali plak tu.... ahahah.....tapi apa pun....rasa seronok bila dapat amik gambo gini....da gak kenangan....!!


Mamat sebelah aku ni si Faris....pemegang watak malik dalam drama aku nih....aku dah pernah bergandingan dengan faris masa wakil teater khar dulu....dia jadi atuk dan aku nenek....tapi dalam drama permata ilahi nih dah berkelahi plak dah....eheheh...malik dalam citer ni bengis,panas baran,kejam,tamak dan teramat-amat kontra dengan sifat si faris ni yang sebenar....at first aku macam takut juga kalu faris xbleh bawak watak ni but terbukti im wrong....dia sangat mengejutkan aku....!! sampai aku sendiri pun boleh naik takut dengan dia.....dia bawak watak tu dengan baik dan diluar dugaan aku.....babak paling best adalah bila si faris ni kena curah ayor dengan si bella....huhuhu kesian si faris....abis baju bau sirap....!!


Wah...glemer plak ko sebelah aku ya dah.....hahahah si aidah ni bukannya tak lawa orangnyer.....cun siot....tapi tak nah plak nak bermekup....sekali dah kena dengan si hafizudin kemain lagi ko.....aku gak yang tak glemer....(kes watak tua la nih....) pa la salahnya kalau aku dimekupkan jadi vogue ye tak? ahahah.....anyway ko memang best la malam tu dah....cara ko berlemah gemalai atas pentas tu boleh mencairkan ati sesapa yang tengok tau....syabas tuk ko kerana ko selalu ja ada masa latihan walaupun aku tahu ko selalu sibuk dengan aktiviti jmk ko tu.....thanks aidah....mmmuuuuaahhh...............!!!


Ahahaha.....ni kes besday si moja la nih.....kesian si moja kena pedajal malam tu...ni suma kerja si hafizudin....awal-awal lagi dia da mesej aku gitau malam ni wani....kita kenakan si moja....aku plak jenis tak kisah aku ikut ja....tapi ada rasa kesian sama si moja....yela budak tu tak bersalah tetiber ja kena pedajal....tapi its only for fun kan....aku teruskan jugak.....malam tu kami wat latihan cam biasa kat bilik gapura....aku cuba elakkan diri aku daripada bercakap dengan si moja.....then apabila abis latihan dalam kul 11 lebih tu....si fawis (yang da tau pasal benda ni) ajak wat post mortem...so mula la aku main wayang....aku berlakon depan suma orang salahkan si moja yang dia bawak mulut pasal skrip aku tak best....dan pastu dia kutuk-kutuk aku daripada belakang....reaksi moja pada ketika itu amat mengelikan hati....berkali-kali dia cuba membela diri dan aku plak terus menerus torture dia.....yang lelain dah nangis dah sebab tak sampai ati nak tengok dia kena.....aku pun kemain berlakon nangis kononnya tak sangka dia tikam aku daripada belakang la....tapi yang buat aku nak bunuh ja sekor2 dalam tu.....aku sorang ja yang berlakon....padahal mulanya kemain lagi nak join kenakan si moja....paling aku bengang dengan si syazril....sarip dol punya mamat nih.....mula tu kemain lagi dia....tapi bila da dalam situasi tu jadi tak sampai ati plak dia....last-last aku ja yang jahat....ehehehe...atlast si moja gi peluk si apis dan kemain si apis pun berlakon sama menangis sebab tak sangka moja sanggup belot kat kumpulan kitorang.....kemain lagi la si moja peluk si apis cakap "bukan aku yang buat....aku tak tahu apa pun....." masa tu aku dah gelak bagai nak rak dah....dan akhirnya masuklah si ehsan dan kengkawan yang lain dengan kek....Happy birthday moja....sowie naik lori ya....tapi kenangan ni sangat indah tau......


ini pak arab sesat dari mana da.....?? ahahah.....ni abang azri....dia banyak tolong group aku dalam drama kali nih....abang azri banyak support aku dan group kitorang. dia tak lokek ilmu dan banyak beri nasihat....dia ar yang ajar camna nak bernapas dengan betul....latihan vokal....stamina suma tuh....aku kenal abang azri nih masa join festival teater aritu....orangnya sopan ja....ramah dan sangat best...so seronok dapat kenal dengan abang azri nih.....


Siapakah mamat ini.....anda kenal?? ahahah....ni si putera pemegang watak ustaz dalam drama aku nih.....kalau tengok gambo nih....dah macam gambo mak ngan anak dah....oleh kerana faktor kecomelan dan ketidakmatangan muka si ustaz nih dia sentiasa nampak muda walhal realitinya dia lebih tua daripada aku.....(huh....jeles!!) cemaner la aku leh terbuka hati nak amik dia berlakon dalam drama aku sedangkan aku tak kenal dia dan bukan dari kos yang sama lak tuh.....dah la tu....bawak watak ustaz plak tu....adakah mamat ni mempunyai cahaya keimanan?? ahahaha.....alasannya simple ja....aku tergoda tengok monolog yang dia buat dengan kak mariam dalam kelas aritu....so dengan cepat aku ofer dia join kumpulan aku dan alhamdulilah mamat ni terima dengan hati terbuka kerana rupanya dia minat berlakon.....ustaz ni (lebih suka bahasakan diri dia ustaz sebab dah biasa kan....)komited orangnya....ada ja masa latihan...dan kalu dia tak leh datang dia akan gitau awal-awal. and he willing to learn....dier tak kisah mendapat tunjuk ajar kami yang lebih muda dan tak ada ar nak berlagak senior dengan kitorang....so respect la kat ustaz....!! ustaz ni terlalu merendah diri sangat bagi aku....selalu rasa dia tak best berbanding para pelakon lain.....ustaz oooi....kalau ko tak best xdala wani nak offer ko berlakon ahahaha......aku ada babak lakonan dengan dia....tak susah nak timbulkan keserasian kerana dia boleh balas balik apa yang aku nak cakap....suma itu spontan....dan pada hari pementasan tu pun manyak benda spontan yang kuar daripada mulut dia....alhamdulilah dah manyak improve ustaz nih.....!! tapi part yang paling kelakar yang aku tak leh lupa ialah masa dia nak cuba duduk kat kerusi tu dengan kain pelikat dia tu......(kes dia lupa dia tengah pakai kain la tuh)ahahah kelakar siot....dia ingat dia pakai seluar ka hapa....ahahah....ustaz....ustaz.....


Atul yang best.....eheheh....aku rasa seronok bila atul ada dalam kumpulan aku....dia cam pelengkap kumpulan aku...dengan bakat yang dia ada...rasa fun sangat bila dapat bergandingan dengan dia sekali lagi....haritu atul nyanyi lagu ketika cinta....sedap gila...sampai terbuai buai aku dibuatnya....dan watak dia sebagai jururawat hospital gila dia bawak dengan sangat fun dan kreatif....asalnya dalam skrip yang aku buat watak jururawat nih xdala best sangat....tapi bila dapat kat atul watak nih....tetiber ja watak jururawat nih jadi best.....ehehehe....thanks atul sebab dah mewarnakan drama kita nih......


ni pa kes plak nih......ni kes bangga ar nih....sebab segala penat lelah....dugaan dan cabaran dah dapat ditempuhi pas suma nih dah selesai....ahahah....sebelah aku nih tuan direktor si fawis....ha sowang yang sangat sempoi dan mudah diajak berbincang. apa yang aku cakap kat dier jawabnyer senang jer...."aku ok jer...." haicheh.....aku punyalah berjela bercakap dia jawabnya sikit ja....ahahha....anyway ni first time aku kerja dengan si fawis dan aku rasa seronok dapat kerja dengan dia....dia tak cerewet....boleh menerima pandangan dan sangat terbuka....tak mudah melatah apabila berhadapan dengan situasi yang boleh meragut kesabaran....kelemahan aku dah jadi cam kekuatan dia.....so aku tabik spring ngan si fawis sebab aku tahu aku tak mampu kalau aku berada di tempat dia.....dia dah gerakkan seluruh team produksi nih dengan baik dan aku bersyukur kumpulan aku dipilih untuk bergabung dengan kumpulan dia.....hasilnya inilah....sebuah drama yang mantap....!!


"Ali.....mak dah cakap kan....rambut tu sikat" ahahah...dialog yang aku paling suka. sebab benda nih tak ada dalam skrip dan sumanya spontan....si syazril nih bawak watak ali....anak kepada si malik (faris) watak si syazril dalam cerita tu sepatutnya budak cacat.....tapi bila ari pementasan dah jadi cam budak terencat akal plak dah.....pening aku....!! adanya si syazril dalam team aku membuatkan aku tetiap ari gelak bila datang latihan.....sumanya kerana karenah dia ar.....memacam yang dia wat tuk wat orang ketawa.....suma tu sebab dia ni jenis gila-gila orangnya....sampai ari pementasan tu aku pun dah jadi gila macam dia gak....(abis rosak drama aku.....!!) tapi personally....aku rasa ada bagusnya drama aku jadi gila sebab tak derla terlalu berat dan tense sangat....si syazril dan hafizudin plak aku tengok lebih selesa bila drama ini bertukar unsur.....senang nak berkomunikasi la kot....mungkin penonton lebih terhibur dengan drama yang ada unsur humor nih.....dan mungkin kalau ikut skrip asal aku sambutan yang diterima tak adala semeletup ini....!! eheheh.....kalo tengok dari luaran si syazril nih.....ramai yang akan cakap budak nih tak berapa betul sebab mulut dier....ada ja benda yang nak dicakap perkataan tttuuuuuuuttt.......ahahahah....tapi actually mamat ni seorang yang berfikiran jauh.....aku boleh tahu sebab aku pernah baca tulisan dia tentang politik dan sebagainya.....what a nice thought....even aku tak pernah terpikir bebenda gitu....nak timbulkan keserasian dengan si syazril ni tak susah kerana aku boleh ikut rentak dia dan dia boleh ikut cara aku....dan alhamdulilah bila aku tengok balik video aku dan dia....nampak la jugak cam mak dan anak ahahaha......


Si elie.....pemegang watak lisa....aku suka elie ni sejak first aku nengok dia berlakon monolog. aku kagum dengan bakat yang dia ada....banyak benda lagi yang dia boleh belajar....i think she got real talent....!! sebab dia mampu belajar dengan cepat dan sentiasa komited ketika di dalam latihan....so proud of her sebab dia berikan lebih daripada apa yang aku nak.....dia da buktikan yang dia mampu bawak watak orang gila tu dengan sempurna......kalau aku diberi peluang tuk buat sebuah drama lagi....antara pelakon yang akan aku pilih ialah si elie ni ar.....


Sibuk jer mamat belakang tu.....ehehehe....si moja dengan si suzie nih dah cam vampire baru pekena darah plak....tapi pa pun korang dua memang meletop malam tu.... and suzie for sure memang give everything malam tu....cara dia bawak watak mangsa dera dengan bersajak tu memang buat aku kagum dengan bakat dia bersajak....nampak sesangat yang dia ngaah menderita....si moja lak aku suka sangat dengar suara dia...tenang ja. memang tak sia-sia la usaha depa dua nih.....kalau nak diikutkan babak diorang ni tak sampai 5 minit pun tapi komitmen yang diberi sangat baik....ada ja diorang masa latihan......


Ahahaha.....ni sebahagian daripada team aku ar tu.....jangan cakap apa pun k kat makcik depan tu....eheheh....diorang suma meletop aku ja yang tak meletop aritu hehehe.....ni tak silap pas abis perkenal pelakon....si syazril as usual still membawakan watak gila beliau walaupun ke luar pentas.....hampeh nyioq tul...!! chris(yang berbaju merah) memang meletop malam tu......lakonan dia dengan faris tu actually menjadi pengubah cara drama aku malam tu......yang penting.....mekup meletop siot....dengan munga kat rambut tu.....ehehhe

Ni para sahabat aku la nih.......liza lawa giler malam tu bila dimekup si hafizudin.....tak nah nengok liza mekup tebal sebelum ni.....suddenly meletop malam tu wa cakap lu......liza ni bawak watak adik aku....yang bermulut jahat...kira cam penghasut la jugak,.....tapi orangnya idak la gitu.....orangnyer baik jer......si aidahh kecik molek nih......aku soh dier bergurindam.....bawak watak gadis kampung.....ala-ala suci gituuuu......si moja as usual nak jer enterprame......

Ahahahah......kena sangat la korang dua......nanti aku buat drama baru tuk korang dua......ali dan lisa....!! dua dua gila.....tapi si elie ni idak la segila si syazril kat luar.....cuma dalam drama ni ja aku soh dia bawak watak orang gila.....menjadi plak tu.....ha dalam drama ni diorang ni pasangan la kot.....bagai nak meroyan si lisa ni bila si ali ni lari dari hospital gila......ahahah.....tak tahu nak cakap apa tapi bebudak dua orang ni....bebetul wat drama aku hidup.....!!

ya allah......anak aku ke ni?? huduh bebenor......!! ahaha.....ni ar si hafizuddin......dier bawak watak din iaitu anak aku dalam drama nih.....tak leh nak cakap apa pasal dia sebab aku sendiri kuat kerana dia......masa ngah berlakon berdua tu manyak dialog spontan yang kuar......jadi benda tu nampak natural......idakla cam tengah berlakon sangat eheheh.......aku rasa bebenda seni ni ada dalam darah dia la kot....sebab suma benda dia leh buat.......dan aku kali kedua boleh koleborasi dengan dia (first time masa drama mutiara hitam dimana aku belasah dia bagai nak rak tu....ehehehe)its an honour for me.....hehehe. si apis ni ko bagi la watak apa sekalipun dan aku rasa dia boleh bawak dengan cemerlang......yang penting cara dia hidupkan watak tu sangat kreatif dan dengan cara dia sendiri.....ko bayangkan.....selamber badak ja taruk taik lalat itam besar kat muka tu......sanggup ko?? hu....tak sanggup aku.....tapi mamat ni leh wat pa ja...... nak bawak watak cacat ingat senang ka.....semput oooi......kalo sesapa yang nengok drama aku malam tu boleh beza cacatnya si apis dengan cacatnya si syazril......dua cara yang berlainan ahahha......and i really love to hear him laugh sebab macam menceriakan suasana ja.....tapi kalau mamat ni marah....pergh takut beb !!


Peguam.......pooooojjjjaaaaannn......hatiku ahahahahh......kemain ko ya fauzan. peguam pun nak kena touch-up jugak ke? dah macam tepung gomak dah muka ko dik oooii....ahahaha.....anyway dik akak ucap mekasih memanyak kat ko la sebab menyenangkan kerja akak. akak tak payah nak carik pelakon len sebab ko ada.....si fauzan ni bawak dua watak....pengemis dan peguam.....watak asal yang diberi sebenarnya peguam sebab aku suka dengar suara dia lantang dan tegas.....wataak pengemis tu sebenarnya nak bagi kat orang len....tapi sebab tak leh bawak aku bagi ja kat si fauzan nih.....dia plak jenis yang nak mencuba ok ja....ko memang best dik....babak ko keluar sambil kutip sampah last scene babak 1 tu bebetul wat akak terkejut.....eheheh. manyak benda lagi yang akak tak korek dari dalam diri ko tu dik.....ko sangat berbakat......leh jadi apis the second....pas ni akak nak try bagi ko watak gigolo la plak ahahha.....


aku ada beberapa luahan hati aku terhadap perjalanan drama nih...dan maaf kalau ada yang terkecil hati

1) Aku kurang berpuas hati dengan kedatangan beberapa pelakon sampingan pada awal latihan kerana mungkin faktor bukan dari kursus yang sama atau memasing terikat dengan komitmen memasing....tapi cam si fawis cakap....kalu cakap pasal komitmen suma orang da komitmen.....si aidah tu.....sesibuk sibuk manusia leh ja datang latihan tetiap malam......

satu lagi....air mata aku jatuh kerana sikap beberapa pelakon sampingan kumpulan aku sendiri.....aku sedih sebab depan aku kemain lagi....sopan gila....pijak semut pun tak mati tapi....belakang aku bapak gajah pun mati.....aku sedih sebab tak sangka adik-adik yang aku sangka boleh bekerjasama dengan aku buat aku camni.....bukan salah aku dan fawis rasanya sebab kami sentiasa ja wat post mortem pas latihan......tanya apa masalah diorang....tapi xpernah diluahkan pun....dimulut cakap ok ja....jadi aku anggap benda ni setel.....tapi belakang aku kemain lagi kutuk....mungkin tuhan nak permudahkan cara aku.....ada sahabat aku yang terdengar pasal ni....kantoi ar bebudak ni.....aku masa tu memang sedih sangat.....air mata dah mengalir cam air paip.....then aku ajak si fawis buat meeeting tergempar.....aku sound direct ja bebudak nih....walaupun aku tak sebut nama diorang tahu yang suma ni aku tuju kat depa.....dok sat pas tu aku dapat la sms daripada depa cakap minta maaf....aku bukan jenis yang pendendam aku maafkan dan aku layan diorang sama balik cam dulu....gelak-gelak balik cam dulu.....aku anggap benda ni cam tak nah jadi.... tapi apa pun aku cukup pantang kalau orang cakap belakang....nak marah ka tak puas ati ka sound berdepan.....aku lebih hormat orang gitu......



2)Pas insiden aku tergolek cam buah nangka (kes kepenatan tahap gaban) depan dewan rahman talib tu....aku sebenarnya depressed sangat....nak menangis dan meraung dalam dewan tu pas balik dari klinik....tapi kalau aku nangis dapatkah aku ganti balik usaha kengkawan aku.....aku cuba tabahkan diri.....aku cuba senyum supaya orang lain tahu aku ok....tapi dalam hati aku rasa sedih sangat....aku rasa down sangat sebab cam dah musnahkan usaha kengkawan aku....diorang suma dah bersedia....siap da pakai baju dan mekup tu....aku plak leh tibai pengsan depan dewan tu.....haaaddooi....!! asa cam menyusahkan semua orang.... dan everyone plak lansung tak salahkan aku malah bagi aku semangat lagi....dengan muka aku yang dah cedera ni....kalau bleh aku nak berlakon gak malam tu....tapi lecturer tak kasi kan.....tapi seriously aku bebetul down pas insiden tu......

3)Jujurnya aku tak berapa suka si pengarah program si H....sebab bagi aku dia ni ego....dan sombong....tapi ini pendapat aku yang tak mengenali diri dia dan tak pernah bekerja dengan dia.....tetiber kecoh plak satu kelas kes pertelagahan bebudak minor dan major.....secara dalam hatinya aku tak sokong sesapa....tapi aku dah jadi tempat bebudak tu luah perasaaan jadi aku tahu sumanya.....ada salah si H ada salah bebudak tu juga.....bebudak tu salah sebab tak matang dan si H salah sebab kurang mendengar......tapi bila aku lihat cara si H handle masalah ni dengan tenang dan professional persepsi aku kat dia dah bertukar......he is a good leader actually....

4) Aku bukan nak kutuk atau kritik tapi aku nak luahkan apa yang da dalam ati aku ja.....erm...untuk sesi petang aku da tengok drama Angkara Lidah hasil nukkilan munirah. Personally aku rasa drama tu menarik. Tapi manyak kurangnya....aku tak cakap drama aku booom and drama diorang tak....cuma mungkin drama diorang kurang x-factor. maksud aku tak ada babak yang boleh capture perhatian audiens.....pergerakan drama tu plak lebih slow dan melankolik.....yang menarik bagi aku pun masa babak si tajeri men seruling....babak kak mariam bermonolog....si fendi tampar si wan....dan masa bebudak setan tu masuk..... tapi aku paham pasaan munirah. bukan senang nak arah drama dan tulis skrip.....benda nih tak leh dibuat dengan masa sari dua.....cuma pa yang aku nak cakap drama Angkara Lidah ni mempunyai kelebihan dari segi skrip kerana nampak lebih teratur berbanding drama aku.....cuma faktor pelakon yang menyebabkan drama ini kurang menyerlah....aku rasa kalau diorang ada barisan pelakon yang baik dan mampu bawak watak tu dengan cara sendiri.....drama ni boleh berjaya......

5) Aku ada terdengar kakak-kakak senior komen pasal drama ni.....katanya diorang da datang tuk tengok drama sesi petang tapi diorang tak enjoy....katanya drama ni cam pementasan budak tadika....hmmm pa hak depa nak cakap camtu....tak tahu ka susah payah team tu bekerja.....jadi untuk sesi malam diorang cam boikot sebab takut tak berbaloi gi tengok......ada gak orang-orang gini ya....bukannya nak menyokong tapi wat persepsi awal.....



6) My funny moment dalam drama tu ialah bila disebalik tirai penukaran babak 4 ke babak 5....aku ngah dok syok relax....kat kerusi suddenly belon kat sebelah aku ni meletop.....terkejut punya pasal mula la aku melatah.....tup...tup...dengar plak dari luar para audiens pun gelak.....rupanya sampai ke luar leh dengar aku melatah...si fawis dengan bebudak prop kemain lagi tutup mulut tak mo gelak....hampeh tul....malu aku pasal benda alah ni....nasib bek la masa dok berlakon tu tak pecah belon....kalau idak mau lupa skrip aku melaatah nanti...ahahah

7)Aku cam tak pueh ati kat vip yang dijemput iaitu datuk rosli.....kejap jer dia datang....dah tu masa performance bleh bantai tidoq plak....apa salahnya kalau dia tengok drama aku tu.....eee....geram. tapi tak leh nak kutuk gak ar....manatau dia penat ka or baru balik dari memana ka.....

8) Pas abis pementasan tu kan.....aku rasa seronok sebab ramai yang sudi datang...kengkawan aku bebudak bm yang akan amik kursus ni sem depan turut datang beri sokongan....kengkawan team debat si fawis pun ada....kak mis, kak genit, akilul, jidih, lukman suma ni dari team teater khar aku.... aku rasa bangga kak mis pengarah terbaik pernah aku kenal sudi turun padang layan drama hasil nukilan aku yang tak seberapa nih....dan alhamdulilah rata-rata daripada diorang cakap enjoy dengan benda nih. Aku rasa kombang idung aku bila kak mis cakap "tak sia-sia anugerah yang ko dapat aritu, dik" macih.....kak....

9)Pas suma ni dah berakhir....dah jadi cam panggilan plak kat aku....jumpa ja mak leha.....jumpa ja mak leha....even orang yang aku tak kenal pun jumpa ja....panggil mak leha.....hampeh siot....even akak kedai makan azizan depan kampus aku ni pun panggil aku mak leha.....haaaddddooooiii........

10)Aku harap bakat yang aku ada tak terhenti disini.....aku nak terus berkarya dan berlakon sebab aku tahu passion aku adalah dalam bidang ni.....di platform inilah aku cuba mencari keyakinan diriku dan di platform inilah aku cuba untuk membuang semua rasa prejudis orang terhadap diri aku.....aku nak terus berjaya dalam bidang lakonan.....doakan ya

Wanita Itu Cahaya Dunia


kerana aku seorang wanita
aku ingin dihormati selayaknya
aku ingin dihargai sebaiknya
aku ingin disayangi selembutnya
aku ingin dikasihi seadanya

kerana aku seorang wanita
aku punya harga diri walaupun aku lemah
aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
aku punya perasaan walaupun sering terluka
aku punya kesabaran walaupun aku tercalar
aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

kerana aku seorang wanita
aku sering di perlekehkan
aku sering di sakiti
aku sering di lukai
aku sering di lupakan
aku sering di abaikan

tapi satu perkara adam sering di lupakan
kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak
kerana wanitalah indahnya kehidupan
kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah

kerana aku seorang wanita
aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan
aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati

hanya...
kerana aku seorang wanita...
inginkan kejujuran bukan kepalsuan
inginkan kebahagian bukannya penderitaan
ingin dihormati bukan dikasari
ingin di sayangi bukan di lukai.



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita. Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga? Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi) Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar. Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)


Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia." Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Hope You Can Smile



“Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sungguh aku ingin berperang fie sabilillah hingga terbunuh, kemudin hidup dan berperang lagi dan terbunuh, kembali berperang dan terbunuh.”
"Orang yang mati syahid mempunyai 6 keutamaan: 

1) diampunkan dosanya sejak tetesan darah yang pertama, 
(2) dapat melihat tempatnya di Surga, 
(3) akan dilindungi dari adzab kubur, 
(4) diberikan rasa aman dari ketakutan yang dahsyat pada hari Kiamat, 
(5) diberikan pakaian iman, dinikahkan dengan bidadari, 
(6) dapat memberikan syafa’at kepada 70 orang keluarganya." 



“Orang yang mati syahid tiada merasakan sentuhan kematian melainkan hanya seperti salah seorang di antara kalian merasakan dicubit.Demi dzat yang jiwaku ditanganNya! Tidaklah seseorang dilukai dijalan Allah-dan Allah lebih tahu siapa yang dilukai dijalanNya-melainkan dia akan datang pada hari kiamat : berwarna merah darah sedangkan baunya bau misk Berdiri sesaat (satu jam) fie sabilillah lebih baik dari pada bangun di malam Lailatul Qadar di sisi Hajar al Aswad.” 


Rasulullah bersabda :
”Tatkala saudara-saudara kalian tertimpa ajal, Allah menjadikan ruh-ruh mereka dalam jasad burung hijau, mereka mendatangi sungai-sungai surga, memakan buah-buahannya dan tinggal di lampu-lampu emas yang tergantung di bawah naungan‚ Arsy. Ketika mereka mendapati makanan, minuman dan tempat istirahat yang sangat nyaman, berujarlah mereka‚ Siapakah yang akan menyampaikan kepada saudara-saudara kita tentang keadaan kita, bahwa kita ini hidup di dalam surga diberi rizki, agar mereka tidak membenci jihad ataupun merasa lesu dan enggan berperang?’ Maka berkatalah Allah Ta’ala :’Aku yang akan menyampaikan kepada mereka tentang keadaan kalian.’ Kemudian Allah `Azza wa Jalla menurunkan ayat : Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapat rizki.“

Para Mujahidin

















Aku tak mampu nak cakap apa melainkan melaungkan takbir allahhuakbar..... allahhuakbar.... alllahuakbar..... memang kagum sungguh dengan kekuasaan allah. Alangkah agungnya seorang yang syahid… Di akhirat dia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum…Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga mengukir senyum di bibir sang syahid, seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza ini. Kat dunia lagi tuhan dah tunjuk kalau beradad di jalan yang benar allah dah janjikan syurga. Rasa macam seronok melihat para shuhada ni....tenang ja jiwa. Ada setengah tu badan da hancur tapi muka masih lagi sempurna. Allahuakbar.....tapi ni cuma sebahagian. banyak lagi para syahidin, para mujahidin dan para shuhada kat luar sana tu. Bila la diorang ni nak boleh hidup dengan aman tanpa sebarang provokasi...?? hmm....entahla







Aku macam dah muak tengok umat islam kena tindas. Dibuat macam anjing. memang dajal sungguh us dengan israel nih. tapi aku nak wat camna untuk membantu. setakat kalau ada tabung untuk mangsa perang gaza dan iraq tu boleh la aku huloq duit tapi rasa cam tak cukup tuk membantu saudara seagamaku nih....aku rasa sedih bila tengok umat islam macam ni...tapi yang aku paling tak tahan bila tengok budak budak yang tak berdosa hancur badan tak da kepala mati sebab peperangan ni....dan budak budak kat palestin tu pun dah macam lali dengan semua ni....kalau kat malaysia ni bila tanya bebudak nak jadi hapa bila besar....jawapannya standard ar nak jadi doktor cikgu atau peguam tapi diorang ni bila ditanya diorang nak jadi pejuang untuk islam. dah memanng di set kan otak mereka untuk berkorban untuk islam. mana tidaknya, bebudak ni semua dah trauma, melihat keluarga mati depan mata. aku pernah baca yang kaum wanita kat sana nak melahirkan anak-anak untuk berjuang untuk islam. dan kaum lelaki kalau boleh mati dalam keadaan syahid tu adalah satu nikmat kehidupan. Doakanlah semoga saudara seagama kita nih....dikurniakan tuhan keamanan yang walaupun seketika tetapi cukuplah untuk diorang merasa yang mereka ini berada di dunia allah.

Makin teruk prestasi kita............!!



Koo kien kiat dan tan boon heong..... uuih.... mamat dua orang nih masa memula menang all england dulu, aku memang minat. Tak tau pasai apa, aku lebih minat nengok double daripada single sebab rasa permainannya lebih rancak dan mendebarkan. Dulu ni kemain angau kat mamat dua orang nih, siap letak poster kat meja sekolah lagi. tapi pastu makin menurun makin menurun. pa jadi pun tak tau la....bukan nak kata la tapi nak kata juga la....depa ni bukan tak da skil, speed pun ada energy pun ada(muda rumaja lagi) tapi aku rasa depa ni tak berapa nak berdisplin (aku rasala...) sebab prestasi depa ni macam yoyo sat baik sat tak......boleh pi jauh mamat dua orang nih....tapi sekarang ni ramai pelapis baru dari korea ngan cina kalau dok buat pangai rasa xda can la nak menang lagi.....sakit jantung juga la bila tengok depa lawan ngan team china ngan korea. takat sekarang ni....team china depa masih leh handle tapi mai jumpa team korea, kem salam la....kenkadang tu tak sempat jumpa korea ngan china pun da kalah kat indonesia. harap depa dua ni boleh kembalikanla zaman kegemilangan double badminton malaysia cam dulu....ala cam zaman razif dengan jalani sidek dulu.....lama dah rakyat malaysia dok nanti piala thomas....so kien kiat and boon heong hope both of u do the best for our country (ahahah....manala tau depa terbaca blog aku nih.....)


Pa nama ntah pasangan korea nih.....yang tau nama sorang ja.... yang tinggi sikit tu nama dia lee yong dae....kenal pun sebab dia lagi glemer daripada kawan dia yang sebelah tu eheheh....and he can play very well...memang seronok tengok depa main (walau tak lawan dengan malaysia) kalau dalam match tu china vs korea lebih sanggup sokong team korea. setakat la ni....depa dua ni la yang no 1 double....berada di prestasi terbaik dan team malaysia selalu kalah ngan depa dua....dulu ni...korea bukan satu nama besar dalam arena badminton. yang selalu dengar dulu ni samada malaysia ngan indonesia ja tapi sekarang korea cam da lebih baik daripada malaysia. ya la....depa bleh gak merasa masuk final piala thomas...malaysia? kalah separuh akhir....hmmm....nak kena santau mamat dua orang ni kot supaya team kita leh menang eheheh.....


Ni nak nyebut nama penuh depa mau tergeliat lidah....la ni panggil zakri dengan fairuz je la....manja skit ye tak eheheh.....first aku kagum sebab diorang ni satu-satunya double melayu dalam team negara....sebab memang susah nak jumpa orang melayu men (ada hafiz hashim tapi hampeh) masa memula digandingkan tu pergh.... memang membara semangat depa untuk berjuang demi negara chewah....!! tapi sat ja...tak konsisten. masa tu kemain la aku ingat malaysia dah ada peganti jalani dan razif sidek....rupanya hampeh...bukan tak bleh main....boleh !! tapi tu la.... maybe sifat orang kita la kot....main mungkin kerana duit dan bukan kerana negara. sebab nampak longgar cara diorang main. ada skill yang baik tapi bila ditekan skit oleh pihak lawan dah longgar....depa dua ni selalu sangat kalah rubber set...nampak sangat psikologi tu tak kuat......depa ni boleh....aku caya depa boleh....kenkadang tu bleh ja buat upset kalahkan juara dunia.....so untuk zakry dan fairuz buatlah yang terbaik untuk negara k (manala tau depa pun terbaca blog aku gak ahahaha)


Razif dan jalani sidek..... pergh....memang tabik spring la kat depa dua nih. walaupun era kegemilangan depa aku tak lahir lagi atau masih bayi lagi tapi aku pernah tengok balik perlawanan depa dua orang....masa tu lawan dengan indonesia nak rebut piala thomas kat kuala lumpur ar. lawan dengan rexy meniaki(jurulatih double malaysia sekarang). mak aih....!! punya la laju smash depa sampai kita yang tengok ni pun semangat. Pastu boleh rasa yang depa ni main untuk negara dan rakyat tak macam bebudak sekarang (patriotik la plak....) memang depa dua ni lagenda badminton negara......patut dijadikan contoh untuk pelapis sekarang. Yang paling best depa nih melayu....baru betul kalau malaysia yang menang.....ehehehe (kontrovosi nih)


Pakcik dua orang nih.....si chong tan fook ngan lee wan wah(ahahah...kesian da layak digelar pakcik) aku memang minat giler sebelum kemunculan kien kiat ngan boon heong. tapi la ni depa dah bersara dah kot sebab selalu sangat cedera. tapi kuda tua macam depa ni kenkadang lebih baguih daripada kuda baru nih....depa main ok ja tak da cacat cela cuma mungkin energy la.... kureng skit daripada anak muda. tapi memang suka tengok depa main. sebab diorang ni suka psiko team lawan....sat sat depa wat muka jelir-jelir lidah hentak kaki supa team lawan takut....pastu nengok depa main relax ja.... siap gelak-gelak lagi....smash lee wan wah laju giler and tan fook plak lebih tera main jaring ngan service. dulu masa zaman depa dok glemer...slalu sangat menang ngan indonesia. pastu mai team china....cai yung ngan fu hai feng....turun skit prestasi....dah tu dok cedera plak....pakai kem salam la...la ni plak ada team korea yang kuat memang tak leh pi la pakcik dua orang ni....tapi whose know kan...??


Lee chong wei.....erm pa nak cakap ek pasai mamat keding nih? aku tak ada la minat sangat kat dia. sebab tak berapa suka cara dia main. tak agressif, terlalu berhati-hati and bergantung kepada skill. cuma aku berkenan kat sifat dia yang merendah diri, hormatkan jurulatihnya (walaupun berlainan agama dan bangsa) serta selalu tersenyum tu. la ni dia nombor 1 dunia tapi bagi aku la kan selagi dia tak boleh tewaskan lin dan, gelaran nombor 1 dunia tu macam tak ada makna. menang la sebanyak mana terbuka memana negara pun tetapi kalau lin dan tak da dan dia xleh tewaskan lin dan... cam tak bermakna nak terus dapat nombor 1. tapi ni pendapat aku la....eheheh
 

Blog Template by YummyLolly.com