Saturday, February 5, 2011

Giler.....Mampos........Yang amat.......!!

Hari ini, Sabtu 5 Febuari 2011 entri terakhirku untuk minggu ini. Sedang aku mencari idea untuk ditulis di dalam blog pada hari ini.....aku terdengar adik aku menjerit dari jauh.


" Mak, tomyam ni pedas nak mampos la.....!!"




Terdetik di dalam fikiranku untuk menjadikannya sebagai salah satu isu bahasa. Mengapa? Kerana bagi pendapat aku masyarakat melayu banyak menggunakan kata penguat dalam kehidupan. Kata penguat bertugas untuk menguatkan maksud kata adjektif dan ia boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Kata penguat tebahagi kepada tiga jenis  iaitu, kata penguat hadapan,  kata penguat belakang dan kata penguat bebas. 


Aku disini bukanlah untuk mengajar tatabahasa bahasa Melayu. Tetapi ingin mengupas unsur kata penguat dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Selalunya, kita dalam kehidupan seharian banyak menggunakan kata penguat ini. Mungkin jarang yang menggunakan kata penguat seperti sungguh, benar dan lain-lain


Apa yang aku perhatikan, di dalam situasi-situasi tertentu masyarakat banyak menggunakan perkataan seperti "giler", "mampos" untuk menunjukkan unsur penekanan
contohnya seperti ini


" Peperiksaan tadi susah nak mampos la....."
" Teman wanita Aiman lawa giler...."
" Cuaca hari ini panas yang amat la...."


Bunyinya, lebih kepada bahasa pasar. Namun sebenarnya ia merujuk kepada unsur kata penguat. Jika di Perlis, unsur kata penguat mengikut dialek adalah seperti


manis - melecas
kelam - gelemat
merah - menyala


Disini, aku menyedari bahawa aku mempunyai bahasa yang sangat indah dan lengkap dengan pelbagai unsur untuk mencantikkan bahasa itu lagi. 

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com