Saturday, February 5, 2011

Lalang Ke Padi ?

Hari ini, Jumaat 4 Febuari 2011 aku ke Padang Besar untuk menemani adik aku membeli jersi bolasepak untuk rakannya. Suasana di Padang Besar hari ini, sangat sibuk. Selalunya, keadaan di sana lebih terkawal dan mudah untuk mendapat tempat untuk meletak kereta. Tetapi, pada hari ini, aku dan Zakwan mengambil masa selama 30 minit untuk mencari tempat letak kereta yang sesuai. 


Setelah mendapat apa yang diinginkan aku dan Zakwan tidak mahu menunggu lama kerana banyak lagi pengunjung yang memerlukan lot parking kereta kami. Kami bergerak pulang ke rumah. Di sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kami melalui ladang tebu yang sangat luas yang juga menjadi tarikan di Perlis


Tiba-tiba sahaja aku teringatkan kisah ketika aku menyertai FESTKUM 2010 di Unimap disember lepas. Sahabat-sahabat Upsiku yang lain di bawa untuk mengunjungi Padang Besar bagi melepaskan tekanan pertandingan. Ketika melalui ladang tebu tersebut.....seorang sahabatku dari Sabah berkata


" Eh, mengapa banyak gila lalang di sini? Kenapa tak dipotong? Sayangnya....tanah luas begini penuh dengan lalang"


Kemudian bersuara pula seorang rakannya dari Melaka


" Aku rasa ni bukan lalang la....padi kot. Tapi, kenapa panjang semacam ja?"


Aku yang berada di belakang mereka ketika itu ketawa dengan kuatnya apabila kedua-dua sahabatku ini menyangkakan tebu ialah lalang dan padi. Bagi aku, perbezaan diantara tebu, lalang dan padi amatlah ketara. Namun, mungkin perbezaan budaya dan masyarakat menyebabkan mereka tidak pernah melihat rupa tebu sebenarnya. 

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com