Tuesday, February 1, 2011

Penggunaan Bahasa Yang Kreatif



Hari Ini Isnin, 31 Januari 2011 aku dan adik-adikku keluar makan malam di sebuah restoran. Agak jemu untuk menikmati nasi di rumah jadi kami keluar untuk menikmati masakan barat pula malam ini. Lagipun, hampir sebulan lebih kami tiga beradik tidak keluar bersama. Mak dan ayah pula memilih untuk duduk di rumah sahaja kerana penat bekerja. Jadi kami ke sebuah restoran bernama " MAI CAFE"
Aku dan adik-adik seperti biasa memesan Chicken Chop dan Ice Blanded Chocholate sebagai makanan untuk malam itu.

Sambil menunggu makanan sampai, aku melihat-lihat dekorasi restoran tersebut. Bagi aku restoran ini sangat mementingkan kebersihan dan suasana di dalamnya juga menarik. Tiba-tiba aku terpandang sebuah papan tanda. Papan tanda tersebut menunjukkan arah untuk ke bilik air. Namun memilih untuk menggunakan pendekatan berbeza iaitu meletakkan sebuah jam di sebalahnya dan menambahkan perkataan "ban" dan apabila dicantumkan kedua-duanya menjadi "Jamban".

Bagiku, walaupun bunyi memang agak kasar sedikit, tetapi permainan bahasa yang digunakan oleh pemilik restoran ini sangat menarik sehinggakan ramai di antara pelanggan mengambil gambar papan tanda tersebut. Bahasa melayu sebenarnya boleh diolah dan dijadikan menarik mengikut kreativiti individu.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com