Wednesday, March 23, 2011

Istilah Melambang Bahasa

Eksperimen, Fotosintesis, Herbeas Corpus dan sebagainya merupakan beberapa istilah yang diambil dari perkataan bahasa inggeris. Aku terdetik di dalam hati mengapa Dewan Bahasa Dan Pustaka serta kerajaan sendiri tidak mahu mewujudkan istilah sendiri yang tidak memerlukan kita untuk bergantung kepada bahasa inggeris semata-mata. 


Walaupun bahasa inggeris itu dijadikan bahasa pengantara dunia dan menyenangkan proses komunikasi tetapi bahasa Melayu juga harus dinaiktarafkan. Jika bahasa kita sendiri mempunyai istilah tersendiri dalam laras-laras bahasa seperti laras undang-undang dan sains, bahasa kita sendiri boleh maju kehadapan. 


Negara Jepun dan Korea contohnya mampu menghasilkan istilah mereka sendiri tanpa mahu bergantung kepada istilah yang berdasarkan bahasa inggeris dan teknologi, pencapaian dan kemajuan mereka lebih baik berbanding negara-negara yang menggunakan bahasa inggeris. Ini menunjukkan tanpa bergantung dengan bahasa tersebut masyarakat sesuatu negara itu juga mampu berjaya.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com